BAB 2

1.2K 55 13
                                    

Hidup itu indah. Jangan disia-siakan dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Andai Allah tidak memberikan cinta daripada seorang lelaki bergelar suami. Biarlah cinta dan kasih sayang itu hadir daripada saudara dan keluarga yang menyayangi kita – INDAH RANIA

"Kau pasti semua barang dah bawak." Sekali lagi Rania bertanya.

"Cik Indah. Semua baju dan aksesori kita dah hantar pagi tadi berserta dengan Zuhaida. Kita cuma pergi bawak diri aje." Amri mahu mulakan pemanduan namun Rania masih belum bersedia. Rimas dengan Rania yang banyak sangat pertanyaan. Sudah dua kali Rania keluar masuk butik.
Sejak semalam lagi pekerja berada di hotel untuk memastikan kelancaran majlis mereka. Dia dengan Rania singgah ke butik hanya untuk memastikan tiada apa lagi yang tertinggal.

"Am. Aku cuma tak nak..." Rania terhenti bila lengannya disentuh Amri.

"Jangan risau."

"Pertama kali kita buat pertunjukan fesyen dengan kehadiran wartawan. Aku nak semua perfect." Rania menarik nafas. Dia membetulkan shawlnya yang sememangnya sudah sempurna.

"Ara... ini Amri. Aku bukan macam kau pelupa. Kita gerak eh." Amri memujuk. Mereka awak terlewat jika Rania terus begini.

Rania tersenyum. Dia anggukkan kepala. Dua tahun dia dengan Amri bertungkus lumus membina jenama Cinta Indah. Sedikit demi sedikit rekaan Amri diterima oleh pengguna dalam komuniti fesyen online. Dan sekarang mereka bakal meluaskan lagi pasaran. Melantik stokis di setiap negeri dan bakal membuka cawangan tidak lama lagi.

Malam ini pelancaran koleksi terbaru jenama Cinta Indah sempena musim cuti sekolah akan datang atau juga diketahui sebagai musim banyak majlis kahwin. Mereka menjemput wartawan majalah fesyen dan beberapa pengendali laman web fesyen.

"Jangan risau. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar." Amri mulakan pemanduan.

Rania tersenyum. Semoga Allah memberkati segala usaha mereka. Dan semoga majlis yang akan berlangsung malam nanti akan berjalan lancar.

****
"Rania."

Langkah Rania terhenti. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Tubuhnya kaku di situ. Masih berkira-kira sama ada mahu berpaling atau tidak. Ini kerana pemilik suara itu adalah seseorang yang pernah membuatkan dia bergelut dengan ujian hidup. Seseorang yang pernah membuatkan hatinya luka parah. Sampai sekarang parut luka itu masih ada. Dia berkira-kira hendak buat tidak tahu dan berlalu pergi.

"Rania."

Sekali lagi namanya dipanggil. Mahu tidak mahu dia terpaksa berpaling. Lelaki itu masih seperti dulu. Tetap kacak dan segak. Namun kelihatan sedikit serabut dengan jambang yang tidak terurus. Bukankah lelaki itu sangat menitikberatkan penjagaan wajah.

"Ikram." Rania berlagak tenang.

"Buat apa kat sini? Honeymoon dengan Marissa?" Mata Rania mencari kelibat Marissa namun tiada. Bukan ke Ikram tidak boleh berenggang dengan Marissa. Melihat pakaian Ikram, dia tidak rasa lelaki itu datang ke sini atas urusan kerja.

"Honeymoon? Taklah. Saya dah bercerai dengan dia bulan lepas." Ikram berkata jujur.

Rania cuba beriak selamba walaupun dia mahu melompat gembira. Rasa hendak ulang semula puji pujian Ikram terhadap Marissa dulu. Rupanya dia dengan Marissa sama sahaja. Bergelar bekas isteri kepada Ikram Khusyairi.
Tetapi dia tahan ketawanya. Tidak perlu dia membalas, Allah terlebih dahulu memberi pengajaran. Dia hanya tersenyum kelat. Tidak ikhlas untuk senyum sebenarnya. Kehadiran Ikram buatkan harinya hilang keindahan.

"Saya tau awak nak ketawakan saya. Ketawalah. Saya tak kisah." Ikram sedar pandangan mengejek Rania.

Rumah tangga yang dia agung-agungkan sudah musnah. Dua kali dia gagal dalam rumah tangga. Bezanya kali kedua, Marissa minta diceraikan kerana ada lelaki lain. Lelaki yang kononnya lebih hebat dari dia.

JODOH SALAH KAUT (RAW VERSION)Where stories live. Discover now