2

16 2 1
                                    

6 tahun kemudian .....

Hari ni hari terakhir dekat Amsterdam, Netherlands . Amelia menghelakan nafasnya . Selama 4 tahun duduk dekat sini selepas tamatkan pengajian A-level dan terus ke ijazah di sini .

Mama dan papa tak henti-henti menelefonnya setiap hari . Suruh pulang lah. Tanya khabar . Macam-macam lagi .

Bukan dia tak nak pulang ke Malaysia . Siapa yang nak duduk dekat negara asing yang jauh dari pandagan ibu bapa . Tipu saja kalau dia tidak merindui ibubapanya . Cuma kerana ego , kenangan lampau . Dia sanggup untuk matikan hatinya sendiri. Keriduaan terhadap ibubapanya serta rakan karib nya dilupakan saja .

Amelia menghembuskan nafas panjang. Barang semua dah siap. Dia sudah berada di dalam kapal terbang . Menantikan hampir 20 jam untuk sampai ke tanah tumpahnya darahnya , Malaysia .

✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️

Mata melilau mencari kereta honda CRV milik ayahandanya tercinta . Mama dan papanya berjanji untuk menjemputnya di KLIA .

Rancangannya , dia mahu pulang ke rumah menaiki drab mahupun taxi yang ada . Tak mau menyusahkan mama dan papa nya . Tapi , kerana mereka terlampau merindui anak kesayangan nya itu. Mereka tetap gagah untuk pergi .

Honda CRV tersebut selamat parking di hadapan rumah teres dua tingkat milik keluarganya . Rumah yang tidak terlalu besar tapi memberi keselesaan untuk seisi keluarga . Mereka bersyukur.

Kehidupan yang sederhana ni , tetap membuatkan mereka bahagia .

"welcome back my princess," ucap mama sambil mengucup pipi lembut Amelia .

Amelia hanya tersenyum riang . "rindunyaaaa ..... ,"

"tulah kau , sombong sangat taknak balik ke sini . Entah bawa diri lama sangat," tegur suara garau milik Huzairi . Seorang abang yang entah caring tak caring .

"abangggg , kenapa cakap gitu?" tegur papa agak tegas .

"alaaa paa , abang gurau je lah. Rindu lah nak sakat adik ni . Hehehe," mengekek Amelia bila abangnya ditegur .

Puan amena menghidangkan makan malam mereka sekeluarga di ruang makan . "dah lama kita tak makan bersama-sama," sayu suara Encik Naqib .

Suara sayu papanya membuatkan Amelia terkasima sebentar . Dia jadi serba salah kerana tidak pulang langsung ke Malaysia setelah mendapat tawaran sambung belajar di Amsterdam.

"Lia minta maaf pa . Lia tak balik langsung ke rumah, " Amelia mengutur kata untuk mengelakkan hati mama dan papa tercintanya terasa . 

"sudah lah tu. Jangan buat drama pulak di meja makan ni ," sampuk mama bila nampak mata Amelia berkaca-kaca. Huzairi pula amik part untuk mengekek gelakkan adiknya itu .

Selesai makan malam , Amelia membantu ibunya di dapur . Membersihkan apa yang patut . Setelah semuanya selesai , dia mengatur langkah ke biliknya di tingkat atas.

Dia mengamati biliknya itu , tak banyak yang berubah. Cuma makin bersih . HAHAH mestilah bersih. Mamanya itu susah hati bila melihat ruang di dalam rumah itu berhabuk.

Badan direbahkan di atas katil , huawei mate 20, brand yang latest dicapai . Mata melilau mencari contact number rakan-rakan karibnya itu , Mida dan Quratul .

Nombor tersebut didail , menanti menanti menanti akhirnya panggilan dijawab. Suara riang di balas riang. Terlalu rindu mereka .

✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️✈️

Pagi yang indah , Amelia sudah siap untuk ladies hangout . Tak sabar sangat ! Langkah Amelia terhenti di ruang tamu . Melihat Encik Naqib sedang berbual mesra bersama entah. Dia tidak mengenali. Rakan sekerja papanya mungkin. Tapi .....

"hai anak papa , awal siap . Nak ke mana ?" tegur Encik Naqib membantutkan lamunannya .

Mata terhenti di segenap tubuh , wajah yang amat dikenalinya itu . Zarull .... Desis hati kecilnya itu . Mata Zarul juga tidak henti menilik wajah manis Amelia .

"come ," panggil Encik Naqib apabila melihat Amelia berdiri teguh di akhir anak tangga . Amelia ambil tempat di sisi papanya bertentangan dengan Zarul .

"hmmm pa , Lia nak keluar kejap . Nak jumpa Mida dengan Quratul , " minta Amelia .

"nak naik apa ? Diorang pick up ke ?" pertanyaan papanya membuatkan mata Zarul bersinar . Dengan harapan dapat menghantar bekas kekasih pujaan hatinya itu .

"i called grab tadi , hmm dah sampai agaknya . Lia pergi dulu eh , " hambar senyuman Zarul .

Amelia mengatur langkah untuk meninggalkan ruang tamu sesudah bersalaman dengan Encik Naqib dan Puan Amena. 

Mata Zarul tidak lekang menatap Amelia . Tanpa dia sedar , perbuantannya itu ditangkap oleh Encik Naqib .

"anak uncle single lagi tak silap uncle . Kenapa ? Kamu berkenan ke ?," sapaan mengejut yang dibuat Encik Naqib mengejutkan Zarul. 

Tiga pasang mata tertumpu pada Zarul. Zarul hanya tersenyum malu apabila ditegur begitu.

MENGEJAR SAYANGWhere stories live. Discover now