Episod 1 [ AWAL PERKENALAN ]

3K 1 0
                                    


" OK START ESOK KITA SKANDAL "

Disini, bermula lah segalanya.

" Ish serius la boss "

" Serius ar "

" Skandal untuk kerja saya on "

" Tak kira aku anggap kita skandal gak "

Ya. Bermulalah cerita dimana seorang boss ber-skandal dengan staf bawahannya. Pada mulanya, aku anggap dia main-main je bila dia anggap skandal ni. Sebab tu aku terus on je. Hari demi hari, segalanya berubah sedikit demi sedikit.

Aku berkenalan dengan boss aku ni yang aku kenali sebagai "L" semasa aku kerja di salah sebuah agensi pelancongan. Masa interview dengan dia, sangat senang. Tak banyak tanya latar belakang kerja aku sebelum ni. Lebih bertanya pasal aku duduk dimana, dengan siapa, adik-beradik berapa orang dan sebagainya. Boleh kira benda yang dia tanya pasal professional masa interview. Lepas interview terus dia kata akan call balik untuk bagitau dapat ke tak kerja tu nanti.

Malam tu pada hari yang sama, pukul 11 malam dia call untuk bagitau yang aku dapat kerja tu. Tak pernah dibuat orang call untuk diterima kerja pada waktu malam. Jadi aku diterima kerja dan diminta masuk pada esoknya. Tapi aku tangguh untuk masuk pada hari isnin minggu hadapannya.

Hari isnin, permulaan bagi aku berkerja di syarikat baru selepas 1 bulan lebih aku jadi penganggur terhormat. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada aku waktu itu. Tapi, siapa yang tahu, banyak halangan dan dugaan terjadi lepas tu.

Pada hari pertama aku masuk, macam biasa, aku memang seorang yang tepati masa. Masuk pukul 9 pagi, 8.15 pagi aku dah sampai ke tempat kerja. Menunggu staf yang pegang kunci datang, baru boleh masuk. Masa aku menunggu tu, boss aku si "L" ni datang awal dan ajak aku breakfast sekali dengan dia. Tak sangka kan boss ajak aku pergi breakfast bersama. Tapi bukan berdua dengan aku je, dengan kawan dia yang lagi seorang yang sama berkerja di syarikat yang sama.

Pada mulanya, semestinya aku tak banyak cakap sebab baru nak kenal dan biasakan diri kan di tempat baru. Boss aku ni banyak kali cakap, kerja dengan aku jangan malu-malu bertanya. Buat macam biasa je. Nak tanya apa tanya je. Aku pun kata baiklah saya tak malu pun. Biasa-biasa je.

Jadi lepas breakfast, aku pun start masuk ke pejabat dan pada hari aku masuk tu, ada pulak staf meeting. Aku pun masih blur apa la yang nak dibincangkan sebab sebelum ni di tempat aku kerja tak pernah buat staf meeting. Sebab company kecil kan tak perlu ada meeting macam ni. Dan biasa lah aku akan kelihatan janggal masa tu. Tapi nasib baik, ada staf baru jugak yang masuk pada hari yang sama aku masuk tu. So ada geng. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA YANG TERLARANGWhere stories live. Discover now