Jodoh Salah Kaut.

1K 23 6
                                    

TAJUK: JODOH SALAH KAUTPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-2225-07-2HARGA : RM33 POSTAGE : RM8 SM / RM12 SS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAJUK: JODOH SALAH KAUT
PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN
ISBN NO: 978-967-2225-07-2
HARGA : RM33
POSTAGE : RM8 SM / RM12 SS

BLURB :-

"Ini bakal suami saya." - Rania


Indah Rania... Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang. 


"Ya, kami akan bernikah." - Kai 


Khairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak.


"Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi." - Rania


"Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! " - Kai
Rania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair!


"Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita." - Kai


"Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?" - Rania
Walaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai?


"Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?" - Rania


Setiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta. 


"Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?" - Ikram


Keadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?

UNTUK PEMBELIAN WASAP

www.wasap.my/0163231480/JODOHSALAHKAUT

JODOH SALAH KAUT (RAW VERSION)Where stories live. Discover now