"Penatlah cari kerja ni, aku dah tak tahu kat mana lagi aku nak cari" bebel Anna dalam hati. Tanpa diduga Anna telah melanggar seseorang yang tidak dikenalinya dengan pakaian kemas seperti orang yang bekerja dipejabat. "Saya minta maaf encik, saya tak sengaja nak langgar encik." Kata-kata Anna diperhatikan oleh lelaki tersebut hingga memandang tepat ke arah mata Anna menyebabkan Anna rasa bersalah akibat accident tadi. "Ish, kenapa lelaki ni nak tenung aku lama-lama tak ada kerja lain kah?" bisik hati Anna sambil menjeling lelaki dihadapannya sehingga perbuatannya menyebabkan lelaki itu tersedar dari khayalannya sendiri. " Eh, tak apa, sikit sahaja nanti keringlah. But the way, my name is Muhammad Azzam Amirrul and you ? sambil menghulurkan tangan kepada Anna. "It's okay but the way I have to go now next time we meet again." Anna meneruskan perjalanannya untuk mencari kerja yang ada. "Sombongnya perempuan tu tak macam perempuan yang aku selalu jumpa ni." Bisik hati Azzam sehingga dia tersedar bahu kirinya disentuh lembut oleh teman wanitanya, Sherry. "Why you, dear? Siapa itu?" tanya Sherry tanpa dijawab oleh Azzam dan Azzam menarik tangan Sherry untuk ke cafe yang selalu disinggahnya.
Tibanya dikafe, Sherry perasan perangai Azzam berubah sejak dia bertembung dengan perempuan yang tidak dikenalinya, Azzam diam sejak masuk ke kafe hingga habis minumannya diteguk tak seperti selalu yang tentunya dia meninggalkan sisa walau hanya minuman. Sherry menarik perhatian Azzam dengan perangai manjanya tetapi tidak dipedulikan oleh Azzam. "Dear, kenapa you termenung saja dari tadi, you ada masalahkah, you can tell me about your problem." Rayu Sherry kepada Azzam sehingga Azzam meninggalkan kafe tersebut.
Anna ternampak iklan jawatan kosong kawasan Petaling Jaya di sebuah syarikat yang mencari seorang penolong pengurus disyarikat dan iklan itu memerlukan Ijazah Perniagaan Pengurusan Hotel dan Anna terus menghubungi nombor yang tertera bagi menanyakan tentang jawatan kosong yang dilihatnya tadi. Setelah mendapat berita baik bahawa Anna telah diterima kerja di syarikat Amirrul Holdings SDN.BHD, Anna betul-betul teruja bahawa dia akan mulakan pekerjaannya pada esok hari.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Bos!
Non-FictionAnna seorang anak tunggal Tan Sri Azmir dan Puan Sri Anitta telah bertemu Azzam tanpa sengaja disalah sebuah kafe yang menjadi kegemaran Azzam kerana tempat itu sungguh menenangkan fikirannya. Tanpa diduga Sherry, teman wanita Azzam telah mengugat k...