KISAH tak habis lagi. Sampai ke dalam kereta aku membebel-bebel tak puas hati.
"Ryan ni melampau tau! Memanglah satu kampus tu dia nak bagi tahu!"
Kalau Ben tak ada tadi, memanglah... Memang lebam dah muka Ryan tu aku tumbuk! Eee, sakitnya hati!
"Entah ex crush siapalah tu kan."
Ben yang tiba-tiba bersuara buat aku mengerling ke sebelah. Elok saja dia memandu sambil tersengih-sengih.
"Awak perli saya, Ben?"
"No. I cuma nak ingatkan you pasal kebodohan you aje." Selamba badak Ben berkata.
Terkedu sekejap aku. Excuse me? Dan-dan juga...
Percaya kepadamu kebodohanku
Perfect timing betullah lagu Ara ni pun. Betul-betul part lirik yang kebodohan tu pula tu. Huh.
Fon aku berbunyi. Bila aku tengok notifikasi yang ada pada skrin... Ryan!
Siapa lelaki tadi tu, Amee? Awak pesan dekat dia jangan nak perasan bagus sangat! Awak tu pun sama!
"Ben, awak tengok ni. Ryan WhatsApp saya kut. Siap ada pesan untuk awak."
Kening Ben mula berkerut.
Aku halakan skrin ke arahnya. Sempat dia baca sekali lalu. Ada riak sinis terpamer pada wajahnya selepas itu.
"Well, sepatutnya dia boleh cakap terus dengan I. Bukan lelaki namanya kalau pengecut macam tu."
"Kan. Sesuailah dia dengan si Thalia tu."
Sebut pasal Thalia, tak semena-mena ada satu benda terlintas dalam kepala otak aku.
"Oh, shit!"
"Hey. Language, Amee." Laju Ben menegur.
"Ben, kalau Thalia tahu maknanya memang satu kampus akan tahu! Thalia tu dahlah... Haisy! Awak kena makeover saya sebelum cuti mid sem ni habis, Ben. No matter what!"
Aku mula kabut. Baru aku teringat betapa besarnya power Thalia sebagai mak cik bawang. Kalau dia update di Twitternya atau...
Jangan-jangan dia dah update dah pun! Habislah. Mana aku nak sorok muka ni?
"Hei, Amee. Tak payah nak risau sangat. I akan pastikan you jadi Amee yang baru by Monday. Okey?"
Bila Ben cakap macam itu, lega sikit hati aku. Ya, Isnin nanti aku akan buktikan kepada mereka!
Dalam fikiran aku menerawang, tahu-tahu saja kereta Ben dah berhenti di depan pagar rumah aku. Sungguhlah dia ni. Bawa kereta bukan main laju. Tup-tup saja dah sampai.
"Thanks, Ben. Sebab jadi B saya." Sengaja aku tekan perkataan 'B' itu.
Bila dengar balik, macam kelakar pula bunyinya. B jadah sangat. Dia bukannya boyfriend aku pun.
"You're welcome, my sugar."
Sama seperti aku, Ben balas dengan nada yang sama bila sebut 'sugar'. Siap diselitkan dengan senyum senget lagi.
Adududuhhh... Cik hati, sila jangan mencair.
"Kalau you nak panggil I B terus pun boleh. Stand for Ben."
Ewah, ewah... Boleh pula gitu ya, Ben?
"No needlah. Karang orang lain salah faham pulak. Tak pasal-pasal tercetus kontroversi."

YOU ARE READING
TUAN PERASAN MACO
RomanceTajuk: TUAN PERASAN MACO Penulis: SHAZIE KAMARUZAMAN Harga: RM24 / RM27 "I boleh tolong buat lelaki jatuh suka dekat you." - Ben Memang tergelaklah Alma Ameena. Sudahlah tiba-tiba saja muncul, kemudian melalut ofer perkara tak masuk akal. Ingat dia...