TNKP | 36

2.3K 169 13
                                    

Meh Rys selesaikan kekeliruan anda. 😂

Rys - Me (author)
Ryssa - Demon
Leo - Guardian
Zodiak Leo - Zodiak bintang Leo

Okay dah faham? 😂Maaflah ya..

••••

  Para kerabat Demon Kingdom terduduk. Ada yang berbaring, ada yang berguling, ada yang tergolek. Tak lain tak bukan Kai, Rez dan Ray. Para gadis pula terduduk, bersandar di sebatang pokok. Kini, mereka sedang berehat selepas menjalani latihan ketenteraan.

  Selepas lama berdiam diri, akhirnya Ryn membuka mulut memecahkan kesunyian.

  "Korang, ingat lagi tak tentang 'mereka'?" soalnya.

  "Hah? Siapa tu?" soal Lisya dan Ryssa dengan polos. Okay bukan.. Lupa sebenarnya.

  "Puteri?" teka Ray.

  "Yup!"

  "Oh, puteri! Kenapa?" Kai tertanya-tanya.

  "Agak-agak mereka di mana? Puak cahaya cari mereka tak?"

  Semua berdiam diri. Masing-masing mengangkat bahu.

  "Nak lindungi mereka ke?" Soalan maut terluah dari bibir Ryssa.

  Terdiam, terpempan, terkedu, terpana—. Semualah!

••••

  "Kita perlu dapatkan hak kita, Syakila!" marah Kayla.

  Syakila menepuk meja dengan kuat. "Aku tahulah! Sabarlah! Aku tengah fikir rancangan.."

  "Kita keturunan pemerintah dunia. Kembar puteri yang dicari-cari!" bidas Kayla.

  Syakila mengusutkan rambutnya. Stres dengan si adik! Eh, adik eh? Ke kakak? "Kita perlu ilmu magis lagi! Supaya kita boleh lindungi penduduk dunia ini!"
 
  Kayla tersenyum. "Betul tu! Tu yang aku nak dengar dari tadi.. Jadi kita akan ke akademi. Nak akademi yang mana?" Kata-kata Kayla umpama ujian masuk ke akademi mudah seperti petik jari.

  "Entah.. Akademi yang bagus..?"

  Kayla berfikir sejenak. "Hah! The Magical Academy, terletak di Kerajaan Pari-pari!"

  Syakila bersetuju. Mereka mula mengemaskan barangan. Mahu bersiap sedia untuk ke kerajaan itu. Mahu menuntut ilmu demi keturunan dunia! Dunia memerlukan mereka.

  Usai berkemas, pasangan kembar itu keluar dari rumah pula. Mereka mahu membeli barangan yang sudah habis. Takkanlah nak ke sana macam tu je.

  "Syakila, tengok ni! Lawa!" Kayla tersenyum teruja. Sepasang sarung tangan yang dihiasi permata dan corak-corak yang menawan menjadi perhatian. Nenek tua di hadapan mereka berkerut dahi.

  "Hmm.. Permata yang cantik.. Tidak terlalu sarat. Corak halus yang menawan.. Nek, berapa harga sarung tangan ni? Ada sepasang je ke?" soal Syakila.

  Nenek itu menggeleng. "Gnuras nagnat ini nakub kutnu laujid!" (Sarung tangan ini bukan untuk dijual!)

  "Erk.. Bahasa apakah.." Syakila dan Syakila menggaru kepala. "Lantaklah.." Kedua mereka berlalu meninggalkan nenek tua itu.

  Dalam diam, nenek tua itu menggelengkan kepala. Senyuman sinis terukir cantik di bibirnya. Penduduk di sekelilingnya berkerut dahi melihat gadis cantik yang tersenyum macam orang gila.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now