1

16 2 0
                                    

"Amelia , kau ada tengok instagram Zarul tak ?" tanya Mida .

Untuk kepastian , bukan untuk menyebarkan fitnah . Ketiga-tiga rakan itu terkejut setelah ternampak gambar Zarul bersama perempuan yang tidak dikenali . Tambahan pula , caption untuk gambar tersebut tak lain tak bukan seperti orang orang SEDANG BERCINTA ? ......

Mata tak berkelip ... fikiran kosong  .. Jiwa melayang .. Itulah yang dirasakan Amelia .

"ouh , biarlah . Dia dah jumpa perempuan better than aku ." jawab amelia . Tenang .... Tiada riak untuk bersedih atau broken ?

Quratul ambil tempat disebelah Amelia di meja itu , "kau serius tak nak bincang dengan dia ? Maybe boleh selamatkan hubungan kau ? 2 tahun kau dengan dia , kau tak terasa tu sia-sia ke ?"

Amelia mengeluh pendek . Bukan dia tak sayang . Tapi kerana ada silapnya juga sehinggakan membuka ruang untuk Zarul memilih hati baru .

"Nantilah aku jumpa dia . Okay lah , sambung study . Tinggal lagi berapa minggu je nak SPM ni," kata putus Amelia membantutkan niat Mida dan Quratul untuk berkata-kata .

Tinggal lagi berapa minggu nak SPM dia boleh buat aku macam ni . Aihhhhh cinta monyet . Sebab tu lah majoriti cikgu tak kasi anak muridnya bercinta zaman sekolah. Aihh. Desis hati kecil Amelia .

✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️

Mata cuba untuk pejam seerat eratnya . Melupakan apa yang terjadi harini . Fikiran melayang .

Iphone 6s atas meja kopi di sisi katil di ambil . Mata tentera di perbualan whatsapp dia bersama Zarul . Hampir dua minggu dia tidak bertegur dengan Zarul dan Zarul turut sama melakukan perkara yang sama .

Dari mulanya salah dan silap kecil , hingga memutuskan hubungan mereka . Amelia mengeluh panjang .

Zarul

Tidak sampai seminit , Zarul membalasnya .

Ye 

Dah bahagia ya ?

Sengaja Amelia memulakan kata dengan soalan sinis .

Apa masalahnya ? Awak sendiri yang tinggalkan saya . 

Saya tak bermaksud begitu . Tapi kenapa awak curang dengan saya !? Kenapaaaa ???!!!! Boleh kan bincang elok-elok ? Kenapa awak pilih untuk buang saya ?

Urgh , dah lah . Benda dah jadi. 

Mata Amelia sudah berkaca-kaca . Sampai hati awak .  Amelia biarkan saja chat itu tak terbalas .

Tanpa sedar dia terlena dengan air mata membasahi pipi .

✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️

"beb mata kau sebam sia . Kau nangis ke malam tadi ?" tegur Mida .

Amelia tersenyum hambar . "relax ah , boyfriend tak penting sekarang. Kitorang sentiasa ada dengan kau ," sahut Quratul sambil peluk bahu Amelia .

MENGEJAR SAYANGWhere stories live. Discover now