PROLOG

3.8K 67 0
                                    

Alma Ameena.

Itu nama aku. Panjang sangat? Tak apa. Boleh panggil Amee saja. Pendek dan ringkas, kan?

Introvert.

Orang yang suka buat hal sendiri dan tak berapa suka sangat nak beramah mesra dengan orang. Akulah tu.

Habis kelas, balik rumah. Lepak dalam bilik. Baca buku, layan YouTube, bergolek atas tilam, buat assignment, bergosip dengan Kak Warda, kasi 'daily report' dekat baba, makan, tidur dan apa-apa sajalah yang buat aku tak bosan.

Kawan baik?

Hmmm, tak ada.

Entahlah. Mungkin dah ditakdirkan orang tak mahu berkawan dengan aku kut. Lagipun, aku lagi suka buat semuanya sorang-sorang. Senang, tak payah nak fikir pasal orang lain.

Tapi, jangan ingat lone ranger macam aku ni tak ada perasaan. Walaupun ramai kata muka aku semedang saja beku, jarang senyum, tapi hati aku tak kejung okey. Macam orang lain, aku pun ada perasaan. Ada crush juga.

Ryan Yazid.

Orangnya tinggi, handsome, pandai. Antara senior lelaki popularlah di fakulti.

Bila dia senyum, haisy... Cair hati!

Dari sem dua lagi aku selalu perhatikan dia. Sampailah sekarang, dah masuk sem akhir dah pun. Masih tak ada keberanian juga aku nak tegur dia. Padahal, sekelas. Baik kuliah mahupun tutorial.

Nak harapkan dia tegur aku? Mana mahunya. Kewujudan aku pun dia tak perasan agaknya.

Tapi, semalam aku ada terbaca bebenang Twitter berkaitan topik luah perasaan kepada crush. Ramai bagi respons, kata tak salah pun nak confess sebenarnya. Mana tahu rasa hati itu berbalas. Crush kita pun suka dekat kita.

Konsepnya, selagi tak cuba, selagi itu tak tahu hasilnya.

Makanya, aku pun buatlah kerja gila. Aku WhatsApp Ryan kata nak jumpa dia esok. Kali ini, aku tekad. Aku nak bagi tahu Ryan yang aku suka dia.

Suka yang gila-gila suka punyaaa!

TUAN PERASAN MACOWhere stories live. Discover now