10

1.7K 177 2
                                    

Termasuklah tentang..

Bummm!!

Zulaika tersentak. Pintu yang tertutup rapat dipandang zulaika lama sebelum dia tergesa-gesa cuba membukanya. Diari milik maria sudah selamat mendarat ke dalam beg sandangnya.


“Kenapa tak boleh buka ni”. Tombol pintu dipulas berkali-kali.

Degupan jantungnya sudah seperti perlari pecut jarak 200 meter. Entah kenapa dia berasa lain macam berada disitu. Perasaan seram dan takut tiba-tiba saja menerjah dalam diri.

Sehelai kain berwarna hitam betul-betul mendarat di tepi kaki zulaika. Terpampang sebuah cermin yang ukirannya di sekelilingnya sangat cantik.


Zulaika terkesima.

Otaknya memikir dari mana datangnya cermin itu sedangkan ketika dia mula melangkah masuk ke dalam bilik maria cermin itu langsung tidak kelihatan.

Mungkinkah dia yang tidak perasan atau sebaliknya. Biasan diri zulaika begitu terpampang jelas dari cermin itu. Bak kata nuha, perempuan seakan terlalu obses dengan cermin sehinggakan pantang nampak cermin ada saja yang hendak dibetulnya.


Itu yang dialami zulaika ketika itu. Dia seolah dipukau untuk terus membelek dirinya dan membetulkan apa yang patut menerusi biasan dari cermin itu.


“Perfect!!” Senyuman terukir dibibir zulaika.

Namun senyuman manis zulaika hanya sekejap sebelum wajahnya dikuasai dengan riak yang terkejut dan takut. Sesuatu yang berdiri dibelakangnya begitu jelas di mata. Wajah yang persis sepertinya sedang tersenyum sinis.

Dengan keadaan yang cemas, zulaika cuba menarik pintu bilik maria untuk keluar. Namun usahanya sia-sia kerana pintu itu tetap terkunci.


“Bismillahirrahmanirrahim..”

Dengan sekali lafaz dan tarikan yang kuat akhirnya pintu itu dapat dibuka. Laju zulaika berlari keluar dan menaiki keretanya meninggalkan kawasan rumah milik maria.

.....


Masing-masing hanya mendiamkan diri baik zulaika mahupun maria. Tiada sebarang suara yang tercetus dari mulut mereka berdua. Maria sibuk dengan tingkahnya yang asyik bermain dengan jari jemari manakala zulaika pula terus menerus memerhati tingkah pesakitnya.


Keluhan tercetus dari bibir mungil zulaika. Rasa jemu seakan menjentik tangkai hatinya. Beg tangannya dicapai. Diari milik maria dikeluarkan.


“Ini diari awak kan?” Soalan diajukan bersama tolakan perlahan diari itu kepada maria.

Maria memerhati lama diari tersebut sebelum dia mencapainya. Dibelek depan belakang kulit diarinya itu sebelum dibawa kedalam pelukan.


“Mana awak dapat diari saya ni?” Lembut saja pertanyaan dari maria. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Wajahnya kelihatan ceria.


“Mana saya dapat itu tak penting. Maria, boleh saya buat satu permintaan?”


“Boleh! Permintaan apa tu? Senang ka susah? Kalau senang saya boleh tunaikan tapi kalau susah permintaan awak tu saya tak yakin la boleh tunaikan ke tak”. Jawab maria panjang lebar. Dari cara percakapannya langsung tidak menunjukkan dia seorang yang menghidapi masalah mental.


“Apa sebenanrnya yang terjadi pada zila, ebby dan karina?”

Berubah terus riak wajah maria apabila mendengar 3 nama yang disebut zulaika itu.


“Tak tahu”. Acuh tak acuh saja jawapan yang diberikan maria.

Dia menunduk sehingga rambutnya terjurai kedepan menutupi sebahagian wajah. Terangkat sedikit kening sebelah kiri zulaika.

Nampaknya maria memang ada sembunyikan sesuatu. Kalau tidak masakan maria akan bersikap seperti itu. Lagaknya tak ubah seperti persalah yang sedang takut untuk dibicarakan.


“Betul ke awak tak tahu? Bukan ke awak yang bunuh mereka semua?”

Tubuh maria menggeletar.

Rahsianya bakal terbongkar. Bagaimana perempuan itu boleh tahu semuanya? Siapa yang beritahu dia? Maria ke? Tak! Bukan maria.. Maria tu aku! Arghhhh!! Suara hatinya semakin kuat.


“Kenapa perlu membunuh? Awak tahu tak perbuatan awak ni salah”. Ujar zulaika lembut.

Sedaya upaya dia cuba memainkan peranan yang baik bila berhadapan dengan pesakit seperti maria. Kemarahan dan tengkingan bukanlah perkara utama dalam menangani masalah seperti ini.


Pap!!

Maria menepuk permukaan meja kuat. Dengus nafasnya yang kasar begitu jelas dicorong telinga. Dadanya berombak menahan kemarahan terhadapa zulaika.


“Jangan nasihatkan aku! Mereka patut terima semua tu sebab mereka tak layak untuk hidup atas dunia ni. Orang seperti mereka hanya layak hidup di neraka!” Bentak maria.

Zulaika bangun dari duduknya. Dia menapak perlahan ke arah tingkap. Maria hanya memerhati tingkah doktor muda itu. Diarinya kembali diletakkan atas meja.


“Awak bukan Tuhan untuk tentukan segalanya maria.. Sekarang saya nak tanya awak, awak dah berpuas hati atau belum dengan kematian mereka?” Soal zulaika cuba untuk mensaiko pemikiran maria.

Kedua belah tangannya disilangkan ke dada. Serius sahaja zulaika ketika itu. Maria mengeluh dan tiba-tiba dia menangis. Tangisannya seakan dia menyesali sesuatu.

Maria terjelopok ke lantai. Kedua tangannya digenggam dan dihentak bertubi-tubi ke lantai.


“Kenapa aku yang kena hadap semua ni?! Apa salah aku?!! Kenapa?!!!” Maria sudah hilang kawalan.

Dia menggelupur di atas lantai. Bajunya habis kotor dengan debu lantai. Zulaika yang melihat maria semakin hilang kawalan segera bertindak menenangkan maria.


“Maria, bawak bertenang! Jangan terlalu ikutkan perasaan.” Zulaika cuba untuk memegang bahu maria tetapi tidak berjaya.

Maria sangat agresif.

Menjerit-jerit diikuti dengan menggelupur tak ubah seperti anak kecil tidak dapat mainan.


“Maria!!!” Jerkah zulaika kuat. Nyaring suaranya bergema sehingga dapat didengar dari luar.

Maria bungkam.

Terkejut dengan jerkahan zulaika itu. Takut dengan pandangan zulaika yang menikam. Zulaika menarik nafas sedalam mungkin bagi menenangkan hatinya yang marah. Dia kembali ke tempat duduknya.


“Awak bangun dan duduk depan saya sekarang!” Arah zulaika dengan suara yang tegas.

Terkulat-kulat maria berdiri dan duduk berhadapan dengan zulaika. Dia mengibas-ngibas rambutnya yang kusut kerana rimas.


“Sekarang ceritakan pada saya, apa sebenarnya yang berlaku. Saya nak tahu dari mulut awak sendiri.”

Maria terkebil-kebil memandang zulaika. Otaknya berfikir banyak kali untuk menurut perintah zulaika. Dia takut, dia risau, dia malu dan sebagainya. Mimik mukanya sedih dan gusar.


“Maria,kalau awak berkelakuan begini terus macam mana saya nak bantu awak? Awak pesakit saya dan kalau boleh saya nak awak sembuh. Saya nak awak jalani kehidupan sebagai orang normal diluar sana. Takkan awak nak tinggal disini sampai ke tua. Awak taknak rasa bahagia,gembira semua tu? Awak sanggup hidup dalam kesedihan dan dunia yang awak sendiri cipta?”


Maria menangis buat kesekian kalinya. Tipu kalau dia tak mahu rasa semua itu. Dia pun manusia biasa perlukan rasa bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Tapi dia takut.

Takut untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.


“Semuanya bermula sejak...”

Dengan suara yang amat perlahan maria memulakan cerita.

CERMIN (COMPLETE)Where stories live. Discover now