Hampir tiga bulan Ros tinggal bersama dengan Ezroy dan keluarga mafianya. Selama dia tinggal dengan Ezroy, dia tidak dipukul lagi. Malah dia makin dilayan dengan penuh kasih sayang. Sudah lama dia tidak merasakan kasih sayang selepas keluarganya meninggalkan dia.
Selama dia tinggal dengan keluarga makciknya, hidupnya ibarat sebagai orang gaji sahaja. Kekadang dijadikan sebagai objek untuk dilepaskan kemarahan mereka pada dirinya.
Ros bangkit dari katilnya. Dia mengelilingi biliknya. 'Boleh tahan besar bilik aku. Hihihi. Selama aku tinggal dengan keluarga pakcik aku, aku duduk dalam bilik yang sangat kecik. Bagaimana lah keadaan mereka. Walau mereka selalu mendera aku, aku tetap sayang mereka. Hanya mereka lah keluarga yang aku ada.' Bisik hati Ros.
Ros berdiri di balkoni. Dia menghirup udara di waktu pagi. 'Nyamannya. Kan best boleh keluar dari rumah ni. Nak juga aku jogging keliling kawasan rumah mamat ni. Besar kut kawasan dia.' Tanpa Ros sedar, Ezroy dan rakannya yang lain memerhati dirinya dari bawah.
****
"Bro kalau dia tahu siapa orang yang terlibat dalam pembunuhan keluarga dia. Kau rasa dia akan maafkan orang tu. Sedangkan orang tu merupakan orang penting pada dirinya." Kata Joe menyebabkan mereka semua mengeluh.
"Aku rasa dia mungkin akan marah atau dia maafkan mereka semua tu." Kata Arif hanya dipandang sipi. "Aku tak rasa Ros mampu maafkan mereka. Walau dia seorang yang pemaaf, tapi kalau melibatkan kepercayaan yang dikhianati, aku rasa dia takkan maafkan mereka." Rayyan bersuara. Yang lain menganggukkan kepala mereka.
"Aku nak korang sentiasa pantau mereka semua. Kita akan bertindak bila tiba masanya nanti." Ezroy mula mengeluarkan arahannya. 'Aku akan jaga kau Ros. Aku akan pastikan semua musuh kau musnah depan kau.' Bisik hati kecil Ezroy.
"Bro, aku nak tanya. Tapi aku harap kau tak marah lah". Ezroy angkat muka memandang wajah Amri. "Kau nak tanya apa." Kata Ezroy membuatkan Amri menarik nafas yang dalam dan melepaskan hembusannya perlahan-lahan.
"Apa kata kau kahwin dengan Ros. Aku rasa kau tahukan hukum bersekedudukan. Walaupun kau tak buat benda terkutuk kat Ros. Kalau kau kahwin dengan dia,kau boleh jaga dia." Kata Amri membuatkan mereka yang mendengar tergamam.
****
"Ros, jom ikut kitorang." Rayyan bersuara lunak untuk memujuk Ros menyertai mereka. "Malas lah. Saya nak duduk rumah je." Ros bersuara. "Kau gi bersiap. Aku bagi masa 30 minit. Kau kemas apa yang patut dan turun sini balik. Kalau tak kau siap." Ezroy bersuara dengan tegas. Ros yang mendengar arahan Ezroy berlalu kebiliknya dengan segera.
'Aihh mamat ni. Asik nak ugut je. Aihhhh, nasib lah aku masih ada rasa takut sikit kat dia. Kalau tak, tak tahu lah mak nak habaq macam mana.' Ros mengemas kan bagasinya. 'Aduh dah lah baju ehh semua aummmm.' Tak lah seksi sangat tapi boleh untuk dipakai.
Setelah berkemas dan bersiap, Ros menghampiri para jejaka yang menunggunya dari tadi. "Yuhuuu.... Ros ikut. Ni sayang ni.." Rayyan bersuara gedik. Ros tergelak je. "Kau jangan jadi monyet kat sini boleh tak." Joe bersuara dengan bengangnya.
Ezroy hanya menggeleng kepala. Manakala Amri dan Arif membuat panggilan. "Bro pesawat peribadi dah ready." Arif bersuara. "Bro penginapan kita kat sana pon dah ready." Amri bersuara pula.
"Awak, kita nak kemana ya." Ros bertanya sambil menarik hujung baju Ezroy. Ezroy yang perasan akan tindakan Ros membuatkan dia tersenyum kecil. 'Mesti minah ni jenis manja. Asik tarik hujung baju aku je.' Ezroy hanya angkat bahunya.
Ros memandang wajah sahabat Ezroy yang lain. Balasan angkat bahu sahaja yang dipamerkan oleh mereka. Ros mengeluh. "Jangan risau. Kau pasti suka." Ezroy bersuara.
****
"Wah bestnya. Saya tak pernah naik pesawat peribadi lagi. Eh, kapal terbang saya tak pernah naik." Ros bersuara teruja. Dia tak sedar dia bersorak riang sambil diperhatikan oleh semua para jejaka yang sentiasa bersamanya. Mereka semua menggeleng melihat telatah Ros.
"Boleh tahan minah ni punya manja." Amri bersuara dan mendapat anggukan daripada sahabatnya semua. "Awak, kita naik ni ke. Betul ke. Kita nak gi mana ya." Semua persoalannya di sambut dengan gelakan dari mereka semua. Baru Ros tersedar yang dia dari tadi mengongcang tangan Ezroy.
"Dah puas gongcang tangan aku." Ros termalu sendiri dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Maaf. Saya tak sengaja." Ros bersuara kesal. Mereka yang menyaksikkan hanya mampu gelak sahaja.
"Dah lah, jom naik. Jap gi kita nak gerak." Arif bersuara bagi meredakan ketawa mereka semua. 'Sian pulak tengok minah ni.'
YOU ARE READING
ROS MR MAFIA
AcciónSeorang gadis yang telah dijual oleh pakciknya disebabkan tidak dapat melangsaikan hutangnya. Gadis yang lemah akhirnya dijual pada manusia yang kejam atau gelaran mereka mafia. " Tolong pakcik, Ros merayu jangan jual Ros. Apa salah Ros pakcik" Ro...