"AMEE?"
Dup dap dup dap! Berdetak laju cik jantung. Itu baru dengar suara. Kalau berlaga mata macam manalah pula agaknya.
"Ameena?"
Perlahan-lahan aku angkat kepala. Sungguhlah, ini bukan mimpi. Ini memang betul-betul kejadian!
Ryan dah berdiri tegak di depan. Dengan bibir mengukir senyum. Ahhh, manisnya lahai. Dan-dan mata aku terus timbul love love.
Agaknya, macam inilah rasanya bila crush yang dipuja-puja ada di depan mata. Star-struck sungguh!
"Ya. Ya, saya. Errr, duduklah."
Terkelip-kelip mata aku melihat dia yang dah pun mengambil tempat. Rasa macam tak percaya.
"Kenapa awak nak jumpa saya ni?"
Sebab saya suka awak!
Eh, gila nak cakap macam tu terus. Intro apa pun tak lagi.
"Saya tak boleh lama, Amee. Ada benda nak buat lepas ni."
Aku perasan Ryan duk kerling jam tangan saja. Okey, okey. Pull yourself together, Amee. Inilah masanya. Luahkan cepat. It's now or never!
"Ryan, saya sebenarnya... sebenarnya..."
Aduh! Lidah tiba-tiba terasa berbelitlah pula. Padahal dari malam tadi lagi aku dah praktis nak cakap apa. Ini mesti sebab aku terkhusyuk sangat tengok dia.
Serius, flawlessnya kulit muka dia tu. Kalah kulit aku.
"Awak sebenarnya apa? Cakaplah cepat."
Cepat-cepat aku fokus semula. Okey... Tarik nafas, hembus nafas. Get set... go!
"Saya sukakan awak, Ryan."
Krik krik krik.
Sunyi, sepi. Ryan sah-sah dah tersentak. Jelas gila yang dia terkejut.
Oh, no, no, no... Tengok daripada gaya terkejut dia tu... Sahihlah aku dah kena reject!
Alahai, mana nak sorok muka ni. Itulah... Pergi buat kerja gila siapa suruh? Kan dah padan muka dekat diri sendiri!
"Amee, tengok saya."
Aaaa... tak mahu! Tak mahu!
"Amee."
Nak tak nak, aku alihkan juga pandangan ke arah Ryan.
"Disebabkan awak buat pengakuan macam ni, biar ajelah saya pun berterus terang sama."
Mata aku terbuka besar sikit. Ryan nak cakap apa? Dia nak cakap yang dia pun suka aku ke? Dia nak cakap yang dia terima aku suka dia?
Takkanlah kut!
"Amee, terima kasih sebab suka saya. Saya hargai perasaan awak tu. Tapi..."
Ah. Perkataan 'tapi' itu biasanya bawa maksud tak baik.
"Awak bukan taste saya, Amee."
Pranggg! Bunyi saja macam kaca pecah. Tapi, hakikatnya... Itu hati aku.
Hancur. Berkecai. Bersepai.
Baru nak masuk mood mengenang nasib, ayat seterusnya daripada Ryan buat aku terkedu.
"Saya tak minat perempuan selekeh macam awak ni, Amee."
Aku pandang diri sendiri. Selekeh?!
"Pakai specs stail orang tua."

YOU ARE READING
TUAN PERASAN MACO
RomanceTajuk: TUAN PERASAN MACO Penulis: SHAZIE KAMARUZAMAN Harga: RM24 / RM27 "I boleh tolong buat lelaki jatuh suka dekat you." - Ben Memang tergelaklah Alma Ameena. Sudahlah tiba-tiba saja muncul, kemudian melalut ofer perkara tak masuk akal. Ingat dia...