"Misi saya sebenarnya belum selesai lagi." jelas Komander Akif kepada bakal ayah mertua dia.
"Apa? Belum selesai lagi? Biar betul kamu ni? Majlis perkhawinan kamu dah nak dekat dah.." kehairanan dibuatnya PM.
"Ya, belum selesai lagi..kerana Ada Salah seorang ahli kumpulan saya ada yang pembelot sebenarnya..saya pun dah dapat tahu siapa orangnya.." terang lagi Komander Akif kepada PM.
"Ouhh..kalau begitu saya nak kamu tangkap dia dan penjarakan dia..esok saya nak saya dah dapat tahu Yang kamu dah tangkap dia..boleh?"permintaan dibuat oleh bakal ayah mertuanya..
"Hmm..baiklah! Malam ni juga saya pergi.."
Pada malam itu....
"Haih..mana dia ni? Geram pula aku..ha tu dia..cantiklah takde sesape dengan dia..baik aku tangkap dia secepat mungkin."
Maka berlari lah Komander Akif untuk menangkap si pembelot durjana itu.
"Assalammualaikum.."
"Waalaikummussalam..eh Komander..ade ape ye datang memalam ni?"
"Tujuan saya datang ke mari untuk...."
"Untuk ape ye Komander? Seram pula saya dengar..hehe"
"Bukan hendak merogol awak..tetapi untuk menangkap awak KADET SITI! Tergamak ye kau menjadi pembelot kumpulan aku! Kau dah tahu sebagai perisik hendaklah menjaga keamanan bukan memberikan musibah kepada negara!"
"Ouh..kau dah tahu? Kau tahu tak sebab ape aku buat macam ni? Kalau kau nak tahu..mak bapak aku mati disebabkan kerajaan tak beri pelindungan kepada keluarga aku! Jadi aku ambil kesempatan ini untuk membalas DENDAM KESUMAT AKU!"
"Dah habis cerita dah? Penatlah dengar...bosan..hurm..dahlah mari sini tangan kau aku gari..meh sini..cepat! Daripada kau membebel macam mak cik aku baik serah diri."
"Mari lah sini wahai KOMANDER! Jika kau mampu..marilah berlawan dengan aku.."
"Aku tak akan menggunakan kekerasan terhadap wanita yang lemah macam kau.."
Sementara Komander Akif sedang bercakap Kadet Siti mengambil peluang untuk menendang kemaluan
Komander Akif."SAKIT BODOH! ADUHHH! NANTI AKU TAK ADA ANAK MACAM MANA! NAK GANTI DENGAN ANAK KAU?! HAIH PEREMPUAN NI! ADUHH!"
Rintihan Komander Akif yang sedang mengalami kesakitan di kemaluannya akibat ditendang oleh Kadet Siti.
Dengan pantasnya Komander memegang tangan Kadet Siti dan terus membuatkan dia terjatuh maka Kadet Siti tewas dengan mudahnya.
"Jangan ingat badan aku besar ni..otak aku bodoh..padahal aku lagi bijak daripada kau..bangang punya orang macam tak ada tempat lain nak sepak..kemaluan aku juga yang kau nak..SETAN! Nanti kita sambung ye wahai Kadet Siti."
Maka Komander mengikat Kadet Siti macam ayam golek lalu memasukkannya kedalam kereta untuk dihukum kerana telah membelot dan ingin memusnahkan negara ini.