Bab 67 - Hidup mati

14.5K 455 11
                                    

HIDUP atau mati.

Bukan pilihan tapi ketentuan. Andai Tuhan takdirkan hayat kau penghujungnya hari ini, kau terimalah. Andai hayat kau beribu tahun lagi, kau terimalah.

Nikmat apa lagi yang ingin kau dustakan?

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Rasa itu menjerut diri. Ketenangan.

Dengan penuh kekuatan di dada, nafas aku hembus. Kemudian mata aku buka seluasnya. Warna putih menghiasi kornea mata. Aku pandang tak berkelip. Aku amati sesaat dua.

"Fiffy?"

Siapa yang sebut nama aku? Dato'? Aku takut. Lantas aku menangis. Teresak-esak. Aku takut...

"Alhamdulillah."

Kalimah itu aku dengar. Betul-betul dicuping telinga kanan. Siapa yang menyebutnya?

"Boleh awak dengar suara saya?"

Itu, suara siapa?

Mata aku masih pegun pada warna putih tadi. Tak berkelip. Aku takut. Andai sekali aku berkelip, warna itu hilang buat selamanya.

"Fiffy Muneera Borhan?"

Sekali lagi.

Badan aku menggeletar. Aku takut jikalau Dato' yang menyebutnya. Aku takut jikalau dia masih ada di situ memerhati perlakuan aku. Aku takut.

"Sayang?"

Pipi aku terasa disentuh. Kepala aku terasa dibelai.

"Wake up sayang. Abang ada ni. Ibu ayah ada. Abang ada. Umi abah pun ada."

Aku memberanikan diri mengalih anak mata. Kini pandangan aku melekat pada insan-insan yang sedia berdiri di sekelilingku.

"Abang..." aku cuba menyebut.

"Sayang..." dia menyahut. Kemudian ubun-ubunku dikucup.

"She needs a rest." Lelaki berpakaian putih itu bersuara.

"Ibu ayah..." aku cuba lagi.

"Abang..." sekali lagi.

"Umi abah..."

Kemudian air mata aku mengalir lagi.

Ya Allah! Insan yang aku sebut semuanya ada di depan mata. Mereka tersenyum padaku. Seolah ada sinar baru yang datang dari sebalik mata mereka.

"Saya kat mana?" Aku bertanya. Kerongkong terasa perit. Sakit.

"Kat hospital. Awak kenal siapa di sekeliling awak?" Lelaki berbaju putih itu menyahut.

Aku larikan pandangan pada semua yang ada di situ. Aku nampak...

"Abang?" Itu Mikail. Dia mengangguk. Aku nampak air matanya mengalir.

"Ibu?" Itu ibu. Dia mengangguk. Sama. Dia juga mengalirkan air mata.

"Ayah?" Ayah angguk. Memberikan isyarat 'okay' dengan jari.

"Abang Afif?" Abang Afif senyum. Dia melambai.

"Umi abah?" Umi abah juga sama. Tersenyum dalam linangan air mata.

"Saya kenal. Mereka keluarga saya. Harta saya dunia akhirat." Aku yakin. Kerana insan-insan ini, aku jadi kuat. Kerana mereka, aku mampu berada di sini.

"Air..." Tekak aku haus.

Mikail hulurkan segelas air. Aku sambut lalu diteguk rakus. Seolah kali pertama menikmati air.

ADDICTED TO HUSBAND (✔️)Where stories live. Discover now