Bab 5

39 0 0
                                    

"Hey perempuan, you tak nampak ke I kat sini, suka hati saja nak langgar I." Tengking Sherry kepada Anna yang sedang memunggut fail-fail untuk mesyuarat dengan Azmir Hotel Managment SDN.BHD. pada petang nanti. "Oh, sorry saya ingatkan tiang kayu tadi." Hampir satu pejabat ketawa kerana ejekkan Anna kepada Sherry yang tidak disukai oleh hampir semua pekerja dipejabat ini. "Hey perempuan, you tahu tak I ni siapa? You tahu tak I ni artis terkenal tau. I ni Sherry Qaisarah."Tengking Sherry melihat Anna terus tak mempedulikan dia. "Eleh, setakat artis suam-suam kuku tak payah nak bangga sangat ya. Setakat job 20 episod tak heranlah. Ops sorry, terlepas cakaplah pulak." Anna meneruskan perjalanannya ke pejabat encik bosnya. Anna meninggalkan Sherry dengan rasa panas yang membara apabila dikatakan artis suam-suam kuku. Anna berasa geram apabila teman wanita bosnya datang tanpa diundang sedangkan bos telah beritahu bahawa hari ini sebarang pelawat tidak dibenarkan untuk datang melawat kecuali mesyuarat dengan Azmir Hotel Management sahaja. "Anna, kenapa bising-bising dibawah itu? Siapa yang bergaduh?" soal Azzam tanpa henti. "Sebenarnya bos teman wanita bos datang tadi." Anna tunduk kerana takut dimarahi oleh bosnya. Azzam hanya berdiam diri dan mengarahkan Anna meneruskan kerjanya. "Hello Ally, panggil Sherry naik ke pejabat saya sekarang!" tegas Azzam kerana dia gugup untuk mesyuarat nanti tetapi timbul pula masalah dipejabatnya sehingga Azzam naik darah kepada Sherry. "Errr... Cik Sherry, tuan Azzam panggil cik naik ke pejabat dia sekarang." Tergagap Ally melihat Sherry amuk dipejabat Tuan Muda Muhammad Azzam Amirrul. "Dear, kenapa tak call I ? You tau tak I penat tau tunggu you sampai I kena panggil artis suam-suam kuku!" Marah Sherry sambil duduk di hadapan Azzam. " Memang you tu artis suam-suam kuku. Sorry Sherry after this jangan lagi you berani jejakkan kaki you kat office I ni. I malas tau you selalu datang office I lagipun I tak nak staff I nampak yang you tu selalu stay kat office I ni. Faham tak ?" Azzam menahan marah apabila melihat Sherry menggedik dihadapannya dan terus keluar dari office. Azzam mengeluh panjang dan memesan air kopi kurang gula kepada Anna melalui telefon pejabat diatas mejanya. "Ally, siapa benarkan Sherry masuk tadi ?" tanya Azzam dengan perasaan yang tenang. "Sebenarnya bos, Sherry yang masuk tapi kami sudah beritahu dia yang bos tak nak ada orang datang melawat." "Okey stop pergi buat kerja lagi satu saya tak nak korang buat kesilapan macam tadi lagi." Tegas Azzam kepada pekerjanya walaupun silap Sherry. "Issh, ingat ni apa hospital ke nak melawat?" marah Azzam apabila ada pergaduhan dalam officenya. Setelah beberapa minit bertenang, Anna datang dengan minuman yang dipesannya tadi. "Terima kasih, Anna. Nanti awak bentang ya kat depan meeting nanti saya pening kepala pula." kata Azzam yang terasa kepalanya berdenyut-denyut dan Anna mencari ubat panadol didalam bekas ubat-ubatnya diatas mejanya, memang dia menyediakan ubat-ubatan untuk masalah seperti ini. "Thank you, Anna. Siapkan kertas kerja dan panggil staf lain yang terlibat masuk bilik mesyuarat sekarang ya. Nanti saya susul korang." Azzam memberi arahan kepada Anna. "Bos okey tak ataupun nak tundakan mesyuarat ini next week?" tanya Anna. "Tak apa teruskan tapi awak bentang dulu ya." jawab Azzam sambil menyandarkan kepalanya ke kerusinya.

Sayangku Encik Bos!Where stories live. Discover now