HANZ 15 (THE FINALE)

1K 39 17
                                    

Author POV

"Bagus semua. Aku suka lakonan korang semua hari ni. Cuma dari segi percakapan, aku harap korang sebut setiap dialog yang ada dalam skrip, dengan lebih jelas lagi. Tiga puluh minit rehat, lepas tu kita sambung semula," kata Daniel dari tempat duduk penonton. Semua terus beredar ke belakang pentas untuk berehat.

Hanz mengeluh kepenatan. Bangku kosong yang ada di sebelah podium lama itu, menjadi destinasinya. Punggung di hempas perlahan. Fikirannya mula melayang.

Tiga hari sudah berlalu, dan cerita mengenai Love, Nham masih lagi hangat. Ada yang mula mereka cerita, bahawa mereka tahu akan pemilik akaun tersebut, dan orangnya berasal dari fakulti kejuruteraan. Ada pula yang kata, Nham tu orang thailand yang belajar di situ (hanya kerana namanya seperti nama thailand).

Hanz tersengih seorang diri. Merepek. Bisik hatinya. Rasa sedih dan risaunya semakin memudar selepas mendapat nasihat dari Yun. Yun banyak membantunya untuk menenangkan fikiran dari masalah - masalah yang menimpa Hanz dua tiga hari ini.

Kepala di dongak. Matanya tertumpu ke arah dua tubuh yang sedang sibuk bercerita sambil berpegangan tangan. Walaupun hatinya sakit melihat pasangan tersebut, namun tiada apa yang boleh dilakukannya. 'Kau siapa nak menentukan hidup dan pasangan seseorang, Hanz? Lebih baik kau berdiam diri, daripada membesarkan masalah yang semakin pudar difikiran kau,' monolog hati Hanz apabila melihat Qasha dan Kirana sedang bermesraan di satu meja. Kirana melentokkan kepalanya sedikit sambil tersenyum. Tangannya masih tidak lepas dari digenggam oleh Qasha.

"Oi," sapa Amri dan Yun memecah lamunan Hanz.

"Mmm..." balas Hanz mahu tak mahu.

"Kau ok ke?" soal Amri. Yun hanya membisu dengan soalan yang diberikan oleh Amri.

Yun memandang kearah yang di pandang oleh Hanz sebentar tadi. 'Qasha? Jadi, lelaki yang Hanz maksudkan dalam twitternya itu, adalah Qasha? Jadi tekaan aku selama ni betul lah,' bisik hati Yun.

"Ok..." Amri mengangguk dengan jawapan yang Hanz berikan. Tetiba otak teringatkan seseorang. "Mmm, korang," panggil Hanz.

"Apa?" soal Yun.

"Korang ada nampak Aril? Berapa hari ni, susah sangat aku nak nampak dia. Tak balik asrama, tak datang tolong dekat sini, aku call dan text, tak ada reply. Mana dia ek?" soalnya tertanya - tanya.

Amri mengerutkan dahinya sambil memuncungkan bibir sedikit. Begitu juga dengan Yun. "Bila kau cakap macam tu, aku baru sedar, dah lama aku tak nampak Aril. Betul ke dia langsung tak ada balas text kau?" soal Amri. Hanz mengangguk perlahan.

Hanz mengeluh. Rasa risau pada kawannya itu mula hadir. "Aku ambik minuman jap," kata Hanz pada sahabatnya lalu bangkit menuju ke meja di mana makanan serta minuman disediakan untuk semua pelajar. "Aril?" panggil Hanz sebaik saja melihat gerangan yang amat dikenalinya itu.

Dengan keadaannya seperti tidak terurus itu, Aril menoleh memandang Hanz tanpa sebarang reaksi mahupun emosi.

"Wei kau ok ke? Kenapa macam orang belum mandi aku tengok kau ni?" soal Hanz risau. Aril membisu. Sebungkus nasi serta sebotol air mineral dicapainya lalu gerak meninggalkan Hanz. Namun sempat Hanz memegang tangannya.

"Lepaskan tangan aku," katanya ringkas. Hanz tidak menghiraukan kata - kata kawannya itu.

"Kau ada masalah ke, Ril? Kalau ada masalah, cakap lah sama aku. Mana tau aku dapat bantu," sambung Hanz. Wajah risau diberikannya. Aril menepis tangan Hanz dengan kasar. "Apa masalah kau, Ril? Aku tanya baik - baik, tak yah lah nak kasar - kasar segala."

Aril menghumban makanan dan minuman ditangannya itu. "Boleh tak kau diam Hanz?!" jerit Aril. Hanz tersentak. "Kau nak tau sangat apa masalah aku? Baik, aku bagitau kau sekarang. Aku putus tunang dengan Ara sebab dia jumpa lelaki lain! Puas dengan jawapan aku?!" sambungnya. Berlinang air mata di kelopak matanya.

HANZ Season 1: Hanz and His One-Sided Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now