4

2.1K 197 17
                                    

DALAM KERETA

“Apa yang zila cakap tadi betul ke?” Suara karina memecah kesunyian.

Ebby mengerling sekilas ke arah karina. Kedengaran keluhan darinya.

“Kau percaya?” Soal ebby.

Dia sengaja mahu melihat reaksi karina dengan soalannya itu.

Karina mengangkat kedua bahunya.

“Kalau betul pun apa salahnya. Boyfriend je kot bukannya suami.” Ujar ebby sambil ketawa kecil.

“Jadi betul la kau ada hubungan dengan si rizal tu?” Ebby mengangguk.

Karina menekup mulut tidak percaya. Tak sangka ebby bersikap seperti itu.

Perampas!

“Padanlah dengan muka dia! Asyik mabuk,clubbing bagai. Pakwe mana yang tahan dengan perangai dia macam tu.” Bidas ebby.

Kereta sudah memasuki kawasan kolej. Langkah diatur untuk ke kelas.

“Karina!”

Langkah karina terhenti begitu juga dengan ebby. Karina pantas menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.

Kelihatan maria sedang mendekati mereka berdua.

“Maria! Awak dari mana?”

“Saya dari library tadi.” Jawab maria.

Maria menatap sekilas wajah ebby sambil dia mengangkat kening kepada karina tanda bertanya.

“Lupa nak kenalkan. Ni ebby housemate saya. Ebby,ni..” Belum sempat karina habis berkata ebby pantas memintas.

“Kau budak yang tak ada kawan tu kan?”

Maria menunduk. Malu dirinya bila disoal begitu.

Karina menampar perlahan lengan ebby sambil menjegilkan mata.

“Kau ni! Janganlah cakap macam tu. Kesian maria.” Maria tersenyum apabila karina menyebelahinya.

“Betullah apa aku cakap. Memang dia tak pernah ada kawan pun”. Balas ebby membela diri.

“Kalau ya pun maria tak ada kawan, itu bukan alasan untuk kau cakap macam tu. Kita jadi kawan dia lepas ni.” Kata karina pula.

“Saya pergi dulu ya. Nanti kita jumpa lagi”. Maria pantas berlalu pergi.

“Maria tunggu!” Panggil karina kuat. Dia mengeluh apabila maria tidak mengendahkan panggilannya.

.....

MALAM DIRUMAH EBBY

Zila berdecit. Telefon ditangannya ditatap dengan perasaan geram. Laju jarinya mendail nombor seseorang. Telefon ditekap ke telinga buat kali yang ke lima.

Tut..Tut..

This is the voice..

Zila pantas menutup panggilannya.

“Tak guna!” Maki zila.

Dia kemudian menaip sesuatu dan terus ditekan butang 'send'.

Kenapa tak jawab call i?

10 minit sudah berlalu namun mesej yang dihantarnya langsung tidak dibalas. Zila menggenggam rambutnya kuat sambil menghentak kaki ke lantai. Rasa amarah sudah mula menguasai diri.

Beg tangan disambar kasar dan terus berlari keluar dari biliknya. Karina yang sedang menonton tv diruang menegur zila.

“Kau nak kemana zila? Kelam kabut semacam je aku tengok. Zila! Zila!”

Zila tidak mengendahkan pertanyaan dan panggilan dari karina itu. Dalam fikirannya hanya memikir satu benda saja. Dia perlu berdepan dengan orang tersebut.

Teksi berhenti di sebuah rumah. Zila menghulur 2 keping duit bernot 10 kepada pemandu teksi itu. Kini zila sudah berdiri dihadapan pintu pagar yang terbuka luas itu.

Matanya tertancap pada kereta itu. Perlahan zila berjalan menghampiri kereta itu namun matanya tertancap pada satu benda yang sangat dia kenal.

Kasut..

Zila merengus marah. Pintu rumah yang tertutup rapat dibukanya kasar dan apa yang dilihatnya sekarang benar-benar mengejutkan.

Ebby dan rizal tergesa-gesa bangun dari duduk kerana terkejut dengan kehadiran zila yang tiba-tiba itu. Ebby membetulkan baju kemeja yang sedikit terselak.

“Tak guna! Rupanya ni kerja korang! Kau ebby!!” Zila meluru ke arah ebby mahu menyerang namun pantas dihalang oleh rizal.

Rizal menolak kuat tubuh zila menyebabkan zila terundur kebelakang.

“Kenapa dengan you ni zila?!” Soal rizal dengan nada suara yang tinggi.

Tangan ebby ditariknya agar tubuh wanita itu berada dekat dengannya.

“You tanya kenapa dengan i? Sepatutnya i yang tanya you soalan tu! Kenapa you bersekedudukan dengan perempuan ni!!” Tengking zila. Turun naik dadanya menahan marah.

“Salah ke? Dia girlfriend i kan. So,jadi masalah ke pada you?”

“What?Girlfriend? Habis i ni apa?!” Rizal tersenyum sinis sambil mengangkat bahu.

Zila terdiam.

Kini dia sudah dapat meneka jawapan disebalik reaksi rizal itu.

“Aku rasa kau dah tahu jawapannya. Nampak tak pintu tu? Kau berambus sekarang!” Kata ebby kepada zila.

Zila masih diam. Hanya air mata yang bergenang ditubir mata saat itu.

CERMIN (COMPLETE)Where stories live. Discover now