siete ☽⋆゜

1.7K 111 11
                                    

"Hotel Pornessian Parrapio Jjang?"

hoseok pandang dahee, dahee pandang hoseok semula.

dahee mengangguk yakin sambil tersenyum memandang bangunan hotel yang berdiri gah di hadapan mereka.

"inilah dia tempat tu." balas dahee.

"kau jumpa jantan tu dekat..... hotel? for what?" hoseok terkedu sambil mengunyah twister yang dipeluk di tangannya.

siapa hoseok? oh, hoseoklah abang dahee di chapter sebelah huehue. tapi dia bukan abang sebenar dahee.

hoseok cuma anak angkat yang diambil oleh keluarga jung. hoseok belajar di luar negara, jadi sukarlah nak nampak muka dia di rumah keluarga jung.

"err......" ligat otak dahee memproses jawapan untuk dia bagi pada hoseok. dia dah la jarang-jarang tipu abangnya itu. "kau takpayah tahu la!"

tanpa berbasa basi, dahee menarik hoseok masuk ke dalam hotel. mereka ke arah kaunter pertanyaan.

jari jemari dahee mengetuk-ngetuk meja kaunter untuk menarik perhatian seorang 'wanita' berbadan gempal yang menjaga kaunter itu.

"hello cik dahee." sapa 'wanita' itu sambil memintal rambut dia.

"hello polla thai. nak tanya, ada customer nama jungkook pernah datang sini tak?" tanya dahee.

"mr jungkook ke? oh sekejap biar saya semak buku pelanggan." polla berjalan lenggang lenggok ke arah buku pelanggan yang disusun tidak jauh dari mereka.

polla menjilat keseluruhan tangan dia. setelah tangan dia basah dengan ayaq liur, satu persatu muka surat buku itu diselak bagi mencari nama jungkook.

polla jilat untuk memudahkan tangan dia menyelak buku. tapi siapa sangka tabiat dia membuatkan buku itu menjadi melekit dengan air liur dia?

aku jijik mas, aku jijik!

hoseok merasa something fishy. dia terbau aura-aura ikan masak sweet sour apabila melihat dahee dan si polla itu nampak seperti kenal satu sama lain.

tak mahu tertanya-tanya, hoseok menarik adiknya itu menjauh daripada kaunter pertanyaan.

"eh eh, kau kenapa bang?" tanya dahee setelah dirinya ditarik. clueless dahee dibuatnya.

"kau nampak macam kenal je pondan gemuk tu. kau kenal dia dari mana? jangan-jangan kau pelanggan tetap hotel ni, sebabtu dia kenal kau kan?" teka hoseok.

hoseok ni main lepaskan je apa yang terbuku dalam hati dia. malas mahu berbasa basi sangat. straight to the pointkan senang? tak adalah lambat scene ni nak habis jehehehehehe

dahee mengetap bibirnya. ha sudah, hoseok dah bagi soalan cepumas ni. dia nak jawab apa?

"m-- mana ada la! aku--"

"cik jung dahee!" panggil polla dengan suara yang dia sengaja acah lembutkan.

kau dah ada halkum tu buat cara ada halkum boleh tak? alamak polla ni, dah la mengubah ciptaan allah!

"ya saya?" finally, dahee dapat meloloskan diri daripada pertanyaan maut hoseok.

berlari-lari dahee ke arah kaunter pertanyaan itu diekori hoseok.

"ini, saya ada jumpa satu. ini je nama yang berdaftar dengan nama jeon jungkook dan jung dahee, bilik 202. betulkan ini bilik yang cik tempah bersama jungkook?"

goddamnit, secara tak sengaja polla dah membongkarkan segala rahsia berkaitan jungkook dan dahee.

"BILIK?! JUNGKOOK DAN DAHEE?!"

seperti yang disangka, hoseok terkejut babun dengan berita itu. hoseok dah tak fikir apa-apa lagi dah. sekarang dia dah faham situasi yang terjadi.

apa lagi yang lelaki dan perempuan akan buat dalam satu bilik kalau bukan........ seks?

"dahee, kau......"

"hehehehe oh yeke? terima kasih polla kalau ditakdirkan aku jumpa kau lagi lepas ni aku janji aku hiris lemak lemak kau sampai kau mati hehehehehhe." ujar dahee sambil mengetap gigi mengawal kemarahan.

dahee perhati je polla dihadapannya itu kecik besar kecik besar.

hoseok geram. oh, selama ni rupanya adiknya itu ada buat perkara haram ke?

ganas, hoseok menarik gadis kecil itu keluar daripada hotel. tangan dahee dia cengkam kuat menyebabkan dahee bertindak untuk memukul-mukul hoseok.

"sakitlah seok!" bentak dahee. dia tahu dia otw meninggal, tapi dia masih berani melawan abangnya itu.

setelah mereka berada di luar kawasan hotel, tangan itu hoseok lepaskan. dahee memerhati pergelangan tangannya. MERAH WEH!

"kau jawab sekarang apa yang kau buat dengan mamat jungkook tu dalam satu bilik?" tanya hoseok, cuba berlembut.

kang dia tanya kasar sangat lagilah dahee tak mahu menjawab. silap-silap dahee melawan hoseok balik sebab dia kan keras kepala budaknya?

"nanti la aku explain. sekarang kau kena tolong aku cari jungkook dulu." dahee masih ingin berdalih daripada menjawab soalan hoseok.

hoseok melipat tangan ke dada. wajah dahee dipandang jengkel. "kau.... dah tak ada dara kan?"

straight forward sahaja lelaki itu bertanya.

"ey, mana adalah!"

"kau takpayah nafikan benda yang dah memang betul. kalau kau masih nak nafikan, aku betul-betul bagitahu mak bapak kau."

"YA, YA AKU BUAT! PUAS HATI KAU?"

hoseok terdiam. dia ingin bersuara namun mulutnya seakan terkunci mendengar pengakuan gadis itu.

tak sangka, budak sebijak dahee buat benda macam tu?

"okay look. kau jangan nak berlagak macam kau anak kandung omma dan appa aku. kau tak ada hak nak bagitahu mereka apa yang aku buat. kau cuma outsider dalam rumah tu! jadi, jangan acah macam hero nak report pada omma dan appa tentang keburukan aku. kau tak ada hak ke atas aku!"

melencong laju ayat-ayat itu terkeluar daripada mulut dahee. riak wajah hoseok tampak kecewa. tapi dahee kisah apa?

janji hoseok tak bagitahu pada keluarga dahee yang dahee dah buat perkara yang dilarang untuk budak bawahan umur seperti dia lakukan.

"aku...." hoseok terdiam sejenak. bibirnya mula mengukir senyum senget. "aku tak berhak masuk campur hal kau?"

"ya, kau tak berhak dan kau tak layak!"

"maafkan aku. aku cuba untuk jadi abang yang terbaik untuk kau tapi kau tak suka, betul tak? aku ambil berat pasal kau sebab aku sayang kau macam adik aku sendiri. tapi cara kau...... haih, kau dah kecewakan aku dahee."

hoseok membalikkan tubuhnya, berkira-kira untuk pergi. air mata yang hampir jatuh dia tahan. betapa kecewanya dia apabila orang yang dia sayang tak anggap dia macam abang sendiri.

"aku takkan masuk campur urusan kau dah. buatlah apa yang kau suka. tapi ingat, bila susah jangan pernah cari aku lagi." ujar hoseok sayu.

langkahnya longlai berjalan meninggalkan dahee seorang diri.

rasa di hati memang bersalah. tapi dalam masa yang sama, dahee berpuas hati. sebab sekarang tak ada siapa yang akan kacau kegiatan dahee.

dan tak ada sesiapa yang akan menyampuk urusan hidup dahee lagi.

-

ada yang tertunggu tunggu fanfic ni ke? emmm maap lambat update

[SUF] lɐǝʇs ʇɥɓıu ǝuo ⁺ ʎʞooɥsuoǝɾ ❛  ✧!Where stories live. Discover now