MALAM

40 0 0
                                    

Minda dan jiwa yang aktif disiang hari
Mereka menagih ketenangan melalui heningnya sunyi
Kegelapan mula menerpa pabila separuh hari berlalu
Ia hadir memberi kuasa semangat buat esok hari

Bulan memunculkan diri menemani jiwa yang sunyi
Diiringi sahabat bintang yang berkelipan indah
Perasaan sunyi yang palsu cuma tertulis di logika
Kerana malam meminjamkan segala yang diberi oleh-Nya

Pada waktu ini tatkala ramai yang beradu
Mengisi tenaga yang diperah sewaktu bumi cerah
Aku memilih untuk mengucapkan rasa syukur
Syukur kerna dianugerahkan malam yang indah

Aku tahu Tuhan sayang dan kasih
Kerna itu diciptakan waktu malam
Agar mengajar manusia berehat dan bersyukur
Terutama buat mereka yang berehat di tikar sejadah

Terima Kasih Yang Maha Kuasa...

- @marcelunadeseu

BACAWhere stories live. Discover now