Bab 47 - Its You

17.9K 536 13
                                    

"Crushku, husbandku? No, pilihan keluarga itu terbaik!"

OLEH kerana hari ni last day aku kat KL, jadi aktiviti kami adalah berdating macam remaja lain yang sedang hangat bercinta. Teringin nak dating. Teringin nak keluar bersama. Dulu terus kahwin je tak sempat bercinta.

"Abang ikut Fy balik Langkawi tak?" Hari ni Tuesday. Esok balik Langkawi dah. How about you husband?

"Abang ada kerja tak settle lagi. Report abang due date seminggu je. Nanti dah settled semua baru abang jumpa sayang kat sana."

Aku menarik muka masam. Rindu lah nanti...

"Kenapa ni sayang?" Mikail menarik dagu aku memaksa aku menghadapnya.

"Jangan lama sangat. Rindu... Siapkan report tu hari ni. Esok hantar kat supervisor."

Mikail ketawa. Hidungku ditariknya. Uhh. Macam takde benda lain nak ditarik. Adoi la.

"Ni ade orang ajak kita dating. Macam mana nak siapkan sayang?"

Kali ni aku pula yang ketawa. Aku jelir lidah. Mikail jegil mata. Lepastu kami sama-sama ketawa. Argh! Bahagianya bercinta. Kalau belum kahwin macam mana eh dorang bercinta?

Kami masuk ke dalam panggung wayang yang memang dah gelap sebab kami lambat lima minit. Terpampang iklan sebelum Train To Busan ditayangkan. Tangan Mikail aku genggam kuat. Dalam gelap ni memang susah nak cari tempat duduk. Nasib baik popcorn tadi Mikail yang bawa.

Lega. Dah jumpa dah tempat duduk. Aku duduk di sebelah kanan Mikail. Di sebelah kanan aku ada pasangan macam kami juga. Tapi terpisah selang tiga kerusi dari kami. Yang perempuan tu pakai shades dan mafela dililit dilehernya menutupi dagu. Yang lelaki tu duk peluk bahu perempuan tu. Waaa. Macam best je peluk-memeluk dalam gelap ni.

Aku menumpukan perhatian pada cerita yang sudah mula ditayangkan di skrin besar. Mikail ikut je cadangan aku nak tengok cerita ni. Part zombie menakutkan tu aku sembunyi muka di lengan Mikail. Macam mengada-ngada kan? Hahaha. Tapi seriously memang takut la. Tak tipu.

Dah setengah cerita tu ditayangkan, aku tergerak hati nak tengok pasangan di sebelah. Senyap je dorang ni. Tak terjerit-jerit macam aku pun. Ke aku yang penakut?

Huh? Wrong timing. Aku alih semula pandangan ke skrin. Mereka sedang bercumbuan mesra. Kemain lagi eh korang. Mentang-mentang gelap. Suka-suki nak memadu asmara. Ni bukan negara barat okay! Laki bini bukan lesen nak bermesra begitu. Aku menggeleng. Menyesal tengok sebelah tadi. Lepas tu aku tak toleh dah sebelah tu. Baik aku fokus tengok cerita. Lagi bagus.

Tamat.

Kami keluar dari panggung wayang. Masih sama macam tadi, tangan Mikail masih dalam genggaman aku. Tak mahu jauh. Ketika berpusu keluar tu kaki aku tersadung karpet. Adoi! Sikit je lagi nak jatuh. Aku dan Mikail sama-sama berhenti mengejut. Disebabkan kami berhenti tanpa amaran, orang di belakang aku ni terlanggar belakang badan aku.

Aku toleh ke belakang. Perempuan tu duk membongkok mengutip shades yang jatuh. Aikk? Pakai shades longgar ke cik? Hahaha. Ketawa jahat.

"Stupid! Jalan pun tak betul." Perempuan tu mengomel sambil membersihkan shades.

"I'm sorry. Tak sengaja." Aku meminta maaf.

Dia pandang aku. Tanpa shades. Dan mafela dilehernya melurut ke bawah. Huh? It's you?

Cepat-cepat dia membetulkan mafela agar menutupi mulutnya. Dia menarik lelaki di sebelahnya agar beredar. Kelam-kabut mereka keluar walaupun lelaki tu macam blur. Mendahului langkah aku dan Mikail.

ADDICTED TO HUSBAND (✔️)Where stories live. Discover now