'Huh, bosannya duduk rumah ni. Satu benda aku tak leh buat. Apa kata aku roda dalam rumah ni. Aku nak tahu gak isi dalam rumah ni ada apa.' Ros keluar dari biliknya dan mula mengelilingi rumah mewah tersebut.
'Bilik apa ni. Macam soramm joo...' Pintu bilik tersebut dibuka. Ros tergamam seketika. 'Bapak lah wei.. Banyaknya senjata. Seram lak pulak tinggal dengan para mafia ni.' Ros menyentuh satu persatu senjata yang dihadapannya.
Tanpa Ros sedar, Ezroy telah memerhatinya dari tadi. Sebaik bangun dari tidur, Ezroy menuju ke bilik Ros. Bila dia masuk, Ros takde dalam bilik tu. Apa lagi lintang pukang lah dia cari minah tu.
Nasib jumpa. Tu pun secara tak sengaja lalu di bilik senjata. "Kau nak cuba main dengan pistol tu ke." Kata Ezroy sebaik melihat Ros memegang salah satu pistol kesayangannya. Ros terkejut lalu meletakkan pistol tersebut. "Ta..tak. Saya Cuma nak tengok je. Maaf sentuh senjata awak. Saya tak sengaja."
Ezroy menghampiri Ros. Pistol yang diletak Ros tadi diambilnya kembali dan menarik tangan Ros kebilik menembek. "Come aku ajar cara menembak. Mana tahu kau perlu menggunakan senjata lak lepas ni."
Ros menggelengkan kepalanya. "Aduhh hai kau ni. Aku suruh kesini, kesini lah!" Ketegasan Ezroy membuat Ros menghampiri Ezroy dalam keadaan ketakutan. "Awak, saya takut. Saya.." Ezroy mencium pipi Ros.
Ros terdiam. "Aku nak kau belajar guna senjata ni. Kalau ada musuh menyerang, kau boleh pertahankan diri kau. Faham." Ros angguk kepala je. Ros memegang pistol, Ezroy turut memegang tangan Ros. Sasaran di sasarkan. Bang. Tepat mengena sasaran.
"Mak!!!!!!!!!" Jerit Ros dalam hati. 'Gila kau. Aku dah lah tak reti tembak, tinggal dengan mamat ni aku kene menembak. Wei, kalau hari-hari camni aku boleh dapat darah tinggi ni.' Ezroy tergelak melihat wajah pucat Ros.
****
"Wei, syaiton tu mana. Dari tadi aku cari dia tak jumpa aku. Dah kena telan dek bapak jin ke." Rayyan bertanya pada sahabatnya yang lain. Joe yang dari dapur turut bersuara. "Haah lah, mana Roy. Ros pun aku tak nampak dari tadi." Arif dan Amri turut memandang antara satu sama lain.
"Kau rasa lah kan, Roy buat apa dekat Ros." Arif mengangkat keningnya. "Aku rasa apa kau rasa. Hahahahaha." Amri terus tergelak dengan lawak bodoh dia. "Ingat kelakar ke babi. Lebih baik kau pikir apa yang kita rancang malam ni. Aku nak diorang semua mati. Hahahahahahahaha." Rayyan dah tergelak bagaikan orang gila.
Siapa tak kenal Rayyan. Dia lah manusia yang paling gemar membunuh. Tak dapat membunuh, menyeksa mangsa pun boleh jadi kegembiraan tuk dia. "Apa yang bising-bising ni."
Ezroy menegur sahabatnya. Mereka semua menoleh kearah Ezroy. Mereka turut memandang raut wajah Ros yang serabut dan keletihan. "Bro kau buat apa kat Ros. Aku tengok muka dia cam penat je. Ke kau buat ehem..ehem." Ezroy mencapai kusyen kecik lalu baling pada Arif.
"Otak kau tu boleh suci sikit tak sial. Aku belum gila nak buat benda tu bodoh." Arif tersengih. Mereka yang menyaksikan dan ingin bersuara tidak jadi bersuara semula. "Kau Ros gi mandi. Lepas tu turun lunch." Ezroy mula bersuara mengeluarkan arahan. Ros hanya mengikut arahan sahaja.
'Letih woi badan ni. Ni dapat berendam lelama dalam bathtub, syokk siakk...' Ros sudah tersengih membayangkan dirinya akan berendam dalam mandian yang wangi nanti.
YOU ARE READING
ROS MR MAFIA
ActionSeorang gadis yang telah dijual oleh pakciknya disebabkan tidak dapat melangsaikan hutangnya. Gadis yang lemah akhirnya dijual pada manusia yang kejam atau gelaran mereka mafia. " Tolong pakcik, Ros merayu jangan jual Ros. Apa salah Ros pakcik" Ro...