Melalui tingkap bilik Jimin, RM dapat melihat seorang sedang berjalan di dalam bilik Jimin, bila dilihat orang itu tidak seperti Jimin. Bahunya agak lebar dan badannya berotot. RM cuba melihat sekeliling pagar rumah itu untuk mencari cara masuk. Pagar tinggi, tidak boleh dipanjat, kerana hujung belah atas sangat tajam. Tiba tiba dia ternampak pintu kecik di sebelah kiri, pintu itu tidak berkunci , dan mangga yang terbuka seperti dipecahkan objek keras. "Mungkin laki tu yang buat" bisik hati RM
Dia mula melangkah masuk melalui pintu kecik tadi, selangkah demi selangkah sehingga tiba di hadapan pintu bilik Jimin. Dia membuka pintu perlahan lahan, kosong.. Tiba tiba dia terdengar suara seorang lelaki dari dalam tandas yang berada dalam bilik itu. Dia cuba mendekati pintu tandas itu untuk mendengar perbualan tadi dengan lebih jelas
"Jimin..bangun Jimin, ini Jin Hyung..Jimin ah.."
"Jin hyung?" bisik hati RM
Dia buka pintu tandas itu dan berkata "Kenapa kau cakap kau ialah Jin?" kata RM
"Nam Joon! Ni Jin hyung la! takkan tak kenal?" kata lelaki berotot itu
"Ha? Kau jangan nak tipu! Jin hyung dah tak de!" kata RM marah
Lelaki tadi diam..Jin dah tak de.., dirinya dah tak de.."Aku kena terima kenyataan yang aku dah tak de.." kata lelaki itu dalam hati, dia sekarang hanyalah roh yang merasuk badan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dia menoleh pada Jimin, melihat lelaki itu yang pengsan dan sedang bersandar di tab mandi.."Kenapa Jimin..hyung tau kau tak boleh terima kenyataan yang hyung dah tak de.. hyung minta maaf" kata Jin dalam hati
"Dia lemaskan diri, mungkin sebab Jin..aku nampak dia melalui tingkap, tu yang pecah masuk selamatkan dia.." tipu Jin
Tanpa memikirkan alasan Jin yang tidak logik kerana tandas bilik Jimin terletak jauh dari tingkap..dia berkata "Ikut aku bawak dia pergi hospital, kau boleh angkat dia?"
"Mmm" Jin mengangguk
Semasa dalam perjalanan dengan menaiki teksi, dua dua diam membisu, hanya memandang pemandangan di luar
"Maafkan hyung Nam Joon..sebab dah susahkan kau" kata Jin dalam hati
YOU ARE READING
[C] Jin.. We Miss You |KSJ
RomanceApa akan jadi kalau Jin tak de? atau dia keluar dari BTS..