BAB 27

20.1K 618 4
                                    

"Kau siapa!" Kata Ezroy.

"Aku Farid, from Dark Group. Aku nak bantu korang selamatkan bini kau. pada masa yang sama aku nak hapuskan musuh aku jugak." Kata Farid.

Mereka semua terkejut mendengar kata Farid. Sape tak kenal Dark Group. Kumpulan mafia bergerak secara senyap dan bantu pihak polis membanteras jenayah. "Ok aku setuju. Asalkan menantu aku selamat." Kata Tan Sri Eizam tiada siapa dapat membantah bila aura mafianya sudah muncul.

****

"Tolong!! Tolong lepaskan aku lah. apa yang korang nak hah! Jerit Ros. Seorang lelaki tua menghampirinya. Pak Cik. Pak cik kenapa Ros kat sini. Tolong lepaskan Ros." Kata Ros pada Pak Samad.

Terdengar ilaian tawa wanita di dalam bilik tersebut. Mak Maimon menghampiri suaminya bersama Sofia. "Kenapa kau kat sini. Ermm senang. Aku nak kau mampus." Kata Pak Samad.

"Pak cik, apa salah Ros... apa salah Ros Pak cik." Kata Ros dengan tangisannya. "Aku nak kau mampus. Aku ingat dengan jual kau kat King tu kau mampus atau menderita. Ni tak kau boleh lagi hidup senang. Aku benci kau sekeluaraga tahu tak." Kata Pak Samad.

"Apa maksud pak cik.." Kata Ros. "Aku benci kau hidup kau tahu tak. Disebabakan bapak kau aku dibuang dari keluarga kau tahu. Aku tak tahu lah asal bapak aku boleh serahkan syarikat tu pada bapak kau Arif Farhan.

Bila aku dapat tahu aku semakin benci dengan dia. Dia dapat saham bapak aku, dia dapat syarikat bapak aku. Habis aku ni, aku dapat apa. Hanya dapat rumah dan tanah je. Kau ingat boleh buat apa dengan tu hah!" Muka Ros ditampar.

"Kami hidup menderita disebabkan keluarga kau bodoh." Jerit Sofia sambil menarik rambut Ros. Ros hanya menangis dari tadi. "Kalau kau nak tahu, aku lah rancang pembunuhan mak bapak kau." Kata Pak Samad.

"Ehh. Bukan kita rancang bersama ke abang." Pak Samad terus tergelak. "Ha ah lah. kita yang rancang bersama. Kau nak tahu tak asal aku bunuh bapak kau." Ros terdiam dan menundukkan kepalanya.

"Aku bunuh bapak kau sebab dia tak nak bantu aku selamatkan syarikat yang aku bina sendiri tu. Disebabkan tu aku bunuh dia. Dah alang-alang aku pun memang dah berdendam dengan dia. So aku bunuh dia terus.

Kami dan Sufian termasuk Suria yang berkomplot nak hapuskan kau sekeluarga. Tak sangka kau hidup. Di sebabkan kau hidup, tu aku amik kau untuk dapat insurans mak bapak kau.

See, bagus tak perancangan kami semua. Tapi tu lah, aku tak tahu pulak bapak kau sempat bagi syarikat tu kat kawan dia. Lepas aku tahu, tu aku jual kau kat King. Tapi, kau boleh happy pulak hidup dengan dia. Kau patutnya mati." Tengking pak Samad. Pistol dicapai.

Bang.

****

Ros membuka matanya bila dia tidak merasakan kesakitan bila ditembak. Malah dia hanya mendengar jeritan mak cik dan sepupunya. "Well Samad. Tugas kau dah selesai. Sekarang aku nak Ros pulak." Kata Jimmy.

Pak Samad sekeluarga sudah diikat oleh anak buah Chrish. Jimmy dan Chrish menghampiri Ros. "Now, aku tahu kenapa Ezroy.. ermm patut ke aku panggil dia king... what ever... Boleh tahan body kau." Kata Chrish sambil mengusap bahu Ros.

"Lepaskan aku lah.. Lepaskan." Jerit Ros. "Wow i like it." Kata Jimmy. Bergema gudang tersebut dengan tawa mereka. "Lepaskan kau. memang tak lah. aku nak kau jadi umpan aku. Mesti laki kau jap lagi sampai." Seorang lelaki menghampiri Jimmy dan berkata kan sesuatu.

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now