Keesokan harinya di sekolah . .
Hanseol lambat sampai hari ni tapi nasib sempat dia sampai sebelum perhimpunan bermula .
Dia masuk kelas dan ternampak hyewon juga sudah sampai . hm , dari awal dia mula sekolah sini pun memang dia sentiasa datang awal
Bagus , bagus 👍
"Annyeong Hyewon-ahh ! " sapa hanseol . Dia boleh nampak yang hyewon bersungguh membawa buku
"Annyeong juga hanseol " balas Hyewon tetapi matanya masih di buku itu
Hanseol hairan sekejap . Hyewon ni macam okay ja , dia tak kena marah oleh appa dia ke ?
"Hyewon , macam manalah kelmarin ? Awak kena marah dengan appa awak ke ?" Tanya hanseol nak kepastian
"Huh ? Mana ada . Buat apa appa saya marah ?" Hairan hyewon . Dia hairan juga sekejap
"Kan awak ikut saya pergi rumah saya lepas tu lambat lagi awak pulang , takkanlah appa awak tak marah ?"
"Taklah ,, appa saya memang dia risau sebab saya tiba2 ja tak ada tapi lepas saya sampai tu dia gembira dan syukur jalah sebab saya selamat sampai rumah . Lagipun dia tak marah , dia cuma tegur ja " tersenyum manis hyewon
Heh that freakin' smile thoo
Macam nak cubit ja muka tu ~
"Ohh , baguslah kalau macam tu . Jadi awak boleh pergi kan rumah saya hari ni ? Ajar saya matematik " kata hanseol teruja . Dia harap sangat hyewon dapat pergi rumah dia hari ni . Kalau hari2 lagi bagus ehekk
"Boleh , boleh ! Saya dah tanya appa saya ! Jadi bolehlah saya ajar awak matematik yahoo !" Hyewon berdiri dan mencapai kedua-dua tangan hanseol . Dia terus melompat kegembiraan serta hanseol juga terikut lompat
"Hey hey hyewon ahhaha" terkejut hanseol bila hyewon lompat macam tu
"Yahh apalah korang ni ! Nanti roboh pula kelas kita !" teriak minjoo kehairanan yang sedang membersihkan tingkap kelas
Hyewon berhenti begitu juga dengan hanseol .
Seriously , hanseol tak pernah tengok hyewon gembira macam ni
Sebaik sahaja habis waktu sesi pembelajaran , macam biasa semua murid berpusu-pusu nak balik rumah .
Hari ni Hyewon akan balik bersama dengan hanseol .
Saat mereka berdua leka jalan bersama , muncullah si minjoo tetiba
"Yahh hyewon ! Temankan saya kejap pergi jumpa cikgu yoojin boleh ?" Tanya minjoo yang terus ke hadapan mereka berdua
"Alahh kau tak boleh ke jumpa cikgu yoojin sendiri ? Ni nak minta kawan hyewon pula ,, kitorang dah nak balik ni !" Rungut hanseol . Kacau daun kan minjoo ni
"Haishh suka hatilah ! Jebal Hyewon jebal humm " kata minjoo sambil buat aegyo yang tak seberapa kepada hyewon
"Eee macam comel sangat " geli hanseol tengok minjoo buat aegyo macam tu
Hyewon pun memberi isyarat kepada hanseol yang dia nak temankan minjoo kejap
"Hmm yelah yelah saya tunggu kat luar tau " terpaksa hanseol lepaskan hyewon
"Gomawo hanseol ,, ni kawan aku juga tau aku nak pinjam dia kejap ja " dengan segera minjoo menarik tangan hyewon dan ke bilik guru
Sepanjang perjalanan ke rumah hanseol , hanseol diam ja
Sebenarnya dia merajuk yang minjoo bawa hyewon ni lama sangat . Penat hanseol tunggu dia . Kesian ,,
Akhirnya mereka sampai baru hyewon berani bersuara
"Hanseol ,, awak ok tak ?" Hyewon hairan . Dari tadi hanseol diam ja
"Hmm , tak ada apalah jom masuk lepas tu kita tukar baju dan makan ^^" kata hanseol cuba untuk gembira . Dia ketepikan dulu perasaan merajuk dia tu
Lepas tukar baju mereka pergi turun makan . Yuri dah pun sediakan makanan untuk mereka berdua .
Baju yang hyewon pakai pun sebenarnya baju hanseol . Ehehehe dia tak ada bawa baju extra tulah
"Hari ni apa pula kamu nak buat kat sini hyewon ?" Yuri tidak percayaa yang Hyewon akan datang lagi di sini
"Omma ! Hari ni Hyewon akan ajar hanseol matematik ehehe " kembang si hanseol . cehh mentang2 ada orang nak ajar dia ni
"Ohh ya ke ?" Yuri seakan-akan tak percaya . Bukan apa tapi hanseol tidak pernah membawa kawan perempuan untuk ajar sebarang mata pelajaran . yang ada pun kawan-kawan lelakinya
Urm si bogum , hyunbin dan jaewon lah tu
Lepas makan , dengan gembiranya hanseol mengangkat pinggan dan gelas ke singki dan hanya membiarkannya di situ sahaja
Hyewon pula , dia nak cuci pinggannya sendiri tapi hanseol halang pula
"Yahh hyewon awak cuci tangan jelah jom cepat kita pergi bilik ajar saya matematik !" Dengan segera hanseol mencapai tangan hyewon . Belum tercuci pun tangan hyewon tu adehh
Apabila Yuri sedar yang hanseol buat macam tu , dia menaikkan suaranya
"Yahh hanseol ! Kenapa tak cuci pinggan dulu ?! Pergi cuci cepatt " Yuri yang teriak sambil membersihkan meja makan . Meja makan pun Kotor hmm
"Haihh omma jelah pergi cuci ! Hanseol nak pergi belajar ni ! Hyewon nak ajar !" Balas hanseol balik.
"Yelah ! Pergilah cuci pinggan dulu ! Itupun susah ke ?!" Yuri yang nak geram dah . Budak ni membalas kan
"Aduhh omma tolong jelah kitorang cuci pinggan ! Itupun susah ke ? Haishh ! Jom , hyewon kita pergi bilik cepatt " hanseol segera menarik tangan hyewon dan meluru ke bilik
"Yahh ! Yahh Jo Hanseol !" Kejar Yuri tapi diorang dua dah masuk bilik . Siap kunci lagi . Dahlah ikut ayat orang budak hanseol ni haishh
Terpaksalah Yuri pergi cuci pinggan diorang dua tu
~
YOU ARE READING
[OG]My One & Only
Fanfic"Saya dah anggap ahjumma ni omma saya" "Saya hanseol ,, awak Hyewon kan ?" "Yang pasti Hyewon tak nak perempuan tu jadi omma saya , appa ! Saya cuma ada satu omma tau !" "omma kamu tu dah bertahun-tahun tinggalkan dunia ni ! takkanlah kamu nak app...