Azan subuh baru sahaja habis. Aku bangun lalu pergi mengambil air wuduk. Aku melihat sepupu sepupu ku masih tidur. Begitu juga saudara mara,adik beradik dan juga tok ayah.
Selesai solat,aku kejutkan semua adik beradik dan juga sepupu sepupu. Tak pernah aku yang bangun dulu. Tapi tidak ku sangka hari ini hari aku.
"Huahhhhh...erkk. Dah pagi ke?" tanya akak aku. "Eh tak lah. Baru je isyak" mata aku betul betul tenung ke dalam mata akak aku. Akak aku tersengih dan terus mengambil wuduk. Begitu juga along dan abang aku.
"Aik? Asal kau lak yang kejut" sepupuku yang bernama Suraya terkejut melihat kehadiranku. "Hokaloh mu ni. Kita dah kejut dia. Bukan nak berterima kasih. Lagi mau cakap" aku juga terkejut dengan apa yang aku lalui sekarang. Kenapa harus aku yang memulakan cerita pagi ini? Kebiasaannya tok ayah yang kejut kan.
Bila aku tersedar yang aku belum kejut tok ayah. Aku pergi ke bilik tok ayah. Tok ayah pun sudah bangun dan baru sahaja beri salam dan terus berdoa selepas solat tanpa hiraukan aku yang berada dibelakang.
"Assalammualaikum tok ayah. Maaf menganggu. Semua dah bangun" apabila aku berkata sebegitu. Lalu tok ayah mula pandang aku. Aku kaku dan kekok apabila tok ayah memanggilku untuk berbicara hanya berdua. Iaitu hanya aku dan tok ayah.
"Nah" sepucuk surat diberi kepadaku. Ya memang tidak dinafikan. Hari ini hari ulang tahun kelahiran ku dan aku berusia 15 tahun. "Apa ni tok ayah?" kataku sambil membuka surat itu.
wahai cucu bongsuku. Ini adalah wasiat nenek. Jagalah diri dengan baik. Nenek tahu nenek tidak ada lagi saat cucu buka surat ini. Tolong carikan cucu nenek yang lain. Sebenarnya telah lama nenek simpan rahsia ini terhadap cucu cucu yang lain. Nenek mahu cucu yang cari cucu cucu nenek yang lain semula. Sememangnya nenek mahu cucu baca surat ini betul betul kena dengan tarikh lahir cucu. Hanya dua ataupun tiga orang cucu nenek yang telah meninggalkan nenek semasa mereka baru lahir. Mereka adalah kembar. Ingat?! Jangan gopoh untuk mencari. Tenang sahaja.
"Apa ini semua tok ayah? Kenapa perlu saya yang cari?" tanya ku kepada tok ayah. "Tok ayah tak tahu apa apa pon,cu. Tok ayah nak pesan satu je. Tolong la kembalikan balik cucu cucu tok ayah. Tok ayah rindu diorang" aku hanya angguk dan meninggalkan tok ayah seorang diri.
Arghhh shit?! Kenapa mesti aku? Kenapa? Kenapa?! Aku nak cari macam mana ni? Aku masih budak mentah. Tak tahu apa apa. Ya Allah. Apa perlu aku lakukan. Haih. BBQ betul la. Chicken chop. Tidakkk. Along,abang,akak and sepupu sepapat kan ada.
Setelah aku kurung diri dibilik dan memikirkan apa yang harus aku lakukan,aku keluar juga akhirnya. Aku tahu semua masih terbongkang tidur. Hanya aku dan sepucuk surat yang dipegang rapi sahaja. Aku malu dan segan untuk melawan tok ayah. Aku hanya mampu meng-iya-kan sahaja.
"Bahhh?!" tersentak aku dari kejutan anak saudara aku. Nasib masih kecil. Kalau tidak,dah memang penampar aku bagi. "Ish." hanya sepatah yang dapat aku luahkan. Maksud aku sepatah perkataan la gitu.
"Aik? Masam je nampak" kata Kak Suraya a.k.a hakak hot. "Haish mana de masam. Ni senyum ni" senyum aku sehingga menampakkan gigi lapis.
Malam 9:30
"Tok ayah nak cakap something. Semua tolong berkumpul." kata sorang daripada 20 lebih sepupu sepapat yang bernama Alia. "Assalammualaikum. Hari ini hari jadi kepada cucu bongsu tok ayah. Tok ayah dah bagi surat dekat dia. Surat wasiat. Tok ayah tak mahu kamu semua kutuk dia sebab surat tu..." kata kata tok ayah membuatkan aku terpinga pinga. Tanpa membuang masa aku terus potong kata kata itu. "Wait. Maknanya diorang pun tahu? Jap jap. Kalau macam tu sape je yang dapat surat jugak?" semua hanya mampu nafikan yang mereka juga dapat. Tok ayah sambung dan menafikan juga apa yang aku sangkakan."Semua tahu. Cuma diorang tak dapat surat ini. Ini tanggungjawab cucu. Tok ayah tak nak cakap apa apa. Hanya cucu yang boleh membuat keputusan" okay okay sekarang baru aku faham.
Jap. Asal asyik 'aku' je. Ok lupa sebentar. Nama aku Hawa. Ya aku tahulah ramai panggil aku hawaw/hawau. So itu la nama aku. Tapi family panggil aku adik/baby. Diam tau. Hahahaha. Tak pun ziqah/haziqah. Ziqah/Haziqah ni sebab dulu aku berat nak bawa nama 'Hawa'. Sebab itu pakai nama lagi satu. Nama aku panjang. Hehe biasa biasa je. Tapi lekat la pulak dengan nama ni. Okay okay. Sambung.
"Wow wow. So mulai sekarang adakah Ziqah perlu merantau?" semua tidak menjawab. Tapi Ziqah tahu jawapannya 'Ya'.
Parents Ziqah ke luar negara. Tiada di Malaysia. Ziqah hanya merenung masalah yang ditimpa. Dalam fikiran nya hanya mahu ber-enjoy. Tapi dihalang oleh wasiat itu.
____________________________________
"Ibu,Ayah balik la cepat. Adik perlukan bantuan" Ziqah hanya mampu senyum. Akan tetapi air mata membasahi pipi. Hanya dengan doa sahaja mampu membuat dia bahagia.
"Jangan la sedih sedih. Awak kan hebat,firasat yang kuat. Time ni lah boleh guna anugerah tu. Sampai bila nak sembunyikan anugerah yang Allah dah bagi dekat kita" kata pakcik ku a.k.a syilingman(sebab pernah tertelan duit syiling) itu. "Ya saya tahu cik. Tapi perlu ke wasiat tu di wasiat kepada saya? Kenapa saya?" soal ku.
"Hanya Allah dan nenek sahaja yang tahu. Kemungkinan besar tok ayah pun tahu. Jom lah masuk. Sejuk kat luar" kata pakcik Ziqah/aku. Aku baru sahaja menjejakkan kaki dirumah,aku melihat semua tidur dengan lena. Aku masih buntu. Tidak mahu berkata banyak selepas kejadian subuh tadi.
"Amiin" selesai doa selepas solat. Aku mula memikirkan semula. Sudah pukul 11 malam. Hanya aku dan tok ayah terjaga. Inilah satu satunya peluang yang aku ada.
"Tok ayah. Kenapa saya yang perlu cari lagi tiga atau dua cucu nenek yang hilang?" tok ayah tidak menjawab. Hanya melihat ke dalam mata aku dan terus tarik selimut untuk tidur.
Macam mana aku nak buat? Kenapa tok ayah tak jawab? Apa salah aku? Ke aku je yang boleh diharap? Ikutkan aku yang banyak buat hal dalam family tok ayah ni.
Rungut di dalam hati Haziqah.
____________________________________
Maaf jika ada salah dan silap. Ini hanya rekaan semata mata tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.Cover by Nixs_A-zy and fiqafafa--
YOU ARE READING
Kenapa Dan Mengapa Aku?
Short StorySeorang pelajar berusia 15 tahun dikendaki menurut wasiat yang telah diberi kepada dia daripada neneknya. Apakah yang bakal terjadi? Bagaimana perjalanan dia? Bagaimana dia melaksanakan wasiat itu? Tidak semudah itu dia dapat melaksanakannya. Adakah...