♥Bab 06~pergi♥

18 1 0
                                    

Jinhwan tidak boleh percayakan kehidupannya yang sekarang.Tiada apa yang paling teruk dari sekarang.
Omma dan appanya tidak mempeduli kan dirinya.Mereka lebih banyak habiskan masa di pejabat daripada berada di rumah bersama anak mereka.

Malah...apa yang lebih menyedihkan... girlfriend Jinhwan juga berhenti berhubung dengannya.Entah apakah salahnya sehingga semua orang tidak menghiraukannya?

Jinhwan memerhati girlfriendnya itu lalu lalang di hadapan rumahnya. Namun, setiap kali dia menjerit memanggil nama gadis itu... girlfriendnya itu pasti tidak mempedulikannya.

Dan harini pun...masih tiada perbezaan.

"Lalisa!!!Lisa...!!!" jerit Jinhwan sekuat hati.Girlfriendny masih tidak mempedulikannya.Jinhwan hanya mampu mengeluh.Dia fed-up.

Jinhwan berkeputusan mahu mengekori Lisa.Dia keluar dari rumah dan berjalan jauh di belakang Lisa.

Kelihatan Lisa keluar dari kedai bunga.Tangannya memegang sejambak bunga dan kelihatan sangat tergesa-gesa.Hati Jinhwan tiba² terasa panas apabila memikirkan yang Lisa curang di belakangnya.Siapa namja itu?kalau dia tahu siapa...memang makan penumbuklah..👊👊

Akhirnya....Lisa berhenti di tapak perkuburan.

'Kenapa Lisa datang sini?'

Jinhwan hanya melihat.Tetapi dia mengikht Lisa.Lisa bergerak ke salah satu kubur disitu.Dia duduk bersimpuh lalu meletakkan bunga di batu nisan.

Lisa terus membaringkan kepalanya ke tanah kubur tersebut.Tangannya memeluk erat tanah kubur tersebut.

Jinhwan dapat lihat air mata Lisa mengalir keluar dari tubir matanya setitik demi setitik.

Jinhwan semakin hairan.Kubur milik siapakah ini.Setahunya...Lisa ialah anak orang berada.Dia tiada adik-beradik.Jadi...kenapa lisa menangis dihadapan kubur ini?

Jinhwan mendekati Lisa perlahan-lahan.Dia mahu memujuk gadis itu.
Ketika Jinhwan mahu memeluk Lisa...
secara tak sengaja...matanya terpandang nama pada batu nisan tersebut.Dia terus terkedu.

'Kim Jinhwan'

Dalam ingatan Jinhwan sekarang...
Dia ialah seorang anak yang baik..dia ialah satu²nya pelajar yang paling pandai di sekolah.Dia ada ramai kawan.Dia ialah seorang insan yang disayangi ramai.Semua orang sukakannya.Dia juga ialah seorang teman lelaki yang sangat baik melayan girlfriendnya.

Baru sekarang dia sedar kenapa semenjak akhir² ini....semua orang tak pedulikannya.

Sebab dia dah mati.






























































Pergi-tamat

♥Horrorr♥Where stories live. Discover now