TNKP | 72

1.9K 122 58
                                    

  BUK!

  Tap… Tap….

  ZZAPPP!!

  “Urgh…”

  Semua tergamam melihat salah seorang tentera demon yang ditikam oleh tentera syaitan. Tentera syaitan itu mahu menyerang Violet, tetapi tentera demon itu pantas menolak puteri itu ke tepi. Makanya, dia yang tertikam.

  Selepas itu, Rien pula melangkah laju ke arah tentera syaitan itu dan memenggal kepala tentera itu tanpa ragu. Di saat semua masih kaku, erangan tentera demon itu menyedarkan mereka.

  Rise menyuruh Violet menyembuhkannya sementara mereka semua membunuh syaitan lain. Rien pula terus mengejar Syakila yang mahu melarikan diri.

  Ternyata senyuman kemenangannya mati dek tentera lawan tampil menjadi korban. Syakila bangkit dan mengambil adiknya yang terduduk sakit lalu melarikan diri. Kemungkinan besar dia dan Kayla akan mati katak jika terus berada di situ.

  Kayla memandang kakaknya dengan pandangan lembut. Dia menguntumkan senyuman manis, yang tidak pernah Syakila lihat sebelum ini. Kayla kemudian memandang tangannya yang luka. Tubuhnya cedera teruk. Dia mengeluh berat.

  BUK!

  Syakila dirempuh dari belakang dan menyebabkan Kayla yang didukung tercampak jauh lalu bergolek-golek. Dia akhirnya terhenti apabila terlanggar batu besar. Darahnya mengalir kerana kepalanya terhantuk kuat. Kayla sudah tidak larat. Jadi dia hanya memandang Syakila dan Rien.

  Kayla memandang tangannya sekali lagi. Ada aura kegelapan terhasil. Rambutnya yang cantik kini berwarna hitam pekat. Anak mata kanan berwarna ungu gelap. Kayla menggeliat tidak selesa. Bagai ada sesuatu yang mahu keluar!

  Sementara itu…

  “Kau!”

  “Aku apa? Aku lawa? Aku bijak? Eh tak payah puji pun takpe. Aku tahu aku full-package,” sampuk Rien selamba. Dia membelek kukunya. Pedang yang sudah tersarung di belakang tubuh diambil.

  Syakila mengetap gigi. “Kau jangan nak perasan boleh tak?”

  “Eh, kau perasan boleh pula? Perasan nak tawan dunia aku? Jangankan realiti, dalam mimpi pun kau takkan mampu!” sembur Rien, pedas.

  Syakila mengeluarkan kuasa awannya. Apa yang pelik, awannya kini berwarna hitam.

  “Eh, kau nak keluarkan hujan ke?” ejek Rien. Dia membuka kekuda dan pedang dipegang erat.

  Syakila mula melempar awannya ke arah Rien. Rien berlari laju dan mengelak awan-awan itu. Dia memijak awan dan melompat lalu mendarat di awan lain. Jika dia tidak sempat, dia akan membelah awan itu.

  Tepat sangkaannya, awan itu mengandungi air. Apabila dibelah, percikan air terhasil. Kali ini, Syakila menghasilkan lima awan besar. Awan itu memerangkap Rien di tengah-tengah. Apabila Rien mahu melompat, satu awan dari atas menghempapnya. Awan-awan lain ‘mengikatnya’ di tengah.

  Rien diperangkap dalam ribut pasir pula. Sayang sekali, Rien terus teleport keluar. Dia berdiri di belakang Syakila dan mengetuk kepala gadis itu dengan sarung pedang. “Bodoh biar bertempat.”

  POOFF!

  Rien hilang lagi. Syakila mendengus. Rien boleh muncul, hilang, menyamar dan membaca minda! Jelas sekali perbezaan besar antara mereka.

  “Woof woof. Cari siapa tu?”

  POOFF!

  Syakila menahan geram. Dia rasa nak hantar Rien ke neraka! Gerammmmm!!

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now