1.2.2018
"Hah hah hah"bunyi seorang tercungap cungap.Bunyi itu diliputi dengan bunyi air menitip.Gadis yang bernama Laila yang menghasilkan bunyi tercungap cungap itu selepas tersedar daripada pengsan.Laila tidak melihat keadaan sekelilingnya kerana terlalu gelap.Laila menjerit"Hello ada orang tak?".Jeritan Laila tidak disahut oleh sesiapa.Laila didalam keadaan terbaring merasakan sesuatu ditepinya.Dia merasakan sesuatu yang benda yang keras dan basah.Laila dengan perasaan yang takut cuba berdiri.Laila terasa sesuatu objek seperti kerusi dan duduk diatasnya.
Di dalam keadaan yang cemas dan gelisah,Laila cuba mencari lampu serbagunanya didalam poketnya."Aduh!Mananya lampu ni"Laila berbisik didalam fikirannya.Kegelapan menyebabkan kegelisahannya bertambah.Laila memegang lampu suluhnya dan menghala ke tempat dia pengsan."Hrmmm"bunyi Laila menahan jeritannya mengunakkan tangan kirinya.Lampu suluhnya telah menyuluh sebuah mayat yang penuh dengan darah.Dia terbangun dan cuba menyuluh seluruh tempat.Alangkah seramnya seluruh bilik itu dipenuhi dengan darah dan mayat yang mempunyai luka yang sama di kepala.Laila didalam ketakutan berlari ke pintu bilik itu.Apabila Laila membuka pintu itu.Laila mendapati dirinya berada didalam satu lorong yang dipenuhi dengan lampu. "shrikk shrikk"bunyi sesuatu objek tergeser."Hah bunyi apa tu,aku harap tu bunyi tingkap tergeser"suara Laila yang penuh ketakutan berbunyi."Aku perlu cari patung tu,aku perlu".
Laila meneruskan pencariannya dengan melalui lorong itu sehingga dia menemui sebuah ruang tamu yang dipenuhi dengan gambar sebuah keluarga yang gembira."Laila....,Laila...."bunyi bisikan terdengar dengan didalam fikiran Laila.Semua gambar merenung Laila."Bunyi tu lagi,apa kau nak dengan ak?"Laila menyahut suara di dalam fikirannya.Laila berkata"Ini semua sebab patung tu,kenapa cari ak".Suara bisikan itu tidak menyahut.Suasana menjadi senyap ,tiada bunyi dan tiada angin."Kring..,kring,,"sebuah telefon bimbit berbunyi di atas meja yang berada di tengah tengah ruang tamu itu.Laila mengenali telefon itu lalu mengambilnya tanpa rasa curiga."Laila!Laila!Ini Laila ke,Pakcik minta maaf tidak dapat menyelamatkan Laila daripada tertarik ke dalam rumah itu"."Pakcik Shah!"Laila berasa senang kerana Pakcik dapat menghubungi dia walaupun dirumah itu.Pakcik Shah ialah penyiasat yang mengambil kes yang berkaitan dengan hari hilangnya memori Laila setahun yang lalu.Pakcik Shah berkata"Pakcik telah menjumpai rumah pemilik patung yang asal".
"Bagus Pakcik,......"suara yang senang hilang dengan tiba tiba.
"Laila!Apa dah jadi"sahutan tidak dapat didengari.
NEXT PART
MAAFLAHNYA KALAU STORY PELIK
SIKIT HIHI
![](https://img.wattpad.com/cover/177526155-288-k228488.jpg)
YOU ARE READING
MeMoRi Di DaLam GeLaP
HorrorMenceritakan tentang kes kehilangan budak budak dan remaja remaja dalam satu malam yang sama tanpa penunjuk.Seorang perempuan yang hilang memori pada malam itu.Adakah ada kaitannya kepada kes?Cerita ini bermula di sesuatu rumah.Apakah yang berlaku?