4 🌼

15 2 0
                                    

Hyewon POV

Aku dah pun balik ke rumah . Tapi , appa terpaksa ke tempat kerja semula sebab sekarang masih lagi waktu kerja jadi tinggallah aku seorang diri di rumah .

Memang macam ni pun. Boleh dikatakan setiap hari .

Sebelum aku menyimpan beg , aku tidak lupa untuk mengeluarkan bekal yang appa buat tadi pagi . huh , dari tadi belum makan sampai di kelas asyik2 baring di atas meja ja .

Bekal itu aku bawa dan duduk di meja makan . Aku terus membuka penutup bekal lalu makan dengan penuh selera.  Lapar sangat , seranglah terus .

Makan seorang diri . Sunyi rumah ni pula . .

Bila aku perasan yang aku seorang diri di rumah , tiba-tiba sahaja memori aku dan omma Ku dulu berputar semula .

Aku tundukkan kepala . aku nangis .

Sekali lagi ..

Setiap hari begini . Tak kira waktu , aku akan menangis . Menangis disebabkan omma aku

Aku

Rindu omma . .

"Omma ..." Aku menangis dalam diam walaupun aku seorang diri di rumah .



















"Hyewon appa dah balik !" Jerit euigeon dari luar ingin memberitahu yang dia sudah balik .

Hyewon yang di dalam sambil duduk di sofa hanya menunggu kelibat appanya . Dia bukan macam budak lain yang terus ke pintu rumah dan memeluk ayah mereka .

Dia lain . Dia tak biasa , lama tak diajar benda tu .

Euigeon yang gembira terus duduk di sebelah hyewon . Dia menunjukkan sesuatu kepada hyewon

"Nahh hyewon , appa belikan sesuatu ni untuk kamu sebab akhirnya kamu dah masuk sekolah " katanya sambil mengusapkan kepala Hyewon

Hyewon hanya memandang benda yang appanya belikan . Langsung tak ada perasaan .

"Bukalah " euigeon menunggu reaksi hyewon

Hyewon memandang appanya sekilas sebelum dia membuka benda itu .

Dia buka dan ada sebuah patung teddy bear berwarna putih serta tertera namanya 'hyewon' di perut patung itu .

"Macam mana ? Comel tak patung ni ?" Tanya euigeon . Adakah Hyewon suka akan patung ini ?

"Comel .. Tapi kenapa appa belikan untuk hyewon ? "

Kalau budak lain akan berterima masih dengan ayahnya dan juga memeluk serta memberi satu ciuman kepada ayah

Tapi hyewon tidak . Dia menanya kembali kenapa dibeli benda itu .

"Arhh kan kamu dah mula masuk sekolah jadi appa belikan jalah patung ni sebagai hadiah untuk Hyewon . Ni jalah yang appa mampu beli , appa belum gaji lagi . Nanti bila appa dah gaji appa belilah apa yang hyewon suka " ujar euigeon

"Appa saya mengantuklah .. besok kita berbual lagi .." Dia bangkit dari tempat duduk sambil membawa patung itu mahu ke bilik

Euigeon yang masih duduk di situ speechless terus . Takkanlah tak ada reaksi Hyewon ni ?

Sempat juga hyewon memusing semula memandang appanya

"Ohh ya appa , patung ni dah comel dan cukup bagus untuk saya jadi tak payah beli lagi benda yang lain . Menyusahkan appa ja " lepas dia berkata , dia terus ke biliknya

Euigeon hanya memandang anaknya itu masuk ke bilik . Dia tersenyum nipis . Biarlah , asalkan anaknya terima hadiah yang dia belikan

















Akhirnya , sudah lebih seminggu hyewon bersekolah di Sunshine Elementary School .

Walaupun begitu , dia masih belum dapat sesuaikan diri dengan orang-orang di sekelilingnya .

Hanseol ? Hmm , bolehlah .. Nak bercakap pun rasa awkward tau .

Tapi yang menggembirakan , di kelas ada seorang budak perempuan yang sudi berkawan dengannya .

Nama budak itu ialah Shin minjoo .

"Hyewon-ahh ! Mari temankan saya cari cikgu seolba !" Minjoo yang ke tempat Hyewon .

Sekarang dah masuk waktu pendidikan Jasmani yang diajar oleh cikgu seolba .

"Ayoo awak ni tak sabar kan nak pj , minjoo " celah hanseol yang sibuk membuat kerja rumah . Kerja rumah ape tu yerr ,, kerja rumah hari ini atau sebelum ni punya ? 😂😳

"Mestilah ! Lagipun Joshua suruh saya cari cikgu jadi saya nak bawa hyewon pergi cari cikgu . Jom , hyewon !" Minjoo mencapai tangan hyewon mahu membawanya .

"Alahh , awak yang nak sangat cari cikgu kan !" Sampuk Joshua merangkap ketua kelas 3B-2

"Hehehe " kata minjoo yang tergedik-gedik tetiba . Nasib hyewonlah dapat kawan yang suka tergedik ni . Katanya , minjoo ni suka konon dekat Joshua

Lahai lahai masih kecik lagi yer korang

Selepas minjoo dan hyewon memanggil cikgu Seolba , semua murid kelas 3B-2 terus ke padang sekolah .

Semua murid terlebih dahulu membuat senaman ringan seterusnya joging 2 pusingan .

"Hari ni aktiviti kita apa cikgu ?!" Teriak hanseol

Ehh budak ni memang tak pandai diam ke ? Mesti bising juga

"Cikgu ! Kita main lompat2 tu ke ? Yang ada bertingkat2 benda panjang tu " kata salah seorang rakan sekelas Hyewon iaitu Sanha

Entahlah author pun susah nak bagitau permainan yang sanha maksudkan tu 😂

"Arhh hari ni kita buat aktiviti lumba lari ,, lagipun tak lama lagikan minggu sukan jadi cikgu nak kamu buat kumpulan dan mesti ada 4 orang " kata cikgu Seolba

Semua murid teruja dan masing2 cepat mencari kumpulan .

"Haa hyewon kita berkumpulan awak nak tak ?" Kata minjoo . Dia nak cap duluan ambil si hyewon

"Yahh ! Minjoo ! Saya dahulu ambil hyewon tau " sampuk hanseol

Arh habis berebutlah dengan hyewon tu

"Yah hanseol ! Awak tak nak kumpulan dengan kami ke ?" Tiba-tiba datang bogum bersama hyunbin serta jaewon

"Arhh .. Urghh okok " terpaksa hanseol ikutlah geng dia . Dia sempat menjeling minjoo dan minjoo mengeluarkan lidah tanda ejek hanseol . Akhirnya dia yang dapat si Hyewon

"Haa hyewon awak dengan kitorang ni" gembira si minjoo

Kumpulan dia terdiri dari minjoo , Joshua , seolhyun (budak nerd tapi laju gila , baguslah minjoo ambil orang ni👏)  dan dia sendiri

Tapi Joshua pula dia terpaksa masuk kumpulan minjoo ni sebab dia yang paksa nak sama2 group konon

Hyewon pula ,,

Bukan dia tak nak lari tapi dah lama dia tak lari . Dia takut ada apa2 terjadi .

Tiba2 dia pengsan kah apa 😮

~

[OG]My One & Only Where stories live. Discover now