TNKP | 69

2.1K 131 67
                                    

  Cahaya itu menyebabkan semua yang ada terpaksa menutup mata. Apabila mata dibuka, semua terkedu.

  Selepas beberapa ketika, Leo dan Rise tersenyum sinis semula. Mereka berpeluk tubuh. Rien mengusap matanya berkali-kali.

  “Hanz…. Dan..?” Rien tidak menyambung kata. Dia ternganga melihat kelibat persis kala jengking dan juga centaur di sisi jejaka itu. Malah, ada sepuluh lagi makhluk mengelilingi makhluk hitam, Syakila dan Kayla.

  Keadaannya kini adalah Leo, Rise dan Rien dikelilingi makhluk hitam serta puteri syaitan. Malangnya, mereka semua dikepung oleh makhluk aneh yang kelihatannya seperti diseru oleh Hanz.

  “Kau tak kenal Scorpio dan Sagittarius? Sedihnya…” Hanz memonyokkan wajah sebelum kembali tersenyum.

  “Ah! Kau dan Hanza pengguna kuasa zodiak!” Mata Rien bersinar.

  “Grrr!” Syakila mengepal penumbuk. Dia tidak menjangka perkara ini.

  Pengguna kuasa zodiak bukan sahaja dapat menyeru zodiak bintang kelahiran malah zodiak cina dan juga zodiak bintang yang lain. Mereka tingga di dunia sendiri yang tidak dijumpai makhluk lain walaupun dewa dewi. Hanya makhluk atasan berkaitan sahaja yang mampu ke sana. Contohnya Komander Angel iaitu Xyn. Eh dah!

  Kayla menjeling satu-persatu haiwan zodiak yang diseru Hanz. Tangannya mula mengeluarkan aura kegelapan. Sayap hitamnya dibuka perlahan-lahan. Tangannya terawang-awang ke udara.

  Hanz, Crya, Violet, empat orang Dark Knight, Leo, Rise dan Rien tersentak.

  “SERANG!!”

  Apa lagi, Dark Knight terus terbang ke arah gunung. Di atas gunung itu ada sebuah gua yang tidak dapat dilihat dari bawah tetapi dapat melihat ke bawah. Hehe tak faham? Padan muka muahahahah! – Adudu

  Rise dan Leo ditarik oleh Rien dan dia teleport keluar dari bulatan itu. Violet membuka sayap dan terbang mengekori puteri serigala. Mereka berlima duduk diam di kaki gunung sobsob.

  Hanya tinggal Hanz yang mahu menguruskan makhluk hitam dan syaitan itu.

  “Kau. Sentuh. Adik. Aku.” Sepatah-patah Hanz membuka bicara. dia mengeluarkan bebola cahaya.

  Para zodiak bintang kelahiran memandang ke arah pengguna kuasa zodiak. Hanz mengeluarkan lebih banyak bebola cahaya. Cahaya itu terapung di belakangnya. Hanz terapung dan sayap putihnya dibuka.

  Pedangnya muncul di tangan kanannya. Dark Knight di atas gunung itu duduk bersila sambil mengunyah makanan yang diteleport oleh Ryn. Berkelah katakan hmm… Sedap je berkelah sambil ‘menonton wayang’.

  Rien, Violet, Rise, Leo dan Crya di kaki gunung sibuk memerhati ‘filem percuma’ yang di’lakon’kan oleh Hanza sebagai protagonis, Syakila dan Kayla sebagai antagonis utama serta makhluk hitam sebagai watak tambahan.

  Plot pula adalah protagonis yang mahu membalas dendam dek adik protagonis yang dicederakan oleh antagonis. Pengakhiran cerita pula… Entahlah eheh..

  “Serang!” Hanz dan puteri syaitan melaung serentak. Burger! Burger! Burgermbira! Eh? Hmm dasar wabak biskut Yaya. Aduh makin merepek!

  Makhluk hitam dan zodiak bintang kelahiran menyerbu sesama sendiri. Mereka mula menyerang dan bertarung.

  Pertarungan antara mereka lebih hebat apabila ada tentera syaitan yang masuk campur. Jangan lupa, pertarungan masih berlangsung!

  “Jangan masuk campur!” Leo mengeluarkan perisai emas.

  Tentera syaitan dan tentera demon terpaksa akur. Mereka tidak lagi mencampuri urusan pihak atasan sebaliknya menyambung perlawanan yang ‘tertangguh’.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now