Pralog

98 2 0
                                    

"Anna, mak dan abah dah nak pergi kerja. Tolong jaga rumah ya sayang nanti mak dan abah balik malam tau sebab ada meeting dengan client dari Singapore." Kata Puan Sri Anitta sambil memakai jam mahal ditangan kirinya manakala Tan Sri Azmir pula kelam kabut mengemaskan tali lehernya. Apabila jam telah menunjukkan 8:30 pagi, Anna merasakan dia perlu mencari kerja daripada duduk dirumah kerana dia pun telah mendapat sijil ijazahnya pada minggu lepas. Anna menghubungi sahabat karibnya, Shilla untuk meminta bantuan agar lebih mudah mencari pekerjaan untuknya. Setelah lima belas minit menunggu, Anna melihat kelibat Shilla yang keluar dari kereta Kelisa birunya. "Hai Anna, apa khabar awak sekarang? Makin cantiklah awak sekarang." Puji Shilla. Dengan reaksi malu Anna berkata "Hai Shilla, saya baik saja cuma saya bosan duduk rumah tu yang saya call awak sebab saya mahu mintak tolong awak." Dahi Shilla berkerut seribu menginginkan jawapan Anna. 

Sayangku Encik Bos!Where stories live. Discover now