RUMAH sewa Chel dan Neyra telah menjadi tumpuan jurugambar dan juga pihak media yang tiba-tiba hangat membuat liputan berkenaan penemuan mayat reput di sebalik lantai jubin.
Tindakan Neyra dan Chel menghubungi pihak berkuasa sebaik sahaja mengenalpasti objek yang terdapat di dalam ruang lantai itu mendapat pujian dan juga penghormatan. Walau bagaimanapun, kes masih disiasat kerana hal tersebut dianggarkan telah berlaku beberapa tahun yang lepas dan persoalannya masih belum terungkai. Identiti mayat harus dikenalpasti berdasarkan laporan kes orang hilang yang didaftarkan beberapa tahun yang lalu.
Chel dan Neyra kini menyewa di tempat yang lain, setelah persetujuan daripada empunya rumah sewa sebelum ini untuk mengembalikan deposit mereka. Biarpun perkara tersebut dianggap telah selesai di pihak mereka, namun bagi Neyra masih terdapat sesuatu yang masih belum lunas.
* * *
BEBERAPA hari selepas kejadian, Neyra duduk termenung memikirkan hal yang telah terjadi. Tambahan pula, mimpi pelik yang berlarutan dan seakan mempunyai kaitan dengan peristiwa penemuan mayat reput itu ternyata begitu mengganggu fikirannya. Neyra pasti, ianya bukan sekadar mimpi, tetapi merupakan salah satu cara roh yang tidak tenteram sedang cuba untuk berkomunikasi dengannya.
"Siapa Eka? Kenapa dia selalu muncul dalam mimpi saya? Kenapa saya selalu kena kacau oleh tu jelmaan perempuan dukung bayi? Ada kaitan ka semua ni sama tu mayat di rumah sewa tu?" Neyra bercakap sendirian di ruang tamu rumah sewa mereka yang baru.
"Kau rasa ada kaitan ka?" tiba-tiba Chel mencelah dari arah belakang. Neyra terkejut lantas menoleh.
"Ish! Kau ni, Chel. Terkejut saya tiba-tiba kau cakap begitu."
Chel tersengih sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.
"Sorry la. Saya dengar kau cakap sendiri. Lagipun yang kau cakap tu memang misteri. Saya pun terfikir juga, kenapa boleh ada mayat di bawah lantai rumah. Kau pun selalu mimpi yang pelik-pelik. Belum lagi masa kau nampak macam-macam sama kena gangguan hari tu," tambah Chel.
Neyra mengeluh kecil. Apa yang dikatakan oleh Chel itu ternyata ada kebenarannya. Setelah kejadian, Neyra masih terkesan dengan keadaan. Seakan masih banyak hal yang belum selesai sehingga menyebabkan perasaannya sering tidak keruan.
"Kau rasa la kan, Chel. Ada kaitan ka sama pemilik tu rumah? Kan hari tu kau ada cakap yang tu pemilik terdesak mau kasi sewa harga yang paling murah? Mesti dia tau sesuatu ni," Neyra mula membuat spekulasi.
"Ya kan. Baru saya terfikir oh. Saya rasa ada kemungkinan juga. Tapi, saya dengar tu pemilik macam tiada kaitan sama kes. Penyewa sebelum kita pun sudah kena soal siasat tapi macam tiada perkembangan juga tu," balas Chel.
Neyra berasa pelik. Sekiranya tiada kaitan, bagaimana mungkin kejadian tersebut boleh berlaku? Sudah semestinya terdapat dalang di sebalik pembunuhan kejam yang telah terjadi itu.
* * *
"NEYRA..."
Neyra mencelikkan mata. Dia terdengar namanya dipanggil seseorang.
2:35 am
'Saya mimpi kali...' bisik hati kecil Neyra. Dia memperbetulkan posisi tidurnya dan cuba untuk lelap semula.
YOU ARE READING
WUJUD
ParanormalTanpa adanya bicara, Mahupun sentuhan yang lara, Pasti ada yang peka, Menzahirkan yang telah tiada. Aku. Masih. Wujud.