Bab 3

45 0 0
                                    

Anna kecewa keretanya meragam di Kota Damansara kerana dia lewat turun dari pejabatnya. Anna telah menelefon bengkel malah nasib tidak menyebelahinya kerana bengkel tersebut telah tutup maka dia perlu mencari jalan lain untuk meminta bantuan sehingga dia telefon encik bosnya untuk meminta bantuan dan memujuk encik bosnya datang ditempat keretanya rosak. Anna amat bersyukur bahawa encik bosnya sanggup berpatah balik demi dia semata-mata. "Eh, apa tenggok-tenggok macam tu, tak payahlah nak cakap terima kasih sebab saya tolong awak ikhlas tau." Kata Azzam kepada Anna yang berdiri disebelahnya bagi menemani Encik Bosnya untuk mengetahui punca kerosakan keretanya. Dalam beberapa minit kemudian kereta Anna diperiksa, Azzam memberitahu bahawa keretanya perlu diservis dibengkel malah Azzam menawarkan dirinya untuk menghantar Anna balik ke rumahnya kerana hampir jam 8:30 malam. Setelah sampai dirumah Anna masuk ke rumah dan Puan Sri bertanya tentang kereta Anna sehingga Anna menceritakan tentang keretanya yang rosak dan Puan Sri Anitta amat bersyukur dan memeluk anaknya kerana dihantar oleh orang yang baik dan seorang bisnes patner mereka kerana Puan Sri Anitta telah mendengar banyak berita tentang penculikan yang berleluasa sehingga mengakibatkan pembunuhan demi mendapatkan organ dalaman.

Keesokan pagi, Anna telah keluar rumah lebuh awal daripada selalu kerana perlu mencari teksi. "Sudah hampir satu jam aku tunggu, satu teksi pun tiada aku nampak." Bisik hati Anna sambil ke hulu ke hilir memikirkan keretanya yang terlantar di Kota Damansara takut diapa-apakan kereta mahalnya. Tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda yang dikenalinya, baru dia teringat itu kereta encik bosnya sambil diturunkan cermin keretanya dan ternyata betul tekaan Anna encik bosnya yang berada didalam kereta tersebut. "Anna, marilah masuk. Tak payah tunggu teksi disini, teksi sini lambat." Kata Azzam sambil tersenyum mengejek. Setelah habis berfikir, Anna turutkan kata encik bosnya untuk menumpang kereta encik bos. "Anna, saya mahu tanya sesuatu kat awak ni. Tapi janganlah marah. Awak ni dah khawin kah ?" tanya Azzam memulakan perbualan. "Eh, sejak bila encik bos aku ni nak ambil berat pasal aku ?" bisik hati Anna sambil menyatakan bahawa dia belum lagi berkhawin malah belum berpunya. Tiba-tiba telefon Azzam berdering tanda ada panggilan masuk. "Hello, ya Sherry. What's wrong ?" tanya Azzam dengan muka tidak senang. Anna hanya mendengar perbualan dari telefon antara Azzam dengan model terkenal di Malaysia iaitu Sherry Qaisarah. "Baby, nanti lunch kita makan tau I pergi office you nanti." Kata Sherry yang kedengaran gediknya. "Oh, maaf ya Sherry hari ini I ada meeting so I makan kat office I saja." Kata Azzam dengan tenang dan meletakkan telefon kerana malas melayan kerenah Sherry yang gedik. Apabila sampai dipejabat Anna hanya berdiam diri dan terus berjalan ke arah lif bersama encik bosnya. Hati Azzam berdebar-debar melihat Anna yang tenang disebelahnya. "Kenapa jantung aku ni berdebar-debar saja dari tadi ?" bisik hati Azzam yang penuh dengan tanda tanya. Dia tersedar apabila Anna menegurnya dan dia hanya menganggukkan kepala tanda dia faham bahawa mereka telah sampai di office. "Encik bos, hari ini encik bos tak ada meeting sebab client dari Singapore menundakan meeting ini pada minggu hadapan, katanya CEO syarikat mereka tak dapat datang kerana dimasukkan dalam hospital." Kata Anna sedang menjalankan tugas sebagai setiausaha kepada CEO muda Muhammad Azzam Amirrul.

Sayangku Encik Bos!Where stories live. Discover now