HANZ 5

847 46 0
                                    

Hish, disebabkan budak tiga orang ni, aku ada dekat sini sekarang. Babi sungguh. Huaaaa.... Al-Fatihah buat duit simpanan aku.

Sejam yang lepas...

"Hanz, bangun. Dah lewat ni," kejut Aril. Aku yang tengah terbongkang atas katilku, membuka mataku sedikit. Apa lagi yang dia nak pagi - pagi ni? Cuti kut, masih awal untuk aku bangun tidur.

"Kau nak apa?" kataku dengan suara yang agak serak.

Aril mengeluh. "Kau tanya aku nak apa? Wei, kita dah lewat ni. Yang lain dah tunggu kat bawah. Pergi mandi sana," arah Aril.

"Lewat ke mana lagi ni?" Aku terus duduk.

"Sunway lagoon, gila! Kau dah lupa ke?" jawab Aril. Suaranya ditekannya.

Aku baring semula. "Aku tak janji nak ikut pun. Korang pergi lah. Aku out. Nak tidur. Nak rehat. Nak..."

"Kau jangan nak buat hal, Hanz. Aku panggil Yun dan Amri kang, baru tau," gertak Aril.

"Panggil lah, nak takut apa, bossku. Bukannya dia orang boleh buat apa pun." Aku terus menutup diriku dengan selimutku yang tebal.

"Hello, Yun. Dia tak nak bangun. Ok, aku tunggu." Nampaknya Aril betul - betul panggil Yun dan Amri. Ah, peduli apa aku.

Selang berapa minit...

"Nah kau!" Tubuh ku terus digeletek tanpa henti oleh mereka. Aku meronta minta di bebaskan tapi tidak dipeduli oleh mereka bertiga.

"Wei, dah lah!" jeritku sambil ketawa disebabkan rasa geli yang teramat sangat. Dah macam orang kena histeria tubuh aku meronta - ronta.

"Tak, selagi kau tak nak ikut kitaorang, selagi tu kitaorang takkan berhenti geletek kau," kata Yun dengan tangan masih lagi sibuk meraba - tubuh ku.

"Aaaaaaaa! Ya, ya. Aku ikut! Dah! Berhenti! Senak perut aku wei!" jeritku lagi.

"Bagus. Dah pergi sana mandi. Dalam masa sepuluh minit, kau tak keluar, kita orang serang kau lagi," kata Amri pula.

Gila lah dia orang ni. Suka sangat memaksa orang. Huhuhuhuhu... duit ku.

~Sunway Lagoon~

Urghh.... Aku dah agak dah. Mesti akan jadi macam ni punya. Kalau tau, aku duk dekat hostel je hari ni, daripada jadi orang ketiga bagi 4 pasangan kiri kanan aku ni. Siapa lagi kau bukan Tia dan Ari, Aril dan Ara, Yun dan Ika, Amri dan Nia. Aku mengeluh.

Sepanjang menunggu giliran untuk melalui pagar memasuki taman tema tersebut, aku hanya memberikan wajah tanpa perasaan. Yang lain di sebelah dan belakangku, sibuk bermesra, cintan cintun dengan pasangan mereka. Errr, semak, rimas aku tengok. Aku rasa nak tampo je muka sorang - sorang. Terumatama sekali, lelaki tiga orang yang kacau hujung minggu aku.

Sebaik sahaja berjaya melintasi pintu masuk tu, ada lagi benda yang buat mata aku semakin sakit dan perasaan rimasku semakin meningkat ke tahap yang sukar untuk di bendung. Nak tau apa?

"Hai, you alls! Kenapa lambat sangat?" kata Zizi menghampiri aku dan yang lain. Hah, ini Zizi. Perempuan yang paling aku tak suka dekat universiti tu. Sebab sikap gedik, mengendeng tak bertempat, suka pegang - pegang dan yang terakhir sekali, asyik nak panggil aku sayanggggggggg jer. RIMAS!

"Dia buat apa dekat sini?" kata aku dengan nada yang menjengkelkan. Aku bila tak suka seseorang tu, aku tunjuk.

"Chill, Hanz. Disebabkan kita orang bawa pasangan, kau tak, kami sebulat kata ajak Zizi sekali untuk temankan kau," jawab Tia. Aku terus menoleh dan memberikan reaksi marah pada Tia. Dia ni kan!

Aku terus blah meninggalkan yang lain. Dah lah kena paksa datang kesini, tup tup menghadap minah gedik ni pula. What a bad day!

.

HANZ Season 1: Hanz and His One-Sided Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now