PERLAHAN-LAHAN, aku membuka mata. Terkatup semula, sesaat kemudian. Terkesan dek cahaya yang masuk ke iris. Juga, ditujah oleh sakitnya kepala. Nafas ditarik dalam-dalam, sebelum aku sekali lagi mencuba. Kelopak mata diangkat sedikit demi sedikit. Kening berkerut menahan cahaya putih. Denyutan di kepala juga ditahan-tahan. Usai mencuba beberapa kali, anak mataku terbuka dan terkelip-kelip melihat pemandangan depan muka.Sepasang mata lain. Sedang terkatup rapat.
Mataku berkelip sekali. Tatapan beralih ke atas sedikit, kepada juntaian rambut yang menutupi dahi. Kemudian, jatuh kepada kening hitam yang terukir elok. Ada tahi lalat halus atas kening belah kanan. Pandanganku bergerak lagi. Kepada mata yang tertutup tadi, indah dengan bulu mata yang sederhana panjang dan lurus. Sesudah itu, melekat kepada hidungnya pula. Separa mancung menghembus nafas yang kedengaran lembut dan perlahan. Juga, hangat menampar wajahku. Masih dengan tindakan tadi, aku cuma diam meliarkan pandangan. Kali ini, terpaku kepada mulutnya yang separuh terbuka. Merah dengan sedikit kumis di sekeliling.
Mataku masih terkelip sendiri. Kosong melihat semuanya. Aku menjatuhkan tatapan ke bawah pula. Kepada leher dengan halkum yang jelas kelihatan, kepada bahu yang lebar tidak bertutup apa-apa, kemudian kepada dada...
Dada.
Aku mengerdip mata. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Melihat dada bidang yang telanjang tanpa seurat benang.
Spontan, aku mengangkat semula kepala. Memandang wajah yang setentang dekat. Berkongsi bantal yang sama. Kemudian, kepada tubuh tidak berbajunya. Beralih ke wajahnya. Ke tubuh. Ke wajah. Ke tubuh. Ke wajah.
Entah berapa kali, aku mengulang tindakan serupa. Dengan setiap kalinya, bebola mataku membesar dan membesar dan membesar, hingga akhirnya...
"Arghhhh!!!!"
Aku menjerit sekuat-kuatnya. Tangan menolak tubuh kekar itu. Tubuhku sendiri diangkat menjauh. Jari-jemari juga laju menarik gebar agar menutupi dada. Nafasku menghempas ganas, disertai dengan mata yang terbeliak memerhati pemilik tubuh itu bangkit. Sedikit-sedikit hingga akhirnya duduk tegak. Terpisat-pisat sekejap, sebelum menatapku. Tepat tanpa kelip.
Seketika berlalu, anak matanya membulat.
"You're awake."
Tubuhku tiba-tiba rasa terdorong ke hadapan. Ditarik oleh sepasang tangan kasar dan mendarat dalam satu pelukan.
Aku tergamam. Kejur keras.
"You're awake."
Suara itu berbunyi lagi. Garau, dalam dan kedengaran betul-betul sebelah telingaku. Tangan yang memeluk semakin kuat mencengkam. Bahkan, aku dapat merasai desah nafasnya yang menyentuh leher.
Aku tersentak.
"Lepaskan aku." Tanpa menunggu lagi, aku meronta. Cuba bolos daripada rangkulan tanpa rela. Malangnya, bukan itu yang berlaku. Pelukannya jadi semakin kemas dan menyesakkan.
"Lepaskan aku!" Kali ini, aku menempelak. Belakangnya ditampar berulang kali. Rontaanku semakin kuat.
Tidak berkesan.
"Aku cakap, lepaskan aku!"
Masih tidak berkesan.
"Lepaslah! Kau siapa, hah?!"
Dengan kata-kata terakhir itu, rangkulannya serta-merta terlerai. Dia membawa tubuh ke belakang. Baru sahaja dia ingin menengadah melihat ke wajahku, tanganku lebih dahulu bertindak.
Pang!
Sekuat hati, aku menampar pipinya. Kepalanya separa terpusing ke kanan.
"Si...siapa kau?" Aku mengulang soalan tadi. Mata yang sebelum ini kosong kebingungan, bertukar berapi. Meluap-luap dengan kecurigaan dan kemarahan. Saat yang sama, benakku mula ditujah oleh satu kemungkinan paling buruk. Paling ditakuti oleh seorang perempuan seperti aku.
Membayangkan kemungkinan itu, setiap inci tubuhku mula menggeletar. Birai mataku turut sama bergenang.
Dia hanya mendiam. Tidak mengata apa-apa. Sekadar memaling semula wajah kepadaku, dan merenungku dengan satu tatapan yang tidak mampu ditebak. Yang tidak ingin aku tebak!
Yang aku mahu sekarang, cuma satu.
"Siapa kau? Apa yang kau dah buat pada aku?"
Jawapan kepada persoalan itu.
Sekali lagi, soalanku terbiar sepi. Kali ini, tidak lama. Dia akhirnya membuka mulut.
"I'm your husband."
~ Bersambung...~
Nota Cik SA:
Yes, I know. Bab 1 ni pendek. Memang sengaja Cik SA buat gitu sebab nak berhenti kat part "I'm your husband," tu . Hehe. Ala, macam dalam drama kita tengok. Kan suka berhenti kat part paling best, yang waktu jantung kita dah berdebar-debar, lepas tu...eh, keluar perkataan 'bersambung' pulak dah. Ciskek betul! I love doing that too. To my dear readers. Haha, jahat tak Cik SA?
So, what say you? Yes, i know. Gibran seksi. Eh! Hahaha!! Do like and comment, darlings. And for those yang belum follow Cik SA di instagram, please do. Cik SA banyak letak teaser untuk Memori Inara (dan novel lain) di instagram. Follow, ya untuk mengetahui perkembangan karya Cik SA. IG Cik SA ialah ciksara_aisha.
Jangan lupa like dan komen bawah. Thank you!!
YOU ARE READING
MEMORI INARA (Published)
Mystery / ThrillerHIGHEST RANKING: #1 in novelfiksyen (16/3/2019) #1 in jenayah (16/3/2019) #5 in karyaseni (1/3/2019) #8 in misteri (16/2/2019) #22 in novelmelayu (16/3/2019) #30 in actionromance (1/3/2019 ****** NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN - Sinopsis bel...