Hari merantau sudah dimulakan pada hari selasa tanggal 61 bulan 44 tahun 3690(tarikh sebenar dirahsiakan). "Haih harini sekolah. Lepas sekolah kena pulak merantau." kata kata Ziqah membuatkan kawan kawannya terpinga pinga. "Apa kau cakap hawaw?" tanya salah seorang daripada group nya. "Idok le. Aku saje je. Asal? Salah?" tepis Haziqah dengan soalan yang disoal. "Oo takde lah. Kau cakap macam betul betul." kata kawannya itu.
'Hihihi. Padahal memang betul pun.' bisik Ziqah di hati. Selepas study bersama groupnya. Ziqah pergi ke kantin sekolah dan memberanikan diri untuk membeli makanan. Sebelum ini jangan harap lah nak pergi kantin. Koperasi pon dia tak pergi.
Selesai semuanya. Waktu balik pun telah tiba. Eh apa ni. Ha tamat lah sudah waktu persekolahan. "Haishhh ya Allah. Hurmm. Kenapa hari ini. Tidakkk!" kata kata Ziqah membuatkan tablemates nya berasa pelik. "Kau dah kenapa hawaw?" kata salah seorang dari tablemate nya. "Ha diam la. Semua orang tak faham." kata kata Ziqah membuatkan semua orang hairan dengan perwatakannya hari ini. Berubah 360 darjah tanpa alasan ataupun sebab.
"Shit la?! Apa kena sia dengan dia tu. Aku tanya elok elok kot. Apa sia salah aku?" tanya orang yang dimarahi Ziqah itu. "Sabar ya. Maybe dia badmood ataupun ada masalah besar kot" kata sepupu Ziqah yang bernama Alia. Walaupun dia tahu kenapa. Tapi dia tidak mahu rakan rakannya sibuk tentang Ziqah. "Tapi selalunya tak macam ni la adoiii" tanya rakan baik Ziqah.
"Aku balik dulu la. Esok esok kita jumpa. Aku nak kejar si Ziqah ni lagi." Alia terus mencapai beg lalu meninggalkan kelas dan rakan rakannya.
"Woi?! Kau asal emo sangat ni? Aku tahu lah kau ada masalah. Tapi.." kata kata Alia terus terbehenti selepas melihat Ziqah menangis. "Tapi apa? Tapi tolong sembunyi kan? Kau fikir aku ni robot ke bole sembunyikan apa apa je. Robot takde perasaan. Aku ada perasaan. Tolong la faham. Kau tak ada ditempat aku. Kau bole la cite. Aku ni?" kata kata Ziqah membuatkan hati Alia terguris. Kini,Alia pula merajuk/moody.
Ziqah hanya membiarkan Alia menonton tv di ruang tamu. Ziqah terus masuk ke dalam bilik kongsi nya lalu mencampak beg nya di tepi meja belajar. Selesai bersihkan diri dan selesaikan segala tanggungjawab,Ziqah keluar dari rumah atoknya dan membawa pakaian serta surat wasiat itu.
"Allahuakbar,aku lupa sediakan makan minum Alia." Ziqah patah balik lalu terus siapkan makanan dan minuman Alia. Alia menunggu Ziqah pujuk sehingga tertidur di depan tv. Ziqah hanya mampu pujuk dengan sepucuk surat. Ayat ayat manis dan manja ditulis disurat itu.
Ziqah yang memakai jaket biru berserta topi VR/46 itu mulakan langkah perjalanan. Perjalanannya dari Ulu Tiram ke Johor Bahru. Dia meng-agak sepupunya itu di Johor Bahru.
____________________________________
Sementara itu,Alia terbangun dari tidur lalu membaca surat yang di tulis oleh Ziqah. Air mata Alia berguguran jatuh kerana menyesal tidak menunggu Ziqah pujuk. Alia juga berniat untuk mengikuti Ziqah. Alia sedih dengan keadaan yang dilalui oleh sepupu rapatnya itu. Apa yang dia mampu buat? Hanya la berdoa agar semuanya selesai dengan segera dan selamat pergi juga balik.
____________________________________
Kembali kepada situasi Ziqah. Masih buntu. Sudah sampai ke stesen bas. Terdapat pondok kecil di hujung. Ziqah pun pergi ke sana dan berehat.
#flashback#
"Tok ayah bukan tak nak bagitahu Haziqah. Tok ayah nak Haziqah bina hidup baru dan belajar erti susah. Apa yang tok ayah tahu adalah sepupu Haziqah atau cucu yang tok ayah cari itu kembar. Nama ibunya atau anak kepada tok ayah ialah Afiah. Tok ayah nak sangat Haziqah dapat tahu nama ni. Cuma arwah nenek yang suruh rahsiakan. Arwah nak Haziqah ada banyak kesabaran" bisik tok ayah sendirian. Akan tetapi,Haziqah tetap curi curi mendengarnya.
#end flashback#"Afiah?" kata Haziqah sambil mengerut dahi dan memandang keatas. Memikir siapakah gerangan Afiah.
Tidak lama kemudian,Ziqah terjumpa seorang makcik yang bernama Afinaz. Namanya dekat dekat dengan nama Afiah.
"Assalammualaikum. Nama saya Haziqah. Tumpang tanya. Acik kenal tak orang bernama Afiah?" kata Haziqah dengan penuh harapan. "Waalaikummussalam. Afiah tu nama adik makcik. Namanya Afiah binti Abdullah. Kenapa nak?" dengan spontan Haziqah teringat nama atoknya bukanlah Abdullah. Tanpa berfikir panjang. Haziqah terus menjawab.
"Tak,makcik. Saya nak berkenalan dengan adik makcik boleh?" katanya dengan penuh lembut dan sopan santun. Makcik itu hanya angguk dan menyuruh Haziqah mengikutnya ke rumah.
____________________________________
"Assalammualaikum. Akak balik ni dik" kata makcik itu. Fikiran Haziqah mula bercelaru. Kenapa tiada orang dirumah ini? Bukankah adiknya ada disini? Yang bernama Afiah itu. Haziqah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan makcik ini.
"Ha ini adik makcik. Afiah namanya" kata makcik itu secara tiba tiba dibelakang sofa yang Haziqah duduk. Barang barang dirumah itu sudah usang. Rumah nya pun tidak lah buruk. Hanya bersepah dengan pakaian yang tidak teratur.
"Haziqah kan nama kamu? Ha Haziqah, duduk la sini selama mana yang boleh. Makcik tidak kisah. Yang penting Haziqah selesa." kata makcik itu sambil senyum. 'Ha sudah aku duduk dengan makcik ni.' bisik di dalam hati. Haziqah tidak dapat berkata apa apa. Hanya mampu angguk dan juga senyum.
"Haziqah,ini bilik kamu" kata makcik itu. Haziqah masuk lalu duduk diatas tilam yang agak nipis. 'Hurmm. Susah lah gini. Abis la aku' bisik Ziqah di dalam hatinya.
"Makcik tinggal sorang?" Ziqah bertanya. "Eh tak lah. Makcik ada anak. Nama anak makcik Zafra. Dia sekarang belajar jauh dari tempat makcik." Ziqah teringat ada saudara jauh bernama Zafra. "Ha ni gambar gambar dia. Comel kan? Ha ni masa dia nak masuk form 1. Dia ni terus tinggalkan makcik. Raya pun hurmm..makcik sorang." Ziqah terus mengambil gambar gambar itu. Ziqah baru tahu asal usul Zafra yang dikatakan saudara jauhnya itu.
Mungkin ini bukan lah kebetulan tapi mungkin dirancang. Ziqah tidak mahu fikir berlebihan.
Selesai solat isyak. Haziqah terus ke ruang tamu berdepan dengan makcik Afinaz. "Makcik. Makcik berapa orang kat rumah ni?" tanya Ziqah untuk memastikan makcik Afinaz okay. "Makcik duduk sini dah lama. Boleh dikatakan sejak 1968 dulu." jawab makcik Afinaz. "Haih aku tanya lain dia jawab lain." bisik Haziqah. "Ha apa dia,nak? Tak dengar" tanya makcik dengan muka yang hairan.
'Ya Allah. Dia dengar la pulak. Mati aq.' bisik hati Haziqah. "Eh tak ada apa apa lah cik. Cakap dengan diri sendiri." terang Ziqah. Makcik Afinaz angguk lalu terus memasuki bilik tidur. Begitu juga Haziqah selepas melihat makcik sudah masuk ke dalam bilik.
Alia:
Assalammualaikum. Aku minta maaf sebab tak faham situasi kau. Kau dekat mana? Aku nak ikut. Sorry aku tertidur. Thanks buatkan makanan and minuman untuk aku. Aku hargai doh.Zqhsn:
Waalaikummussalam. Chill. Aku pun minta maaf atas sebab sebab tertentu. Aku mudah emosi sekarang. Aku tak bermaksudkan apa apa pun pasal tadi pagi. Aku stress. Aku kat JB sekarang. Its okay. Jangan risau. Aku pandai bawa diri. Lagipun kat sini tenang je. Maybe lepas ni aku merantau lagi jauh. Sorry. Aku mungkin balik bila aku dah jumpa cucu yang tok ayah minta.In call
Hzqh:
AssalammualaikumAlia:
WaalaikummussalamHzqh:
Aku tak boleh lama. Aku nak merantau. Lepas jb maybe aku ke Melaka. Lepas Melaka aku ke Negeri Sembilan. Lepas Negeri Sembilan aku ke kl. Lepas KL aku ke Selangor. Akhir sekali,aku patah balik jb.Ziqah dengan kejamnya terus hang up
Alia hanya mampu memaki Ziqah sahaja.
YOU ARE READING
Kenapa Dan Mengapa Aku?
Short StorySeorang pelajar berusia 15 tahun dikendaki menurut wasiat yang telah diberi kepada dia daripada neneknya. Apakah yang bakal terjadi? Bagaimana perjalanan dia? Bagaimana dia melaksanakan wasiat itu? Tidak semudah itu dia dapat melaksanakannya. Adakah...