RUMAH EBBY
Karina merebahkan tubuhnya di atas sofa. Lelahnya dilepaskan. Jarum jam yang berdetik sudah menunjuk angka 8 malam.
Seketika karina tersenyum. Ingatannya terimbau teringatkan maria. Tidak disangka maria seorang yang peramah dan baik hati.
“Lewat kau balik. Pergi mana?” Tanya ebby yang ketika itu baru saja muncul dari ruang dapur. Ebby memegang mug yang berisi milo panas. Mug diletak atas meja lantas duduknya dilabuhkan. Alat kawalan jauh television dicapai.“Aku keluar dengan maria.” Jawab karina.
Ebby mengerut dahi.
“Maria? Maria mana ni?” Soal ebby hairan.
“Maria budak yang tak ada kawan tu.”Terbuntang luas mata ebby dibuatnya.
“Kau biar betul? Kau keluar dengan dia?” Tanya ebby lagi inginkan kepastian.
“Yalah. Beb! Maria tu tak jahatlah. Dia baik. Dia dah ceritakan semuanya pada aku kenapa dia disisihkan. Kesian dia ebby.”Ebby ketawa sinis.
“Habis tu kau percayalah? Entah-entah auta ja lebih. Yelah! Dah tak ada kawan kan. Orang macam tu bukannya boleh percaya sangat.”
“Terserah kau la nak cakap apa. Yang penting aku tahu maria tu baik.” Balas karina sedikit kasar.Karina terus meninggalkan ebby berseorangan diruang tamu.
“Karina,karina.. Mudah sangat percayakan orang.” Desis ebby perlahan.......
ZOUK CLUB“You hantar i balik please..” Rengek zila manja. Kepalanya disandarkan pada dada bidang lelaki yang sedang memapahnya.
Rizal berdecit perlahan.
‘satu hal pula nak kena hantarkan kau balik. Tak guna!’ marah rizal dalam hati.
“You jalan elok sikit boleh tak?!” Marah rizal. Namun suaranya sedaya upaya dikawal.
“Kepala i peninglah sayang..” Balas zila sambil ketawa perlahan. Dirinya tidak dapat dikawal lagi akibat terlalu banyak meneguk air haram itu.Rizal mendengus kasar.
Pintu kereta dibukanya kasar dan rizal terus menolak tubuh zila masuk kedalam kereta. Zila mengaduh kesakitan kerana kepalanya sedikit terhantuk.
Laju rizal memandu kereta menyusuri jalan raya yang sedikit lengang. Zila yang berada bersebelahan dengannya sudah tertidur.
“Aku tak tahu berapa lama aku boleh tahan dengan perangai kau zila. Kenapa kau tak mati je. Senang sikit hidup aku.”rungut rizal sendirian.......
KEESOKAN PAGINYA
Ebby dan karina yang baru saja keluar dari bilik terkejut melihat zila yang terbaring di atas sofa di ruang tamu. Kelihatan zila begitu nyenyak tidur. Mereka berdua pantas mendekati zila.
“zila bangun!” Gerak ebby.Dia menepuk perlahan bahu zila. Namun zila langsung tidak sedar. Hanya tubuhnya saja bergerak sedikit tapi matanya masih terpejam.
Ebby merengus.
“Woi bangunlah!!” Jerit ebby kuat disertai dengan tamparan di bahu zila.Zila terjaga. Dia mengusap bahunya yang terasa pedih.
“Kau nak apa...” Tanya zila dengan suara meleret. Matanya dicelik sedikit. Tangannya mengurut kepalanya yang pening.
“Kau tak ada kelas ke?” Soal ebby marah.Karina hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Zila mengangguk.
“Ada.. Esok saja la aku pergi. Aku tak larat.”
“Kau clubbing lagi semalam? Berapa kali aku nak pesan kalau nak stay kat sini jangan clubbing mabuk apa semua. Aku tak suka!” Marah ebby.Zila pantas berdiri.
“Habis tu kau fikir aku suka dengar kau bising pagi-pagi macam ni? Bingit telinga aku! Aku pergi kelab pun ada aku kacau kau? Ehh! Aku tinggal sini pun aku bayar sewa tau! Lantak aku la nak clubbing ke apa ke. Kau sibuk apahal?” Bidas zila.Ebby mengetap bibirnya kuat. Dia terus menolak kasar bahu zila.
“Kau ingat aku hadap duit sewa kau?! Kalau kau terus macam ni kau boleh angkat kain baju kau berambus dari sini! Aku tak perlu housemate murah macam kau ni. Buat kotor rumah aku je”.
“Ewah..sedap mulut kau je kan cakap aku murah. Habis kau tu apa? Kau tak murah? Kau jangan ingat aku tak tahu apa kau buat dengan rizal malam tu. Dah tak ada jantan lain sampai boyfriend kawan sendiri pun kau nak try.”
“Kau ni memang nak kena!” Ebby sudah mengangkat tangannya tinggi untuk menampar pipi zila namun sempat dihalang karina.
“Sudahlah! Tak payah la bergaduh. Perkara kecil jer pun!” Marah karina pula.Turun naik nafas ebby menahan rasa amarah dan geram pada zila. Zila tersenyum sinis. Seronok melihat reaksi ebby itu.
“Perkara kecil kau cakap? Karina,kau tahu tak jiran-jiran semua dah mula bercakap pasal perempuan ni! Aku dah tak tahan nak dengar bila mereka semua cop kita bertiga perempuan murah! Semuanya punca dari dia! Keluar setiap malam. Dia buat rumah ni macam hotel! Kita yang tak tahu apa-apa kena tempiasnya!”
“Kita selesaikan hal ni kemudian. Sekarang kita pergi kolej dulu. Cepat!” Karina menarik tangan ebby menjauh dari zila.Dia tahu kalau dia tidak bertindak seperti itu tentu ebby dan zila semakin teruk bergaduh. Silap hari bulan ada adegan tarik rambut pula.
Ebby merentap tangannya kasar. “Tak payahlah pegang!”Ebby mengangkat jari telunjuknya tepat pada wajah zila.
“Last warning dari aku. Lagi sekali kau buat perangai macam ni, aku akan pastikan kau 'lenyap' terus dari sini!”. Ugut ebby sambil tangannya membuat aksi potong leher.next part akn diupdate malam ini ..
harap maklum!!
YOU ARE READING
CERMIN (COMPLETE)
HorrorBertindak mahu membunuh diri hanya kerana sunyi. Menangis seorang diri juga kerana sunyi. Akhirnya ia mengabdi diri bersama sang diari yang selama ini menjadi 'mata' menyaksikan segala lakonan kehidupan diri maria. Segalanya berubah selepas hadirn...