Bab 65 - Bang Bang!

13K 439 20
                                    

Fiffy POV

SEJUK.

Aku buka mata perlahan. Berapa lama agaknya aku pengsan? Sampaikan badan terasa lenguh dan perut terasa berdenyut. Kepala terasa berat dan bau hanyir jelas mencucuk rongga hidung.

"Sedar pun."

Lelaki tu lagi. Lelaki tak bernama. Kenapa agaknya dia sering muncul bila aku memerlukan teman bicara?

"Awak yang basahkan muka saya?" Aku tahu muka aku basah. Masih ada air menitik dari anak rambut.

"Yup. Awak nampak pucat." Lelaki itu menjawab juga.

"Kenapa Dato' Nik masih tak jumpa saya?" Soalan yang membelenggu otak akhirnya terluah.

Lelaki itu ketawa kecil. "Kalau awak tahu apa dia biasa buat, awak takkan berani fikir pasal nak jumpa dia."

Aku kerut dahi. "Meaning?"

Lelaki itu ketawa. "I can't tell." Perlahan suaranya.

Aku menelan liur. Tiba-tiba terasa kesakitan lagi di sekitar pusat. "Err...saya sakit perut."

Lelaki itu duduk bertinggung. "Sakit? Awak dah makan tadi kan?" Dia seolah prihatin. Ya. Dia memang prihatin.

"My baby need it more." Sedih. Aku bukan meminta simpati tapi betul. Aku teringat nasib anak dalam kandungan aku.

"Awak pregnant?"

Aku angguk perlahan.

Lelaki itu berdiri. Bajunya dibetulkan.

"I'll get you the food." Dia berlalu.

*****

Setengah jam kemudian, aku dengar pintu masuk ditolak. Aku tersenyum. Mesti dia datang bawakan makanan. Lepas ni baby mama boleh makan. Sabar okay sayang!

"That face...just remind me of keparat Borhan."

Frust. Bukan lelaki tadi. Tapi Dato' Nik Bern. Ada lagi tiga lelaki berpakaian korporat di belakangnya. Bodyguard mungkin.

"Apa Dato' nak dari saya?" Aku memberanikan diri bersuara.

Aku dengar dia ketawa. Dari perlahan jadi lebih kuat. Macam sakit mental. Memang dasar gila!

"I will do anything for my daughter." Dia berdiri di hujung kaki aku yang diikat. Aku mendongak memandang wajah Dato' Nik Bern.

"Kau pernah dengar pasal kejatuhan Borhan? Kau pernah dengar pasal tuduhan jenayah atas Borhan? Kalau tak pernah meh aku cerita."

Kaki aku disepaknya. Aku ketap bibir. Sakit. Kasut kulitnya kena betul-betul atas buku lali aku. Rambutku diraupnya memaksa kepalaku terdongak.

"Kat sini aku perangkap ayah kau. Buat macam ayah kau nak bunuh aku. Sedangkan tu semua rancangan aku dari awal." Dia ketawa. Aku rasa jantung aku berdegup lebih pantas dari biasa.

"Tapi polis Malaysia ni bodoh. Dia percaya cakap aku. Aku buat report. Ayah kau kena reman 14 hari. Then aku dera mental dia. Aku tarik balik report tu. Saje je nak panaskan hati dia." Dia ketawa lagi. Puih! Aku meludah.

"Aku nak dia melutut minta maaf, ucap terima kasih. Tapi apa dia buat? Dia bukak bisnes resort pulak dah. Memang tak serik-serik walaupun aku dah rampas pemilikan H.M Hotel dari dia. Dasar Borhan keparat. Tak habis-habis jadi competitor aku."

Dia menendang lagi. Betul-betul kena kepala aku. Ya Allah. Sakitnya. Aku tak pernah rasa kesakitan yang maha dahsyat sebegini. Tapi air mata aku tetap ditahan. Tak mahu nampak lemah dimata lelaki durjana, Nik Bern.

ADDICTED TO HUSBAND (✔️)Where stories live. Discover now