Part 3

80 3 0
                                    

TURUN sahaja dari bas, namaku diseru dengan agak kuat.

"Cik Syazana!"

Terkesima aku memandang wajah yang cukup aku kenal itu.

"Irman!" Aku tersenyum lebar melihat dia yang sedang menapak menghampiriku.

"Cik buat apa dekat sini?" tanya Irman.

"Kampung saya dekat sini."

"Laaa, ya ke? Kat mana tu?"

"Kampung Raja."

"Jiran sekampung ke kita ni?"

"Awak pun dari kampung yang sama?"

Irman tersenyum dan mengangguk, "Jomlah, saya hantar ke sana. Alang-alang saya nak balik ni."

"Awak ke sini naik apa?"

"Tu." Irman mengunjuk ke arah sebuah Toyota Hilux berwarna putih yang terparkir di hadapan stesen bas.

"Ah, tu pun kalau Cik Syazana tak kisahlah nak naik Hilux tu," ujar Irman dengan sengihan.

Aku tertawa, "Saya bukannya anak raja sampai tak boleh naik Hilux."

"Jom," ajak Irman.

"Kita singgah Giant dulu boleh tak? Saya nak beli barang sikit."

"Tak ada masalah. Boleh aje."


"CIK Syazana dah kahwin?" Soalan Irman membuatkan aku tersentak. Aku menoleh memandang dia yang sedang khusyuk memandu.

"Kenapa awak tanya?"

Irman mengerling wajahku lalu tersenyum, "Sajalah saya nak tahu. Kalau dah kahwin, tak bolehlah saya nak berkawan dengan Cik Syazana."

Aku merenung wajah Irman untuk membaca air muka lelaki itu, "Dah."

Ada senyuman kecil yang terbit pada bibir Irman, "Dengan Encik Wahyu?"

"Ya. Dah enam tahun pun." Aku tunduk merenung jari-jemari yang kosong. Cincin itu ada, tetapi disebabkan aku tidak mempunyai rasa bangga menjadi isteri Wahyu, cincin itu aku sorokkan di sebalik tudung. Cincin itu aku jadikan sebagai loket untuk rantai leher aku.

"Patutlah."

"Hmmm?" Aku binging memikirkan perkataan yang keluar dari mulut Irman itu.

"Tak ada apa-apalah."

Ruang perbualan antara kami kembali senyap.

"Tak salah pun nak berkawan dengan saya. Tak ada pula saya baca kalau dah jadi isteri, tak boleh nak berkawan dengan orang lain." Aku cuba menghapuskan kejanggalan yang tiba-tiba sahaja muncul.

"Kalau berkawan dalam konteks biasa tu memang boleh. Tapi berkawan yang saya maksudkan ni lain, Cik Syazana."

"Oh," aku menunduk merenung tangan di atas riba, "Maaf. Rasanya awak salah faham sebab semua orang panggil saya cik di pejabat tu."

"It's okay."

Entah mengapa semakin menebal perasaan janggal dalam hati ini setelah aku mendapat tahu tentang keinginan Irman untuk 'berkawan' dengan aku.

"Sekurang-kurangnya saya boleh rasa lega." Irman bersuara secara tiba-tiba.

"Kenapa?"

"Cik Syazana berada dalam jagaan lelaki baik macam Encik Wahyu. Masa di wad tempoh hari, saya boleh nampak betapa sayangnya dia pada cik."

Terkejut aku mendengar kenyataan Irman. Setahu aku hanya Firash, Redza, Kak Zarida dan Quzandria sahaja yang menghantar aku ke hospital dua hari yang lepas.

My dear, Wahyu!Where stories live. Discover now