Anna telah menghabiskan tugasannya dan menelefon sahabat karibnya, Shila. "Hello Shila, awak kat mana sekarang? Jom kita lunch sama-sama, dah lama kita tak keluar sama-sama sejak awak bertunang haritu." Kata Anna yang ingin melepaskan rindu pada rakan baiknya Shila. Shila seorang rakan yang baik dan rakan yang sering ada dimasa senang dan susah hingga Anna menganggap Shila seperti kakaknya sendiri. Hubungan mereka terjalin sejak dibangku sekolah menenggah lagi, itulah kenangan mereka bersama sehingga melanjutkan pelajaran ke Ireland bersama-sama. "Anna, saya mintak maaf sebab saya kena cari baju khawin dengan tunang saya, kan minggu depan kitaorang dah nak nikah. Nanti jemputlah datang Anna jadi pengapit saya ya." Kata Shila dengan suara yang teruja. "Nanti saya tengok jadual dan minta cuti 2 hari untuk sahabat baik saya ni tau." Kata Anna yang sedikit kecewa. Setelah mematikan telefon bimbitnya, Azzam memangil Anna untuk memesan makanan kerana malas untuk berdiri memesan makanan dikantin. "Ada apa encik bos panggil saya ?" soal Anna sambil mengerutkan dahinya. "Anna, tolong bungkuskan saya nasi kandar dengan air lemon tea, ini duitnya." Dengan selamba Azzam senyum kepada Anna. Anna terus pergi ke kantin untuk memesan makanan encik bosnya tetapi Anna terus berjalan dan tergelincir hampir terjatuh dia ditangga nasib ada seseorang yang menyelamatkan Anna dari kemalangan tersebut. Ternyata Izam budak satu officenya telah menyelamatkan Anna daripada terjatuh dan Anna mengucapkan terima kasih kepada Izam dan bersyukur dia tidak apa-apa. "Hai Anna, lain kali jalan tu janganlah mengelamun sangat." Usik Izam dan Anna hanya tersipu malu akan usikan Izam. "Izam, awak dah lunch ke ?" tanya Anna sambil melihat bola mata Izam yang bulat melihat jam tangan kirinya. "Anna, saya kan dah nak naik mestilah dah makan." Kata Izam dengan selamba tanpa mereka sedari Azzam melihat mereka tengah bergurau senda ditangga Azzam tahu Izam amat menyukai Anna dalam diam sejak Anna mula bekerja dipejabat ini tetapi Azzam tetap dengan egonya memendam perasaannya kepada Anna kerana egonya amat tinggi ibarat Gunung Kinabalu. "Ishh, orang suruh beli makanan bukan nak bersembang." dengus Azzam dalam hati tanda cemburu akan Izam. Setelah Azzam masuk kembali ke pejabat, Izam melihat kelibat Azzam dan menyedari akan kehadiran Azzam tadi sebab itulah Izam sengaja nak bergurau senda bersama orang yang dia minat selama ini. Azzam menghempas pintu pejabatnya tanda berang akan kelakuan Izam yang sengaja bergurau senda dengan Anna sedangkan semua tahu akan perangai Azzam yang tidak menyukai pekerjannya bercinta sesama sendiri. Anna mengetuk bilik Azzam sambil membawa makanan yang dipesan oleh bosnya itu. "Bos, ini makanan yang bos pesan itu." Kata Anna sambil meletakkan makanan diatas meja bosnya dan fikirannya ligat berfikir akan bosnya hanya diam membatu. "Anna, saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Azzam sambil menaip kekunci komputer diatas mejanya. "Tanyalah bos sebelum tu, boleh saya duduk ?" Azzam hanya mengangguk dan Anna terus duduk sambil fokus mendengar akan pertanyaan Azzam. "Hahhahha... Bos ingat saya ada hubungan dengan budak Izam tu ? Bos daripada saya pilih Izam lebih baik saya pilih bos." Selamba Anna berkata demikian, Azzam terkejut dek ketawa Anna yang kuat sampai airnya hampir terlepas dari genggamnya itu. Anna berkata sedemikian kerana ingin memberi petunjuk kepada bosnya bahawa dia meminati bosnya sejak Azzam menolong dirinya semasa keretanya rosak di Damansara sehingga sanggup menghantarnya pulang kerumah. Setelah selesai perbualan mereka, Anna sambung kerjanya yang diberi oleh Azzam dan Azzam hanya tersenyum sendiri. "Sorang telah aku tewaskan iaitu Izam." Azzam ketawa berdekah-dekah sendiri sambil mengimbas kembali kata-kata Anna sebentar tadi.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Bos!
Non-FictionAnna seorang anak tunggal Tan Sri Azmir dan Puan Sri Anitta telah bertemu Azzam tanpa sengaja disalah sebuah kafe yang menjadi kegemaran Azzam kerana tempat itu sungguh menenangkan fikirannya. Tanpa diduga Sherry, teman wanita Azzam telah mengugat k...