3

33 7 10
                                    

Makcik memberi air kepada Ziqah. Dari pagi Ziqah hanya mampu berdiamkan diri dan tidak melakukan apa apa seperti menyapu,bermain dan sebagainya. Hari ini masanya hanyalah termenung sahaja.

Alia masih tidak puas hati dengan sikap Haziqah yang penting diri sendiri. Haziqah tidak tahu sebenarnya ada yang sayangkan dia sehingga tidak tidur malam.

Call
Alia:
Assalammualaikum Haziqah tolong la jangan macam ni. Tahu tak ramai tak tidur malam sebab kau tiba tiba hilang macam tu je?

Hzqhsn:
Waalaikummussalam. Kalau tak boleh tidur malam,tidur la siang. Hahahaha

Alia:
Tak lawak lah. Kau balik la sehari ke dua hari ke. Anak sedara kita pun nangis tahu tak?!

Hzqhsn:
Fine..aku balik esok. Pastu minggu depan aku keluar balik. Jangan kacau misi aku. Kay bye assalammualaikum.

Alia:
Waalaikummussalam.

End call

Ziqah terus meletakkan call itu. Dengan sengaja Ziqah menumpahkan air yang diberi oleh makcik itu. Makcik Afinaz terus ke depan dan melihat apa yang berlaku. Dengan cara ini,Ziqah akan dimarahi oleh makcik Afinaz. Itu lah yang Ziqah mahukan tetapi Ziqah silap. Makcik itu hanya melihat dan lap kan air itu.

Taktik kedua Ziqah pula,Ziqah memecahkan cawannya. Ziqah mahu dimarahi kerana Ziqah mahu keluar dari sisi makcik. Akhirnya,makcik menghalau Ziqah. Taktik Ziqah berjaya membuat makcik halaunya.

Ziqah pun mengemas bajunya lalu pergi meninggalkan rumah yang usang itu. Sebelum itu,Ziqah meminta maaf kepada makcik Afinaz.

Sewaktu di bas Ziqah menyesal meninggalkan makcik itu yang sebatang kera.

"Assalammualaikum" dengan pantas saudara maranya terus menyambut salam yang dihulur oleh Ziqah. "Waalaikummussalam" jawab saudara maranya serentak. "Aku rindu kau,aku sayang kau. Aku rindu lawak hambar kau." Ziqah hanya mampu berdiamkan diri setelah melihat mata Alia bengkak. Mungkin kurang tidur,mungkin juga menangis sebab tak dapat ikut Ziqah.

"I know who are you. Why are you here? Give me some reason." Soal Ziqah apabila melangkah masuk ke dalam bilik. "Come on Ziqah. Dunia dah maju. Aku tahu kau kenal aku. Tapi buat masa sekarang,aku rasa lebih elok kau dengan aku tak payah nak bertegur kot,kan? Sebab macam menyampah lah bila bertegur." Kata kata orang itu membuatkan Ziqah berasa sakit hati. "And meluat pulak bila ada kau kat sini." bisik orang itu ke telinga Ziqah. Ziqah terus mencekik seseorang itu yang bernama Zafra ke dinding. "Apa kau ingat kau hebat ke nak kutuk  aku?" mata Ziqah mula merah,tangan menggigil,hanya seorang sahaja yang boleh membuat dia sabar iaitu tok ayah. "Hahahahaha. Rileks la bosskur. Apa cer nak gaduh gaduh. Benda dah lepas." Zafra masih degil dan bongkak. Kata kata Zafra membuatkan Ziqah masih dalam keadaan marah. Emosi marah membuak buak. Nafas berbunyi kuat.

____________________________________

"Alia,pergi tengok Ziqah tengah buat apa. Lama sangat dah ni dia pergi letak barang." mak Alia yang bernama Atila meminta Alia pergi ke bilik Ziqah.

____________________________________

"Ya Allah,Ziqah?!" tengking Alia dengan apa yang terjadi di depan matanya. "Apa kau dah buat dekat anak orang ni,Haziqah. Jawab?!" sekali lagi Alia tengking Ziqah yang masih dalam keadaan marah. "Kau kenal aku. Kau tahu cara aku. Tak ada apa lagi yang perlu aku jelaskan." kata kata Ziqah membuatkan Alia berasa bersalah dengan tindakannya tadi. "Apa terjadi ni,Zafra. Cuba cerita." Alia bertanya Zafra dengan penuh lemah lembut. Ziqah hanya menunjukkan dirinya menyampah dengan Zafra.

"Takpe lah kalau masing masing tak nak ceritakan." Alia menarik kedua duanya pergi ke ruang tamu. "Aik? Ni dah kenapa ni? Tiba tiba je." tanya mak Alia. "Mama tanya lah diorang." Alia hanya menjeling dengan ekor mata selepas berbicara. "Ha kenapa?" tanya Makcik Atila.

"Maaf makcik. Sebenarnya saya hanya bertanya dengan Ziqah dah makan belum tapi.." "wait kau jangan nak menipu,dasar bahenol bapak nopal abang cute girl betul. Makcik jangan percayakan dia makcik.." potong Haziqah dengan pantas. "Sabar. Zafra first" kata mama Alia. "Sebenarnya saya tanya dia baik je. Dah makan belum,lepas tu dia terus tumbuk perut saya then cekik saya. Nasib baik Alia ada. Thank you Alia." kata kata Zafra membuatkan Ziqah berasa marah. "Ya Allah,Ziqah?! Apa kamu buat? Kamu tahu ke tak yang Zafra ni.." "penipu?!" potong Ziqah dengan pantas. Pang!! Mama Alia terus sepak muka Ziqah dengan menggunakan tangan kiri.

"Makcik tak sangka Ziqah begini rupanya. Perangai macam orang tak betul." kata kata mama Alia membuatkan semua pandang rendah dan kecewa terhadap Ziqah. "Makcik dan Alia tak bagi saya explain. Terima kasih lah sebab tak percayakan saya. Saya terharu." Ziqah terus masuk ke dalam bilik. Hanya mampu tidur sahaja. Nak menangis pun dah tak guna.

"Ziqah? Alololo siannya dia kena marah. Hahahahaha. Jangan ingat kau masih boleh lepas." kata kata Zafra membuatkan Ziqah sakit hati kerana dia belum dibuai mimpi lagi.

#Flashback#
"Assalammualaikum class." Cikgu Adibah memberi salam. Cikgu Adibah sebagai Cikgu Inggeris. "Waalaikummussalam Teacher." "Ok class sit down" sungguh ayu Cikgu Adibah memberi laluan untuk kami duduk. "Thank you teacher." kata murid beramai ramai. Beberapa minit semasa belajar. Zafra baru sahaja masuk kelas. Cikgu sangat kecewa dengan perwatakannya sekarang. "Zafra?! Kenapa ha dengan perangai kau?! Tengok macam Hawa ni. Dah lah rajin,sopan. Korang ni kan sedara. Kenapa kau tak boleh ikut perangai Hawa?" Cikgu kalau marah memang in malay bukan in English. Hahaha. Lawak ke? Tak ada apa yang lawak. Saja je. Kata kata Cikgu membuatkan Zafra berdendam dengan Haziqah. Dendamnya bermula la disini.
#End Flashback#

"Huahhhh....dah pukul 7? Aduh aku terlajak. Nak pergi sekolah lagi." Haziqah terus mencapai baju sekolah dan terus pergi bersiap untuk mandi. Hanya tinggal 15minit untuk bersiap.

"Assalammualaikum wahai sahabatku. Best tak semalam?" pagi pagi lagi Zafra dah buat hal. "Waalaikummussalam. Aku tak ada kawan macam kau. Cukup lah semalam kau dah buat hal." bidas Ziqah dengan cukup berirama. "Wow pandai kau cakap eh. Hahaha. Tu baru sikit sis." kata kata Zafra membuatkan Ziqah meluat. Ziqah terus meninggalkan Zafra dan Ziqah terus masuk kelas.

"Hey Hawaw. Asal ni muka merah,tangan genggam,hidung kembang kecut,nafas dari jauh dah dengar. Asal ni? Cer citer." tanya Aryana classmatenya. "Assalammualaikum. Hye guyssss." Ziqah yang baru sahaja buka mulut untuk bercerita mula membatalkan niatnya apabila Zafra masuk lalu memberi salam perli.

Kenapa Dan Mengapa Aku?Where stories live. Discover now