Disaat yang lain diselimuti mimpi-mimpi,
Kami bertemu melalui heningnya sunyi.
Berkongsi kisah, musik dan segala topik terkini,
Segala yang mewujudkan keintiman kami.Kesal.
Aku kesal.Terpaksa ku akui, ada yang cemburu,
Cemburu melihat hubungan intim ini.
Separuh jiwa hitamku membenci dengan kuat.
Maka ampunilah aku, wahai teman.Belajar melepaskan hubungan ini,
Walau sudah digenggam separuh hati kita,
Antara satu sama lain.Jikalau mahu membenci juga,
Dipersilakan.
Percayalah, aku juga membenci diriku.
Tetapi aku tidak akan pernah sekali membenci dirimu.Terimas ya.
Untuk saat-saat yang lalu,
Ia bermakna buatku.
Sampai disini sahaja. Tutup salam.
- @marcelunadeseu
YOU ARE READING
BACA
PoetryPenulisan yang tidak akan terhenti dari seorang hamba yang masih bertatih. Moga bermanfaat.