3 hari selepas Jimin sedar
"Dia dah boleh keluar, tapi jangan bagi dia stress" kata doktor yang merawat Jimin kepada RM
"Baik, terima kasih doktor" kata RM
RM menyelesaikan bayaran untuk Jimin, mujur dia bekerja, ada la sikot duit. Lepas selesai, mereka keluar dari hospital lalu terus mencari kedai bunga untuk membeli bunga Smeraldo. Mereka perlu balik ke Gwancheon untuk segera bertemu Jin.
Agak susah untuk mencari bunga itu, mungkin kerana permintaan yang tinggi. Sehabis beli, mereka bergerak ke hotel. Hari sudah gelap. Esok mereka akan naik kereta api untuk pergi ke Gwancheon.
Malam itu, mereka tidur dengan lena, penat berjalan seharian. Bunga Smeraldo diletakkan di dalam cawan kaca yang diisi sedikit air. Bunga itu senang dijaga, bunganya tidak cepat kering, harap boleh bertahan sampai esok.
Keesokkan harinya
Setelah checkout dari hotel yang mereka nginap semalam. Mereka terus menaiki teksi, terus ke stesen kereta api. Masa bertolak Agak awal, kira kira dalam pukul 10 pagi. Perjalanan dari Busan ke Gwancheon sangat jauh. Mujur RM sudah menyediakan bekalan untuk perjalanan 4 jam sejauh 300km (kot)
Sekitar 2.30 pm, mereka berdua tiba di Gwancheon, kampung hyung mereka. Mereka keluar dari stesen kereta api, menghirup udara segar sambil merenggangkan badan. Mereka menaiki teksi, disebut alamat rumah Jin, lalu teksi bergerak laju
15 minit kemudian, mereka tiba di hadapan rumah Jin. Sebuah rumah teres yang kelihatan masih baru dan tidak berpenghuni. kelihatan pintu pagar tidak berkunci, mungkin memang begitu. Mereka masuk lalu bergerak ke bilik Jin. Dikuak sedikit pintu.. Tiba tiba
"Yoon Gi hyung?" tanya Jimin setelah ternampak kelibat Suga di dalam bilik Jin
YOU ARE READING
[C] Jin.. We Miss You |KSJ
RomanceApa akan jadi kalau Jin tak de? atau dia keluar dari BTS..