HANZ 4

899 42 0
                                    

Fikiran ku melayang, sibuk memikirkan pasal Qasha. Urgh, risaunya aku. Patutlah dah dua hari aku tak nampak dia, rupa - rupanya dia demam.

Bibir bawahku, ku gigit sedikit. Dah terbiasa bila aku risau, gementar atau perkara - perkara seangkatan dengannya, aku akan mengigit bibir bawahku.

Telefonku aku keluarkan dari poket seluar. Aplikasi WhatsApp aku tekan. Nama Qasha aku cari.

Aku - Qasha... Ummmm kau demam ke?

Baru dua tanda tik berwarna kelabu, bermakna dia belum membaca mesej ku lagi. Aku terus menutup telefon ku.

"Hanz," panggil Yun.

"Ah, apa?" soal ku pada Yun yang sedang duduk berhadapan dengan ku.

"Kau ok ke?" soal Yun.

"Ha'ah, kau ok ke, Hanz? Aku tengok kau diam je sejak balik dari meja Ari tadi? Ada apa - apa berlaku ke?" soal Amri pula.

Senyuman nipis terus ku ukir sebagai tanda yang aku ok - ok jer. "Aku ok lah. No worry, cuma tiba - tiba rasa penat." Yun dan Amri hanya mengangguk mengerti.

TING! Ada mesej masuk. Aku terus memeriksa telefon ku. Ceh............ Disangkakan Qasha, rupa - rupanya...

Tia - kau tak ok kan? Mesti pasal Qasha?

Aku hanya menoleh sekali ke arah Tia dan anggukkan kepala ku sekali.

Keluhan berat ku hembus sekali. Aku tak boleh fikir sangat pasal benda ni. Bangun, Hanz, bangun. Kau tak perlu risau sangat pasal dia, kau bukan siapa - siapa pun. Kau hanya kawan dia sahaja. KAWAN. Tak payah nak risau lebih - lebih. Lagipun, kalau kau tak ada dekat kampus ni, mana ada yang cari kau. Dia nak cari kau, Hanz? Hmmm.... Assalamualaikum je lah.

"Korang, kita pergi sunway hujung minggu ni, nak?" soal Amri tiba - tiba.

Yun yang sedang meneguk latte panas tu, terus mengangguk dengan laju. "Aku setuju. Lagipun aku tak balik kampung minggu ni. So, aku setuju!," kata Yun dengan penuh semangat.

Aku memuncungkan bibir sedikit. Otakku mula berfikir. Patutkah aku turut serta? "Hujung minggu ni ek? Baru plan nak berjimat bulan ni. Hish, korang ni," kataku lalu mengeluh.

"Ala, Hanz. Bukan selalu kita pergi taman tema sama - sama. Last sem, kau tak join. Kali ni, join lah. Boringlah kalau grup kita tak lengkap. Asyik - asyik, kau je yang tak ada. Join, ok?" kata Aril.

"Kau pergi?" Soalku pada Tia.

"Ofcourse~ Aku bawa Ari terus," balas Tia. Duhhhhhh memanglah kau bawa dia, takkan kau bawa laki orang kut. Apalah. Eh, yang aku nak sakit hati tiba - tiba ni kenapa pula?

"Tengoklah macam mana nanti," kata ku dengan nada yang mendatar dan agak perlahan.

Amri dan Yun memandang antara satu sama lain. Sudah, dah mula dah akal nakal dorang ni. Apa lagi kali ni.

"Kalau kau tak ikut, kita orang akan..." kata Yun tanpa noktah.

Apa lagi yang dia orang fikirkan ni?

TING! Mesej dari Qasha!

Qasha - Ya haha

Aku - Get well soon. Jangan lupa makan ubat. Ummm ok. Ciao

Qasha - Haha okay thanks Hanz.

Dan berakhirlah perbualan kami berdua.

.

.

.

HMMMMM... Nak ketuk ke tidak? Hampir sepuluh minit aku berdiri di depan pintu bilik Qasha, dan sepuluh minit itu juga aku rasa teragak - agak untuk mengetuk pintu biliknya. Nasib Ari tak ada dekat bilik dia. Kalau dia ada dekat sini, mesti timbul rasa syak wasangka bila tengok aku dekat sini.

HANZ Season 1: Hanz and His One-Sided Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now