ocho ☽⋆゜

743 39 6
                                    

berhari-hari sudah berlalu selepas kejadian dahee dan hoseok gaduh di hotel.

hoseok nampaknya sudah tidak duduk di rumah keluarga jung lagi. hoseok pun malas nak duduk di situ apabila memikirkan yang dahee sudah membenci dia.

dahee tak benci dia pun, dia yang pikir jauh melangit seperti hidung dia yang tinggi melangit tu huk aloh hoseok ni kecoh betul la.

apa-apa pun sekarang dahee sedang bersedih. kertas periksa addmathnya dia peluk, sambil dia berjalan di bahu jalan. batu kerikil jalan di sepak-sepak.

"ish, macam mana boleh gagal ni?"

ya seperti yang anda jangkakan, memang keputusan addmath dahee tidak memberangsangkan.

bukan setakat tak memberangsangkan, dia gagal woi!

secara tak sedar, dahee melintasi warung pak mail. warung usang di tepi jalan yang menjual roti canai kuah lemak masak cili padi.

ramai pelanggan disitu melihat televisyen.

"inilah dia jungkook tu!" ujar seorang makcik bawang kepada makcik bawang yang lain.

"jap, jungkook?" dahee bergegas ke arah warung pak mail apabila terdengar nama jungkook disebut.

mata dahee pula ikut sama memandang televisyen, dimana makcik-makcik bawang itu sedang tonton sekarang.

"sikarang birsama saya si nopal anaknya bahenol, riporter anda pada hari ini. jebon's carpet enterprise yang muflis kini sudah maju. pilbagai syarikat besar telah menempah karpet dengan encik jeon jungkook. antaranya ialah bigshit entertainment bla bla bla bla bla--"

"inilah dia lelaki yang tinggal di kampung aku dulu! budak ni selalu bernasib malang, sebab tu karpet yang dia jual hampir bankrupt!" ujar makcik bawang satu dengan yakin, seperti sudah lama mengenali jungkook.

"iya ke?" tanya makcik bawang dua.

"iya zainab, aku tak tipu! alkisahnya, dulu dia pernah langkah pasu bunga nenek dia. pasu bunga tu ada penunggu. nenek dia kata barang siapa yang langkah pasu bunga itu, nescaya nasib malang akan menghimpap dia sehingga ke akhir hayat." jawab makcik bawang satu dengan penuh karya hadis.

makcik yang berkerumunan di meja bulat itu hanya meng'oh'kan sahaja. dahee di tepi hanya memasang telinga, dia nak dengar dengan lebih detail tentang jungkook.

Bak kata pepatah, alang ii terdengar biarlah sampai habis.

disebabkan dia sudah hampir tahu siapa yang mencuri 'nasib baiknya'. dahee cuma perlukan lagi sedikit bukti je lagi.

"jadi, macam mana dia nak buang sumpahan tu?" tanya makcik bawang tiga.

cerita makcik bawang satu terlalu menarik, sehinggakan pakcik bawang takde gigi yang tadinya main pubg pun boleh join perbualan itu sekali.

"nenek si jungkook ni kata, cara nak leraikan sumpahan ialah jungkook mesti cari cinta pertama dia. tapi tak semudah itu untuk jungkook cari cinta pertama dia. lepas jumpa cinta pertama, jungkook kena bersetubuh dengan perempuan tu dulu. dengan cara itu, nasib malang jungkook akan beralih kepada perempuan tu."

makcik dan pakcik disitu semuanya mengangguk dengan cara kagum. semakin lama, kelompok kumpulan itu semakin ramai sehinggakan pak mail si owner kedai pun nak dengar cerita dia.

"habistu nanti perempuan tu la yang bernasib malang ya?" tanya pak mail setelah lama berdiam diri. tangannya masih ligat mengelap pinggan.

"ya, betul! tapi saya sendiri tak tahu macam mana cara untuk perempuan tu leraikan sumpahan yanh terikat pada dia."

jung dahee terdiam sejak tadi. tak tahu nak percaya ke tidak fakta makcik bawang satu. dia nampak macam betul-betul kenal dengan jungkook.

tapi dahee rasa ada betulnya apa yang dikatakan makcik itu. sebab memang perkara itu dah terjadi dah pun. memang nasib malang jungkook dah beralih pada dahee dah pun!

tapi yang dahee hairan, takkan la dahee first love jungkook pula? takkan jungkook tak ada suka mana-mana perempuan sebelum ni?

hairan seperti menternak ikan haruan betul.

"makcik." tegur dahee kepada makcik bawang satu.

"ya dik? kenapa?" tanya makcik itu kembali.

"erm saya nak tanya, kat mana nak cari jungkook tu? saya nak jumpa dia."

"oh makcik rasa adik boleh cari dekat bangunan jebon's carpet enterprise. awak ada waze dalam telefonkan? ha, pandai-pandailah cari sendiri makcik tak tahu sangat jalan di seoul ni."

"okay, terima kasih makcik!"

dahee bertekad, dia perlu cari jungkook. walau apa pun yang terjadi dahee harus leraikan sumpahan nasib malang yang terikat pada dirinya itu.

dahee perlu mengambil semula nasib baiknya pada jungkook.

Kau tunggu aku dicarpet merah jeon jungkook perompak!

◌.゚︵

"Jungkook?"

Jungkook yang sedang mencalit jem keladi pada roti nya memandang si pemanggil.

Gigi arnab tak comelnya ditayangkan.

"Apa rahsia kau sampai tiba ii boleh jadi DAEBARK ni? Baru haritu company carpet kau ni diisytikar---eh di isytiharkan muflis. Pastu kau pergi mabuk ii, pastu kau- kau---

Babi la jungkook."

Alkisahnya, kenapa dibabi kan?

"Kau memekak lagi, bukan roti jem keladi yang aku akan baling tepat ii dekat muka kau, tapi ni ha! Botol jem keladi ni tepat ii kena dekat muka kau yugyeom.

Dah memang nasib baik aku tiba ii nak datang, nak buat macam mana? At least please okay, bersyukur sikit company ni tak muflis. Siapa je nak ambil kau yang tak pernah lulus exam ni bekerja? Harapkan muka, muka makan kaki."

Jungkook menjeling.

Bongkak itu sudah memang sikap popularnya. Miskin? Muflis? Carpet? Kejadah yang sendu ii kedengarannya?

Bongkak itu pasti ada.

"Dah keluar!"

Yugyeom dengan pasrahnya keluar dari office milik jungkook.

Malas nak mencarut, gaji tak diterima nanti. tidak diredhai. Hmph.

Roti kering di dalam plastik dikeluarkan lalu jem keladi disapu semula.

Roti yang jatuh tadi dipandang dengan senyuman.

"tak baik membazir, jap lagi aku amek kau okay?"

Macam mana nasib buruk tak keluar dari badan? Asyik makan sisa setan je.

Okay guys, aku publish sebab yeah. Entahlah. Ekcelli separuh dari chapter ni memang dah dibuat oleh orang yang collab haritu but tak tersambung. So aku sambung HAHAHA pasni bukan collab da. So tatarrr.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SUF] lɐǝʇs ʇɥɓıu ǝuo ⁺ ʎʞooɥsuoǝɾ ❛  ✧!Where stories live. Discover now