Wonwoo pov
Kertas kecil yang tertulis alamat rumah Chaeyoung, aku tenung kejap.
Aku harap Hae Soo bagi alamat yang betul. Sebelum aku pergi ke rumah Chaeyoung, aku singgah ke pasar kejap. Nak beli buah tangan.
Omma aku suruh. Dia cakap,kalau kita datang melawat orang sakit, ada baiknya kalau kita bawak buah tangan untuk dia.
Jadi omma aku pun bagi duit untuk beli buah tangan. Duit lebih tu,aku simpan. Yeah !!
2 gugus anggur dan beberapa biji epal aku beli. Aku tak tahu nak beli apa. Beli buah je la..
Rambut aku dirapikan sebelum masuk ke halaman rumah Chaeyoung.
Ting tong~
Loceng rumah Chaeyoung aku tekan.. nafas diatur biasa.. apahal ni ?
Perlahan-lahan pintu rumahnya dibuka"Nae ?" Muncul seorang ahjumma yang berusia dalam 40an disebalik pintu
"Annyeonghaseyo, choneun Jeon Wonwoo imnida... Chingu Chaeyoung.. ni rumah Son Chaeyoung ?" Ujarku selepas menunduk hormat
"Nae.. ni rumah Chaeyoung. Tak sangka ada orang nak datang melawat Chaeyoung.. masuk la" jemput ahjumma tersebut
"Gowawo.."
"Duduk la dulu.."
"Baik"
"Wonwoo ? Ahjumma tak tahu pulak yang Chaeyoung ada kawan lelaki."
"Oh..hehe" tengkuk aku usap perlahan.. fuhh
"Chaeyoung macam mana,ahjumma ?" Soalku sopan. Aku nak jumpa Chaeyoung. Bukan omma Chaeyoung !
"Chaeyoung.. dia ada kat atas..."
"Nak jumpa dia ?" Sambung ahjumma. Perlahan aku angguk tanda nak..
"Jom, ahjumma bawakkan," aku pun ikut ahjumma naik ke tingkat atas
Pintu bilik dibuka olehnya.
"Chaeyoungie... Ade kawan datang melawat,"
"Jinjaa ? Siapa,omma ?" Suara Chaeyoung kedengaran. Aku masih berada di belakang omma Chaeyoung. Plastik yang berisi buah tangan tu aku pegang kuat. Tak tau kenapa..
Omma Chaeyoung bergerak ketepi sedikit sebaik saja Chaeyoung menanyakan siapa yang datang melawat..
Dan...terpapar lah aku....
Kepala Chaeyoung berbalut. Dia sedang bersandar di kepala katil sambil baca buku.
"Wonwoo ..?" Chaeyoung terkejut.
"Nae,"
"Kawan Chaeyoung kan ?" Soal ahjumma teruja
"H-haah.. kawan.. J-jeon Wonwoo..." Chaeyoung sebut nama penuh aku !
"Bagus la. Kamu berdua borak la apa yang patut dulu.. ahjumma nak sediakan makanan ringan jap.." sebelum terlupa,aku serahkan plastik tadi kepada ahjumma dengan sopan