BAB 4

1K 42 3
                                    

BAB 4

"Kenapa kita mesti kahwin. Tak boleh ke mintak maaf kat wartawan dan beritahu hal sebenar." Rania tetap tak puas hati. Dia menjarakkan sedikit kedudukannya. Kurang selesa duduk begitu dekat dengan lelaki asing.

"Boleh aje. Tapi nanti peminat aku tuduh kau psiko. Viralkan yang kau tu gila glamor." Ujar Kai selamba. Sedikit mengugut pun ada. Selamba dia kunyah kuih mochinya.

Rania pandang Kai lama. Tuduhan psiko dan gila glamor memang melampau. Apa lagi kalau sampai kena tular. Bukan setakat hidupnya boleh musnah. Hidup Amri dan emak juga akan terlibat sama. Mengenangkan semua itu dia jadi gerun. Apa yang lebih gerin sekarang Kai selamba sahaja makan tanpa perasaan.

"Bukan tu saja. Diaorang akan cari jalan nak sakitkan kau atau keluarga kau. Silap hari bulan butik kau kena baling dengan batu. Website dengan FB kau kena hack." Tambah Kai. Dia perasan Rania memandangnya tajam, tapi dia buat tidak tahu. Kenyataan itu hanyalah ugutan dan ditokok tambah. Peminat di Malaysia masih tahu menjaga diri dan adab sopan. Setakat membawang di media sosial sahaja.

"Kau ugut aku ke?" tanya Rania.

"Itu hakikatnya Cik Indah Rania. Aku ni ramai peminat dan ada yang fanatik. Aku cuma nak ingatkan. Bukan nak ugut. Wartawan akan kejar kau sampai ke lubang cacing." Ujar Kai. Masih dengan muka selambanya sambil makan mochi.

"Kau ni sempat lagi makan saat genting macam ni. Cubalah tolong fikir jalan kita nak lepas dari masalah ni." Rania geram lalu merampas bekas di tangan Kai.

"Tak ada jalan lain Rania. Kita kena kahwin. Kalau kau minta maaf pun tetap kita kena kahwin."

Sebenarnya Kai berbohong. Tiada salahnya meminta maaf dari wartawan. Tapi namanya naik melonjak dalam masa beberapa jam ini. Carian Google Kai bakal menikah juga naik terus ke tangga nombor satu. Dia perlukan publisiti sempena konsertnya yang akan datang. Dan Rania memberikan apa yang dia mahu.

"No...tak akan ada perkahwinan kita berdua. Tak mungkin. Aku nak keluar." Rania bangun. Lama-lama di situ, dia boleh jadi gila. Dia tidak akan memusnahkan masa depannya sendiri hanya kerana tersalah kaut lelaki.

"Aku akan ambil risiko untuk berterus terang. Apa pun jadi aku tak nak kahwin." Rania sudah bulatkan tekad.

Kai turut bangun. Tiada sebarang kata-kata keluar dari bibirnya. Bekas plastik dia letakkan di meja. Dia memberi isyarat kepada pengurusnya. June menghulurkan sekeping kad.

"Ini name card June. Kalau kau ubah fikiran call dia. Amat dengan Johan akan teman kau sampai bawah." Kai menyerahkan sekeping kad kepada Rania.

"Kenapa aku kena call June pulak. Kau takde nombor telefon. Aku nak nombor telefon kau. Kata nak jadi bakal suami tapi nombor telefon pun kedekut." Kad nama June dia serahkan kepada Amri. Dia silangkan lengan sambil mata memandang Kai.

Kai terdiam. Hanya mata bergerak memerhatikan Rania dari atas ke bawah. Perempuan ini lain dari yang lain. Tidak goyang kerana seorang 'Kai' di situ. Dapat dia membayangkan betapa huru-haranya perkahwinan mereka nanti.

"Kau boleh dapat nombor telefon aku lepas kita kahwin. Selagi belum sah jadi isteri kau tak akan tau nombor telefon aku."

"Teruknya perangai. Bukan aku mintak tiket konsert atau CD free."

"Tiket konsert atau CD free aku boleh bagi. Nombor telefon aku ni kalau jual boleh dapat ribu-ribu tau. Mana tau kau buat gile kejap lagi lelong kat FB ke? Tak ke huru-hara hidup aku. Jadi kau akan dapat nombor ni lepas kita sah jadi suami isteri."

"Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku akan beritahu hal sebenar kat wartawan. Kau... Pergi terjun kolam renang." Rania buat muka serius. Dia tak akan tunduk dengan Kai. Macam bagus sangat.

JODOH SALAH KAUT (RAW VERSION)Where stories live. Discover now