"DAH kenapa you berbungkus macam Hollow Man ni?"
Aku betulkan Ray-Ban di batang hidung.
Muka Ben nampak tak percaya dengan apa yang ada di depannya. Tak henti-henti dia pandang aku atas bawah dengan gaya berpeluk tubuh.
"Pakai specs hitam, mask, hoodie bagai ni, you kena sampuk ke apa?" tanyanya lagi.
Ben sampai tertunduk-tunduk nak tengok muka yang cuba aku sorokkan.
"Tersampuk apanya pulak. Sebab awaklah, siapa lagi."
Kening Ben berkerut.
Hah, jangan dia nak pura-pura lupa pula eh!
"Kenapa pulak sebab I? I tak suruh you pakai macam ni pun. Dah serupa perogol aje."
"Isy, mulut awak tu kan! Saya bagi makan penumbuk nak?!" Buku lima aku tayang.
Boleh pula dia gelak. Bukannya nak takut ke apa!
"Perangai tu, Amee. Sopan sikit. Kalau ganas sangat, lelaki tak berkenan."
Sempat Ben menegur. Bercili pula tu ayatnya.
Sentap sekejap aku. Tapi, nak bantah pun, apa yang dia cakap tu betul juga.
"Come. Kita ke sebelah. Customer ramai dekat sini."
Ben mengiringi aku melalui laluan bersambung antara kafe dan barber shop.
Malam ini memang ramai pelangan nak gunting rambut, trim bulu-bulu. Di ruang menunggu pun dah penuh orang menanti giliran. Boleh tahan laku keras juga servis ni ya.
Aku dan Ben duduk di meja paling hujung. Betul-betul menghadap dinding kaca. Ben pula ambil tempat di sisi kanan aku.
"You nak makan atau nak minum apa-apa?"
"Tak apa. Saya dah makan dah tadi dekat rumah."
"Good. Now, buka semua yang ada dekat muka you tu. I nak tengok you lulus task pertama I ke tak."
"Errr..." Teragak-agak sekejap aku. Tak pasti sama ada nak tunjuk hasilnya kepada Ben ataupun tidak.
"Amee..." Ben dah mula menyeru.
"Segan. Dahlah ramai orang dekat sini."
Aku pandang sekeliling kafe. Ada lebih 20 orang sedang menikmati makan malam di situ. Aku takut dengan mereka sekali terkejut tengok aku.
"You nak segan buat apa? You sendiri kata yang you okey dengan task I bagi tu."
Erk. Hari itu memanglah aku kata okey. Tapi sekarang, aku rasa macam taklah pula. Adeh.
"Janji dulu... Yang awak takkan gelakkan saya?"
"Ya. I tak gelak. Cepat."
Bila Ben dah mula fokus pandang muka aku, perlahan-lahan aku tanggalkan Rayban. Kemudian, mask yang menutupi hidung dan mulut pula.
Ben masih lagi diam. Hanya pandangannya saja meneliti setiap sudut muka aku.
"You rasa cantik ke bila you mekap macam ni?"
Itu soalan pertama Ben selepas senyap selama beberapa saat.
"Errr... ya kut?"
Duh. Apa punya jawapan aku bagi ni?
Kening Ben mula berkerut. Daripada riak biasa ke riak serius. Fuh. Aku nak buka mulut bela diri sendiri pun rasa tak berani.
"You buat kecantikan you hilang macam tu aje, Amee."
YOU ARE READING
TUAN PERASAN MACO
RomansaTajuk: TUAN PERASAN MACO Penulis: SHAZIE KAMARUZAMAN Harga: RM24 / RM27 "I boleh tolong buat lelaki jatuh suka dekat you." - Ben Memang tergelaklah Alma Ameena. Sudahlah tiba-tiba saja muncul, kemudian melalut ofer perkara tak masuk akal. Ingat dia...