BAB 10

25.4K 782 5
                                    

Ezroy tersengih bila Ros terpingga-pingga untuk memilih tempat duduk sebaik memasuki pesawat tadi. 'Boleh lak minah ni blurr. Ada ke patut tanya kat aku nak duduk mana.' Ezroy tersengih bila meningati insiden sebentar tadi.

****

"Awak, saya nak duduk mana ni." Ros bersuara sebaik memasuki pesawat tersebut. "Kau duduk kat enjin pesawat ni." Ros menayang muka sedihnya pada Ezroy. 'Aihh mamat ni aku tanya elok-elok kan. Dah lah aku tengok semua muka ahli dia bengis semacam je. Karang aku salah duduk, ada yang bunuh aku lak.' Ezroy memerhati wajah blur Ros.

"Ros, meh duduk dengan I. Tak yah duduk dengan Ezroy." Rayyan bersuara sambil menunjukkan tempat duduk sebelahnya yang kosong. "Oh ho, jangan nak mengada. Aku yang duduk situ. Suka suki je kau nak suruh Ros duduk situ." Arif bersuara. Arif sengaja berkata bergitu. Dia suka tengok muka blur Ros.

Joe tersengih dari tadi. Bukan dia tak tahu yang Arif nak mengenakan Ros. Ezroy tersengih melihat Ros yang nak menangis. Manakala Joe yang duduk dengan Amri tersengih melihat muka Ros yang nak nangis tak lama lagi. "Ros kau duduk sini." Ezroy bersuara. Ros yang nak menangis tadi terus mempamerkan wajah pasrah.

"Aw..awak memang sengaja nak kenakan saya kan." Ros meluahkan isi hatinya. Ezroy tersengih. "Bila masa lak aku kenakan kau. Dah lah. lebih baik kau tidur. Kalau tak, memang aku suruh kau duduk dekat atas pesawat lak. Tak pon aku tembak kau." Ros yang mendengar kata Ezroy menayangkan muka tak puas hati.

Rayyan, Joe, Arif dan Amri mengekek mentertawakan Rose Erika. Ros melelapakan matanya. Ezroy yang melihat Ros yang sudah terlena, memperbetulkan kedudukan Ros. Kepala Ros diambilnya dan dilentokkan di atas bahu Ezroy.

****

Itulah kejadian semasa Ros mencari tempat duduknya. "Bro, kau nak buat apa nanti. Kau nak terus serang ke." Rayyan menanya kepada Ezroy. Arif yang mendengar pertanyaan tersebut turut memandang muka Ezroy.

"Lek lu. Aku nak tengok apa yang diorang nak buat lepas ni." Mereka menganggukan kepala sahaja. "Bro aku dah dapat dah maklumat orang yang terlibat dalam pembunuhan keluarga Ros. Salah seorang dari mereka ada kat sana."

Ezroy yang leka bermain phone memandang muka Arif. "Ermm apa kata kita main dengan dia dulu." Rayyan yang leka bermain Phone terus memandang muka Ezroy. "Finally. Ada juga permainan yang boleh aku main kat sana." Kata Rayyan.

****

Ros membuka matanya, sebaik dia tersedar dari lenanya. "Dah sampai lom." Ros bersuara. "Dah sampai." Ezroy bersuara. Manakala ahli dan rakannya yang lain sibuk mengemas barang mereka. "Dah jom kita turun. Jap gi kita nak gi tempat lain." Amri bersuara. Mereka yang mendengar menganggukkan kepala sahaja. "Awak kita nak kemana. Kata Ros." Ezroy angkat bahu.

Mereka semua keluar dari pesawat. Terdapat beberapa buah kereta yang telah disediakan untuk menunggu ketibaan Ezroy. "Welcome back sir." Kata orang suruhannya. Ezroy anggukan kepala sahaja.

"Awak, kita kat Austraulia ke." Pertanyaan Ros mendapat anggukan Ezroy. "Seriuslah." Kata Ros teruja. "Ermm. Lebih baik kau jangan nak teruja sangat. Karang diorang ni tembak kau padan muka. Diorang ni semua tak suka perempuan asing datang kat sini." Kata Ezroy bagi menakutkan Ros. Manakala rakan Ezroy yang lain mengekek mentertawakan Ros.

"Ehh... ohh ok. Saya tak teruja." Kata Ros dengan polosnya. Dia tak sedar yang dia telah dipermainkan oleh Ezroy. 'Aihhh minah ni. Takkan percaya bulat-bulat kut. Diorang ni cuma ikut arahan aku je. Kalau aku suruh tembak baru lah tembak. Ni aku tipu sikit dia dah percaya.' Ezroy menggeleng kepala melihat kelurusan Ros. "Lets go home." Kata Rayyan bagi meredakan ketawa mereka.

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now