BAB 6

1.1K 59 4
                                    

"Amri. Mana si Fahmi dengan Farah ni. Show dah nak mula tapi diaorang tak sampai lagi." Rania resah. Dua orang model yang akan memperagakan pakaian pada penutup acara nanti masih belum tiba lagi. Majlis akan bermula bila-bila masa.

"Fahmi dengan Farah kena tahan polis dalam roadblock. Road tax mati. Lepas tu diaorang pergi renew lesen kat UTC. Kereta kena curi pulak. Sekarang diaorang kat balai buat laporan polis." Zuhaida muncul dengan berita yang kurang menyenangkan.

"What?" Rania seakan tidak percaya. Kenapa muncul ujian besar saat ini.

"Tak boleh ke diaorang renew besok." Rania mendengus geram. Sekarang siapa pula dia hendak harapkan untuk menjadi model.

"Amri macam mana ni?"

"Entah." Jawab Amri sambil membetulkan baju dan tudung salah seorang model. Dia memanggil Nora untuk memakaikan aksesori pada tudung model itu.

"Kau panggil bakal suami kau tu. Dia kan model catwalk."

"Amri. Kau tak ada cadangan lain yang lebih bernas ke?" Sudahlah dia belum habis lagi geram dengan Kai. Tiba-tiba dia kena tambah satu meja untuk rombongan lelaki itu.

"Paling bernaslah ni."

Rania berfikir sejenak. Nampaknya dia tidak punya pilihan selain meminta pertolongan Kai. Dia menyelinap keluar menuju ke dewan. Terus dia ayun langkah mendekati meja Kai.

Selamba dia cuit bahu Kai yang sedang minum air. Dia memberi isyarat agar kai mengikut dia. Kai terpinga-pinga namun dia mengikut juga langkah Rania ke belakang pentas.

"Kenapa kau culik aku?

"Jadi model untuk aku." Tiada mukadimah, Rania terus kepada tujuannya. Masa terlalu berharga untuk dibazirkan.

"Model. Berapa kau nak bayar aku?" tanya Kai.

"Dengan bakal isteri pun berkira. Tak naklah kahwin dengan kau." Boleh pula Rania terlupa bayaran untuk Kai. Apalah yang dia fikirkan. Kai selebriti terkenal tentu mahal bayarannya.

"Kau tau tak berapa bayaran aku setakat berjalan dua tiga kali atas pentas kecik tu?"

Rania buat-buat pandang tempat lain. Berlagak. Taulah pernah menjejak kaki ke New York Fashion Week. Dah sah tak main bayar ratus-ratus.

"Untuk kau, harganya jadi isteri aku sepanjang hayat. Mana baju aku kena pakai. Panggil team aku. Cepat." Kai menolak tubuh Rania. Dia sengaja bercakap laju-laju biar Rania tak dengar ayat yang pertama itu.

Rania kurang jelas akan harga yang Kai sebut tadi. Dia menoleh ke arah Kai yang sedang berbicara dengan Amri. Dia cuma dengar perkataan sepanjang hayat sahaja tadi. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Dia kembali ke depan memanggil Yusman dan Syakira.

Sekembalinya dari depan Amri menghulurkan pakaian kepadanya. Sepasang baju jubah moden berwarna putih yang sangat cantik. Kalau tak silap ini pakaian yang sepatutnya Farah pakai. Baju nikah rekaan Amri.

"Kenapa kau bagi aku baju ni?"

"Kalau Kai ganti Fahmi, kau kena ganti Farah." Amri tarik tangan Rania masuk ke bilik persalinan.

"Kau gila."

"Weh... demi nama baik butik kita. Dan kaulah manusia paling sesuai untuk naik ke pentas dengan Kai. Kau kan bakal isteri dia." Amri terus menolak Rania masuk ke bilik persalinan. Dia tidak akan beri peluang untuk Rania menolak.

Kai keluar dari bilik persalinan dengan baju siap di tukar. Mata Amri berkaca melihat penampilan Kai. Alamatnya meletuplah nama dia kali ini. Kai bukan calang-calang. Ada hikmahnya juga Rania bertemu dengan Kai.

"Kau dah kenapa." Kai terus duduk di kerusi meja solek. Model-model lain memerhatikan dia dengan penuh keterujaan. Sejak menjadi penyanyi Kai jarang menerima undangan untuk model catwalk. Kalau adapun untuk jenama besar.

"Tahun depan kita buat KAI-Jubah. Aku kaya..."

"Kau dengan Rania sama aje. Suka sangat ambil kesempatan." Kai memerhatikan imejnya di dalam cermin. Bakal isteri punya fasal dia kena jadi model segera.

"Amri... aku tak nak pakai shawl ni. Aku nak tudung lain. Shawl bunga-bunga bukan stail aku. Ada manik dengan labuci lagi." Rania keluar dengan baju siap ditukar. Warna baju senada dengan Kai. Di tangannya sehelai shawl dengan warna yang sama.

"Kau ni banyak songeh lah. Memang ni shawl untuk baju ni. Tak boleh tukar. Alah kejap aje pakai." Amri memujuk Rania.

"Tak nak lah... perempuan sangat."

Kai memerhatikan Rania dari cermin. Tersungging senyum dari bibirnya. Rania ni manja rupanya. Yusman selesai merias rambutnya. Dia terus bangun dan mendekati Rania.

"Kau pakai ajelah. Tak sampai pun 5 minit kat pentas tu."

Malas hendak berlawan kata dengan Kai, Rania terus duduk. Mengizinkan Amri memakaikan shawl ke kepalanya. Sungguh menyusahkan betul. Besok dia akan tuntut ganti rugi dari Fahmi dan Farah.

"Tak payahlah tunjuk muncung itik tu. Kau tak sabar nak tunggu aku gigit ke?" Kai menjeling Rania yang bermasam muka. Yusman sedang menyematkan kerongsang pada selempang baju kurta yang dipakainya.

Rania jelir lidah. Dia tak sepatutnya ada di sini. Bukan tempat dia. Apatah lagi untuk menjadi model bidan terjun. Namun demi butiknya sendiri dia terpaksa sanggup. Bagaimana pula dia di pentas nanti? Kerja gila namanya.

"Dah siap. Bangun cepat. Jap lagi giliran kau." Amri melihat imej Rania di dalam cermin. Cantik. Dia tersenyum puas.

Kai terkaku seketika melihat penampilan Rania. Mereka berdua bagaikan hendak pergi menikah. Namun dia cepat-cepat berlagak selamba bila dicuit Syakira.

"Amri aku takut." Rengek Rania. Amri memang kejam.

"Tak payah takutlah. Bukan ada naga kat atas pentas tu."

"Ada... seekor naga nama Kai." Rania cuba menghilangkan darah gemuruhnya dengan bergurau. Namun tiada siapa yang ketawa dengan gurauannya. Kai hanya menjeling sahaja tanpa sebarang reaksi.

"Giliran korang lepas ni." Nora muncul.

Kai menaikkan lengannya separuh dan memberi isyarat agar Rania merangkul lengan bawahnya. Namun Rania buat tidak tahu. Amri pantas menarik tangan Rania lalu diletakkan pada lengan bawah Kai.

"Kau jangan risau. Aku akan jaga kau baik-baik kat atas pentas tu. Selagi kau pegang tangan aku, aku jamin kau akan berjaya sampai ke penghujung. Anggap aje macam kita tengah jalan-jalan kat tepi pantai." Kai memberi tip agar Rania tidak terlalu gugup.

Nora memberi isyarat agar Kai dengan Rania bergerak ke pentas. Kai melangkah perlahan diikuti oleh Rania. Mereka berhenti seketika di tengah pentas. Memberi laluan kepada model sebelum mereka menghabiskan pertunjukan. Rania tarik nafas dalam-dalam.

"Aku akan jaga kau sepanjang hayat aku. Jangan risau." Bisik Kai di telinga Rania sebelum mula melangkah.

Rani hanya mengikut langkah kaki Kai sambil memikirkan kata-kata lelaki itu. Apa maksud lelaki itu sebenarnya.

JODOH SALAH KAUT (RAW VERSION)Where stories live. Discover now